Sambal hitam memang ada banyak versi. Sambal Hitam Tomato ni cukup istimewa. Resipi perkongsian dari Rosmaliza Omar ni tak menggunakan belimbing buluh tetapi buah tomato ceri.
Menurut Rosmaliza membuat sambal hitam ni memang ambik masa sikit. Dia memasak sambal hitam tomato ini lebih kurang empat Katanyauntuk menyediakan sambal sampai betul=betul kering. Katanya ada rasa masam, manis dan pedas yang amat sedap dan secukup rasa.
Makan dengan nasi panas, takde lauk lain pun dah cukup sedap ni.
SAMBAL HITAM TOMATO
BAHAN-BAHAN :
Ads
1 kg tomato cherry
300 gm ikan bilis dicuci bersih dan tumbuk kasar
3 labu bawang merah besar
3 genggam cili padi
3 sdb kicap pekat
Garam, gula dan ajinomoto
Minyak utk menumis
CARA MEMASAK :
1. Masukkan buah tomato cherry dalam kuali dan masak tanpa minyak sehingga tomato lembik dan kering airnya.
.
2. Blend bawang merah besar dan cili padi hingga hancur, kemudian tumis sehingga garing.
3. Masukkan ikan bilis yg telah dicuci bersih dan ditumbuk kasar, gaul rata².
4. Masukkan tomato cherry tadi dan kicap pekat, masak sambal sehingga kering.
.
5. Sejukkan sambal dan simpan dalam bekas bertutup. Sedap makan dengan nasi panas.
Selalu makan dekat seafood restaurant atau Chinese stall kan? Sepinggan kecik gitu RM12 atau RM18 nah buat sendiri sekuali . Boleh jer masak sendiri ikut resipi @ashhryyyyy yang mnurut modal hanya RM8.90 sahaja. Berbaloi kan. Hah apa tunggu lagi , jom panaskan kuali.
Pepahat Masak Cili Padi
Bahan-Bahan:
Cili padi
Pepahat
Bawang putih
Bawang merah
Udang kering
Sos cili
Seafood sos
Cara memasak:
1.Bahan-bahan dikisar separa hancur kalau rajin lebih sedap ditumbuk.
2.Kemudian masak di atas kuali sampai naik bau atau cili tu masak.
3.Masukkan udang kering yang ditumbuk hancur untuk bagi rasa lagi sho shedap & tasty.
4.Masukkan dua sudu sos cili & seafood, garam dan gula. Memandangkan kita guna cili padi, gula letak lebih sikit bagi balance rasa atau ikut lidah korang.
5.Gaul sebati , kemudian masukka pepahat yang telah direndang dan dibasuh . Masuk perlahan perlahan dan gaul supaya semua kuah tu tersalut dekat pepahat.
6.Gunakan spatula supaya tak hancur. Lepas tu gaul sebati.
7 Dah siap! Makan makan hmm sho shedap!
Suka tomyam? Ha..Biasanya anda mesti buat tomyam kuah merah yang guna pes tu kan? Apa kata, kali ni cuba pula buat Tomyam Udang Campur tapi versi tak guna pes pun. Ada juga yang panggil Tomyam Putih. Memang dijamin sedap! Resipi ni adalah perkongsian Puan Zira Tag. Selamat mencuba.
RESIPI TOMYAM PUTIH UDANG
BAHAN-BAHAN:
Udang segar secukupnya – boleh tambah aneka bahan lain seperti sotong, lala, kepah dan sebagainya.
Isi ayam secukupnya
1 biji bawang besar – belah 4
1 biji tomato – belah 4
3-4 batang serai
5-6 helai daun limau purut
Aneka sayur kegemaran – cendawan, lobak merah, bunga kubis dan sebagainya
Jus limau nipis secukupnya
Sedikit susu cair
Daun ketumbar secukupnya
Akar ketumbar – dibersihkan
Garam dan perasa secukupnya
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Masukkan air ke dalam periuk bersama dengan bahan kisar. Masukkan juga akar ketumbar.
Setelah air mendidih, masukkan serai, daun limau purut, ayam, udang dan lain-lain bahan mentah yang digemari. Masak lebih kurang tiga minit.
Kemudian masukkan susu cair diikuti perahan jus limau nipis, garam serta perasa. Kacau sebati dan padamkan api.
Tabur daun ketumbar. Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF:Jika ingin campur dengan sotong, celur sotong dalam periuk berlainan kemudian barulah dimasukkan ke dalam periuk tomyam. Ia bertujuan mengekalkan rasa manis udang dalam kuah tomyam.
Mak-mak yang bekerja, korang masih boleh buat sup tulang walaupun balik sampai rumah ngam-ngam pukul 6.00 petang atau lebih, tapi masih teringin nak masak sup tulang atau buat bihun sup tulang. Sebenarnya anda boleh periuk tekanan sebagai cara paling cepat rebus tulang. Rebus 30 minit, daging dah empuk, tak perlu tunggu malah boleh bersambil buat kerja lain. Kalau rebus malam, kemudian simpan dalam peti sejuk. Balik kerja tinggal tumis dan reneh je sup. Kan senang, jimat dan cepat. Selain boleh dimakan bersama nasi, sup tulang juga boleh dimakan dengan aneka mi. Takda resipi, ini dikongsikan di sini.
SUP TULANG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang | cuci bersih dan toskan
3cm halia | titik
3 ulas bawang putih | titik
1 batang serai
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu makan rempah sup
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak BAHAN PENUMIS:
8 ulas bawang merah | hiris
5 ulas bawang putih | hiris
3 cm halia muda | hiris memanjang BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih BAHAN HIASAN:
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan daun ketumbar
Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tulang dalam periuk bersama air, serai, halia dan bawang putih yang telah dititik. Rebus sehingga empuk.
2. Kemudian, panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan hirisan bersma rempah penumis hingga wangi.
3. Masukkan rempah kurma dan rempah sup yang dicampur bersama dan dibancuh dengan sedikit air.
4. Setelah pecah minyak masukkan rebusan tulang bersama airnya sekali.
5. Biarkan mereneh, tambahkan asam gelugor dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Selepas mereneh lebih kurang 10 minit dan cukup rasa, tutup api.
7. Taburkan hirisan daun bawang, daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dihidangkan.