Fikir untuk menu tengah hari ni. Nak rasa puas makan cubalah buat resipi Sambal Ayam Pedas. Gerenti bertambah nasi nanti. Boleh guna daging untuk resipi ini.
SAMBAL AYAM
Bahan-Bahan: Ayam Cili kering (direbus) Bawang besar 4 sekawan Bawang putih Serai Asam keping 1 senduk kecil sos cili Gula dan garam secukupnya Sedikit kicap Daun kari
Cara membuat:
1.Ayam digoreng separuh masak.Cabai kering direbus. Lepas tu toskan. 2.Kisar bersama sebiji bawang besar. Minyak gorengan tadi boleh digunakan untuk tumis 4 sekawan(kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang)halia dan bawang putih yang diketuk dan serai. 3.Kemudian masukkan cabai yang dikisar tadi.Tambah sikit air. 4.Masuk sekeping asam keping. 5.Masukan 1 senduk kecil sos cili.Tunggu mendidih baru masuk ayam.Masuk gula dan garam.aji sikit jika suka.Tambah lagi air dalam setengah cawan. Biar mendidih. 6.Agak-agak dah hampir kering, letak kicap sikit untuk dapat warna yang cantik. 7.Masuk bawang besar yang dihiris bulat. 8.Gaul kesemuanya. 9.Lepas tu baru letak daun kari.Gaul lagi.Dah naik bau daun kari, tutup api.
Dah mula fikir tentang lauk berbuka puasa hari ni? Bagi anda yang menggemari juadah berbuka puasa selera kampung, seleksi resipi yang dikongsi ini antara yang perlu dicuba. Sedap! Pasti membuka selera.
1. KERUTUP AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | belah empat
3 sudu makan rempah kerutup
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan sos tomato
500ml santan pekat
1 keping gula Melaka
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 ulas buah pelaga
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
BAHAN KISAR HALUS:
5 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan pula bahan kisar, diikuti bancuhan rempah kerutup. Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan ayam yang telah dibersihkan tadi.
Apabila ayam sudah kecut dan kering airnya, masukkan pula santan.
Biarkan mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan air asam Jawa, kerisik, sos tomato, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi dan tutup api
Kerutub Ayam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain ayam biasa, boleh juga gunakan ayam kampung dan itik.
2. SINGGANG DAGING LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan budu
1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
3 keping asam gelugor
4 -5 hirisan lengkuas | titik
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
10 biji cili padi | titik atau hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Ramai akui Daging Hitam orang Sarawak memang terbaik. Patutlah ia menjadi kebaggaan orang Sarawak, rasanya pedas manis yang sungguh sedap, sekali makan memang nak lagi. Kalau nak tahu apa rahsia kesedapannya, korang kenalah cuba resipi Daging Masak Hitam Gula Apung ni.
DAGING MASAK HITAM GULA APONG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis
4 sudu makan kicap pekat
4 sudu makan gula Apong
5 sudu makan pes cili kering
Sedikit air asam jawa
Garam dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
4 batang serai
3cm lengkuas
3cm halia
CARA MEMASAK:
Gaulkan hirisan daging bersama kicap pekat dan gula Apong, perapkan sekurang-kurangnya 30 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumiskan cili kering.
Setelah garing masukkan bahan kisar. Kacau rata hingga timbul minyak.
Seterusnya masukkan daging yang telah diperap tadi.
Kacau rata hingga air daging kering.
Akhir sekali perasakan dengan air asam jawa, serbuk perasa serta garam secukup rasa.
Setelah daging empuk, sedikit garing dan cukup rasa tutup api.
Memang tergoda dengan keenakkan ayam panggang asam boi ini. Kulit ayam dipanggang ranggup dan masih lembab dia bahagian dalam.
AYAM PANGGANG ASAM BOI
BAHAN-BAHAN PERAP:
1 ayam bulat
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos BBQ
1 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu madu/gula/gula melaka
2 sudu teh garam
1 sudu besar butter/planta
2 sudu besar lada hitam
10 biji asam boi merah
1 sudu ketumbar (sangai dan kisar)
CARA MEMASAK:
1. Semua bahan-bahan perap kena kisar halus kecuali asam boi.
2. Panaskan di kuali dan kacau sampai sebati termasuk asam boi.
3. Ayam dicuci bersih dan diperap dengan bahan perapan tadi. Perap dalam bekas, bakul dan plastik dalam 2 hingga 4 jam. Lagi sedap perapkan satu malam dan baru bakar.
4. Bakar dalam 50 minit dengan suhu 200 c (ikut oven masing-masing). Boleh juga digoreng terlebih dahulu sebanyak 30% dan kemudain baru dibakar.
INFO: Boleh bakar sekali dengan bahan-bahan lain seperti kentang dan sayur-sayuran kesukaan anda.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.