Korang suka tak sambal peria katak dengan ikan bilis? Mesti macam-macam riaksi, tapi walaupun ada sedikit rasa pahit, tetapi ia pahit-pahit lemak. Kena dengan ikan bilis rangup dan pedas cili, sambal ini boleh jadi ‘berhantu’. Apa taknya, ia boleh menghabiskan dua atau tiga nasi putih, memang ketagih punya. Memang sedap dan peria juga mempunyai pelbagai khasiat kesihatan. Berikut RASA kongsikan menu Sambal Goreng Peria Ikan Bilis yang gerenti sedap.
SAMBAL GORENG PERIA IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
250gm peria | hiris nipis
250gm ikan bilis | belah dua
1 biji bawang besar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menmis
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang mera
CARA MEMASAK
Gaulkan peria dengan sedikit tepung dan garam halus, gaul rata, ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Goreng pula peria hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Kecilkan api, keluarkan minyak. Tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar bersama hirisan bawang besar.
Perasakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Setelah bahan tumisan garing tutup api.
Masukkan peria dan ikan bilis goreng tadi. Gaul rata.
Sambal goreng peria sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Apa menu yang paling mudah dan menyelerakan untuk rumah terbuka? Nah min kongsikan cara mudah buat nasi ayam cara Thai. Dah tentu pedas .
Masukkan ayam bersama Akar Daun Sup/Daun Ketumbar & Halia lalu rebus sehingga mendidih..selepas mendidih boleh masukkan perasa@kiub pati Ayam Knoor…
Selepas mendidih angkat Ayam yg telah di rebus tadi lalu masukkan beras ke dalam periuk nasi dan masukkan kembali ayam tersebut ke dlm periuk nasi..tunggu sehingga nasi tersebut masak bersama ayam..😊
Dan apabila masak inilah hasil nasi yang telah di masak bersama ayam tadi…..
Mcm sy nak senang,utk Sos pula sy gunakan SOS CHILI THAI Brand MAGGI..Masak sos tersebut bersama 1 sudu Kicap Pekat dan sedikit perahan Air limau nipis..utk mencairkan sedikit sos tersebut,anda boleh masukkan Air..selepas masak sos tersebut anda boleh lah masukkan Cili Merah Kecil yg di potong halus..DAN SEDIA DI HIDANGKAN!! SIMPLE BUKAN?? SELAMAT MENCUBA!
Anda dan keluarga suka makan Mac & Cheese? Nah…Resipi homemade yang sangat mudah perkongsian saudari Noratiqah Nordinni antara yang boleh dicuba. Masak je sendiri guna resipi ni. Persis sajian dari restoran. Pasti puas hati dengan rasanya. Istimewanya ia tidak menggunakan sos pasta segera yang dijual di pasaraya. Wow…Pastinya lebih enak ni. Jom cuba!
Cantik manis, bergaya dan punya cita rasa yang tersendiri. Itulah Lana Nodin. Aura dan pesona jelita yang ada pada selebriti ini cukup mengagumkan dan membuat mata tak jemu memandang.
Kesempatan menjadi tetamu jemputan Datuk Chef Wan dalam Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua ini membuka peluang kepada beliau untuk berkongsi cerita dan mengimbau kembali nostalgia Ramadan.
Jangan tak tahu, suri hati kepada Mohd Daud McKienzie ni bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan tetapi Lana juga memang pandai memasak dan handal di dapur tau. Lihat sahaja akaun instagram beliau. Banyak resipi ada dikongsi.
Nak cuba menu-menu istimewa yang dikongsi oleh Datuk Chef Wan dan Lana Nodin dalam episod kali ini ? Jom lihat resipi-resipinya. Sangat mudah, sedap dan anda boleh masak untuk berbuka di sepanjang bulan Ramadan ni. Selamat mencuba!
1. MASAK LEMAK DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN:
2kg daging salai
1kg santan pekat
Kunyit hidup
Cili padi
Cili merah
3 batang serai
Daun kunyit
Asam keping
Garam
CARA MEMASAK
1. Kisarkan cili padi, cili merah, kunyit hidup dan sedikit air.
2. Masukkan air ke dalam periuk.
3. Kemudian masukkan santan dan kacau secara perlahan supaya tidak pecah minyak.
4. Selepas itu masukkan bahan kisar dan daging yang telah disalai ke dalam periuk.
5. Masukkan serai yang telah diketuk dan kacau daging sehingga menjadi empuk.
6. Masukkan daun kunyit yang telah dicarik dan sedikit garam. Kacau sehingga mendidih.
7. Sedia untuk dihidangkan.
2. KUIH BAKAR
BAHAN-BAHAN:
10 helai daun pandan | kisar
125ml air
10 biji telur
225gm gula kastor
1 liter santan pekat
Garam
2 sudu makan minyak
120gm tepung gandum
2 sudu makan bijan
Pewarna hijau
CARA MEMASAK:
1. Kisarkan tepung gandum, gula kastor, telur, 1 cawan air pandan dan pewarna hijau.
2. Tapiskan bahan-bahan yang dikisar tadi ke dalam bekas adunan.
3. Campurkan dengan santan dan setengah sudu garam.
4. Panaskan acuan bunga kemboja. Kemudian diletakkan minyak dan acuan dimasukkan semula ke dalam oven.
5. Taburkan bijan ke dalam acuan dan tuangkan adunan yang telah dibuat tadi ke dalam bekas acuan. Tambahkan lagi bijan di atas adunan.
6. Akhir sekali, masukkan ke dalam oven dengan suhu 180℃ selama 30-40 minit.
7. Setelah siap dibakar, sejukkan di luar.
8. Sedia untuk dihidangkan.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Jangan lupa saksikan rancangan terbaru Rasa Nostalgia Ramadan Musim Kedua yang bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini. Menampilkan chef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan sebagai hos, beliau akan bergandingan bersama selebriti jemputan popular tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia mereka..
Nak tahu siapa tetamunya? Kenalah tunggu dan tonton Rasa Nostalgia Ramadan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 5 petang di saluran Astro Prima & Prima HD (105 & 125).