Rasa susah nak membongkokkan tubuh kerana perut buncit? Diet dah buat, jogging pun sudah, nak pergi gim selalu memang tak sempat la kan? Nak ambil pil ‘supplement’, mahal la pula.

4 Jenis Just Detox, Pembakar Semangat Untuk Hapus Lemak Dan Kekal Sihat!

Jangan risau! Anda masih boleh mengempiskan perut buncit dengan empat resipi ramuan minuman ini. Ia bukan sahaja penuh khasiat, malah menjadikan anda lebih sihat dan bertenaga!

Apa yang perlu anda lakukan, amalkan mengambil minuman ini sebelum tidur membantu mengempiskan perut buncit.

1. Jus Timun Penghapus Lemak

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji timun
  • Sedikit daun parsli
  • 1 biji lemon
  • 1 sudu besar halia parut
  • 1 sudu besar jus aloe vera
  • 1/2 gelas air

CARA PENYEDIAAN:

IKLAN
  1. Kisar semua bahan di atas dan minum sebelum tidur.

 

2. Minuman Tenaga

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji lemon
  • 1 liter minuman sparkling
  • Sedikit daun pudina

CARA PENYEDIAAN:

IKLAN
  1. Perah empat biji lemon.
  2. Hiris bulat-bulat sebiji lemon.
  3. Campurkan kesemua bahan ke dalam jug.
  4. Hidang minuman dengan ais dan daun pudina.

 

3. Minuman India Berempah

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji limau nipis
  • Sedikit halia parut (sesuaikan dengan cita rasa)
  • Sedikit daun pudina
  • 1 liter minuman sparkling
  • 1/2 gelas air putih
  • Sedikit gula (sesuaikan dengan cita rasa)
  • Ais

CARA PENYEDIAAN:

IKLAN
  1. Perah jus limau.
  2. Campur gula dan air putih di dalam periuk, reneh sehingga gula larut.
  3. Tambah halia ke dalam larutan dan matikan api selepas mendidih. Sejukkan.
  4. Tambah jus limau, minuman sparkling dan ais.
  5. Hias minuman dengan daun pudina dan hirisan limau.

4. Minuman Cuka Epal (Apple Cider)

BAHAN-BAHAN:

  • 1 liter jus epal (buat sendiri atau beli yang dah siap)
  • Sedikit daun pudina
  • 100 ml jus lemon
  • 1 biji lemon
  • Ais

CARA PENYEDIAAN:

  1. Hiris lemon bulat-bulat.
  2. Campur jus lemon dan jus epal dalam bekas bersesuaian.
  3. Tambah hirisan lemon, ais dan daun pudina.
  4. Boleh tambah hirisan epal sebagai hiasan.

Amalkanlah mengambil minuman ini sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan perut kembali kempis dan kelihatan muda remaja. Selamat mencuba!

Sumber: pelikdunia / jomshare

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI