Sebut je Ayam Masak Kicap pasti ramai yang menyukainya, ia bukan hanya sedap tapi paling mudah untuk dimasak. Mungkin di hujung cuti ini anda baru balik dari kampung atau bercuti tentu penat, jadi anda ingin masak lauk ringkas tapi disukai oleh semua ahli keluarga. Jangan risau ini dia menu yang paling ringkas dan senang.
AYAM KICAP CILI PADI BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
Ads
1kg ayam | potong kecil, cuci bersih dan tos
3 batang serai | titik
12 biji cili padi | hiris memanjang
2 biji bawang besar | hiris bulat
3 ulas bawang putih | titik
3cm halia muda | hiris memanjang
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan air asam Jawa
Garam,gula dan perasa secukupnya
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih,halia, cili padi dan serai hingga wangi.
Masukkan ayam kacau rata. Tunggu ayam kecut dan tambah sedikit air.
Biarkan isi ayam empuk dan air ayam kering sedikit baru masukkan kicap pekat dan air asam Jawa.
Seterusnya masukkan kicap manis, diikuti dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah timbul minyak dan kuah kering, tutup api.
Ayam sedia dihidangkan.
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
1 cawan cili kering (dikisar) 4 sudu makan gula ½ sudu teh garam
INFO CHEF:Sebelum ditumis, boleh juga direbus dengan air sedikit terlebih dahulu daging cencang supaya lebih lembut.
TALAM LAPIS BERLAUK
BAHAN-BAHAN: 2 cawan tepung gandum ½ cawan tepung beras 300 ml santan 100 ml air ½ sudu kecil garam 2 biji telur ayam
BAHAN INTI: 200gm ayam kisar 2 biji bawang kecil 1 ulas bawang putih 2 sudu besar serbuk kari 1 sudu besar serbuk kurma Secekak daun sup 3 biji cili merah 4 biji telur
CARA MEMASAK: 1. Cara tumiskan bawang merah dan bawang putih. Masukkan bahan rempah dan daging ayam kisar. Sejukkan. 2. Masukkan 2 sudu bahan tumis tadi bersama daun sup, cili merah dan 2 biji telur ayam untuk setiap lapisan. Ulangi sehingga telur habis.
INFO CHEF: Daun sup bertujuan membangkitkan aroma kuih talam.
BAHAN INTI: 200gm ayam kisar 2 bji bawang kecil 1 ulas bawang putih 2 sudu makan serbuk kari 1 sudu makan serbuk kurma Secekak daun sup 3 biji cili merah 4 biji telur
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan dan gaul sebati. Masukkan adunan ke dalam acuan. Masukkan bahan inti. 2.Bakar selama 20 minit. Hiaskan bersama bawang goreng.
INFO CHEF: Adun perlahan-lahan supaya bancuhan lebih sebati. Mengadun terlalu pantas membuatkan tepung agak keras.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Nikmatnya jika dapat menikmati sepinggan Nasi Komok Thailand ni. Dapat pula makan dengan ayam goreng panas-panas dan sos pencicahnya. Waduh…Memang takt oleh kiri kanan. Bagi anda yang menggemari sajian dari Thailand ini, Khaled M.A Abdul Jawad ada kongsikan resipinya. Jika susah nak cari rempah, beliau juga kongsikan cara-cara membuat rempah Nasi Komok secara homemade yang diperolehi dari saudara maranya dari Thailand. Selamat mencuba!
Pekasam Cendawan Tiramni nampak sedap. Biasanya kita dengar Pekasam Ikan atau Pekasam Daging je. Tapi melalui perkongsian saudari Cik Siti, beliau kongsikan cara-cara membuat Pekasam Cendawan Tiram yang sangat mudah. Masak dan makan bersama nasi panas memang terbaik. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMBUAT PEKASAM CENDAWAN TIRAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan cendawan dan perap bersama garam secukupnya.
2. Sangai beras tanpa minyak sehingga berwarna perang dan berbau wangi.
3. Kemudian kisar beras yang disangai tadi hingga agak hancur.
4. Gaul serbuk beras bersama cendawan. Masukkan ke dalam bekas bersesuaian dan biarkan selama 1-2 hari sebelum digoreng.
5. Untuk menikmatinya, goreng pekasam dan tambahkan hirisan cili untuk rasa lebih enak. Sedia untuk dinikmati.
Petai bahaya atau tidak? Ketahui risiko petai terhadap buah pinggang, gout, batu karang, sistem penghadaman serta cara menikmati raja ulam ini dengan selamat.