Setiap makanan di dunia ini dicipta dengan pelbagai keistimewaan untuk manusia. Termasuklah juga hidupan laut seperti ikan yang mengandungi pelbagai khasiat yang memberi manfaat kepada tubuh manusia.

Salmon Ikan Unik Yang Mahal Tapi Bersebab! 7 Khasiat Dan Manfaat Ikan Salmon Untuk Tubuh.

Ikan salmon misalnya, termasuk ikan yang unik. Ikan salmon lahir di perairan air tawar, berhijrah ke lautan dan apabila tiba masa untuk membiak, ia akan kembali ke air tawar.

Di dalam Al-Quran menyebut:

“Dan DIA-lah Allah yang menundukkan lautan untukmu agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan) dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai dan kamu melihat bahtera berlayar padanya dan supaya kamu mencari keuntungan daripada-NYA dan supaya kamu bersyukur”. – (An Nahl :14)

Selain dikenali sebagai ikan yang unik, ikan salmon juga terkenal sebagai ikan dengan kandungan zat yang tinggi dan memiliki berbagai khasiat bagi tubuh. Salah satu kandungan yang ada dalam ikan salmon adalah omega-3 yang sangat tinggi. Berikut ini adalah beberapa manfaat makan ikan salmon untuk tubuh:

IKLAN

Salmon Ikan Unik Yang Mahal Tapi Bersebab! 7 Khasiat Dan Manfaat Ikan Salmon Untuk Tubuh.

  1. Meningkatkan fungsi otak dan memori
    Ikan salmon mengandung vitamin A dan asid amino yang sangat efisien dalam merangsang aktiviti otak dan membuat fungsi memori Anda secara optimum. Komponen ini memberikan kontribusi terhadap pertumbuhan dan perkembangan sel otak.
  2. Mengurangi peradangan
    Memakan ikan salmon boleh mengurangi kemungkinan pembekuan darah, seterusnya menghilangkan risiko strok, radang sendi darah, atau kanser.
  3. Pengembangan otot
    Kandungan protein dan asid amino dalam ikan salmon merupakan blok bangunan terbaik untuk pengembangan otot. Nutrisi ini juga terkenal untuk mengembangkan jaringan tubuh.
  4. Menjaga kulit dan rambut tetap sihat
    Kandungan nutrisi lemak omega-3 dalam ikan salmon mampu membuat anda terlihat awet muda. Tidak hanya kulit, omega-3 dan protein dalam ikan salmon juga boleh menjaga kekuatan rambut.
  5. Meningkatkan metabolisme
    Ikan salmon juga dikenali sebagai pengawal diabetes terbaik dan pengawal gula darah.
  6. Mencegah serangan jantung
    Ikan salmon merupakan makanan terbaik untuk diambil oleh pesakitjantung. Hal ini kerana umumnya salmon mengurangi masalah kardiovaskular.
  7. Mengurangi depresi
    Ikan salmon juga mengandung omega-6 yang sangat efektif dalam mengurangi depresi dan jenis-jenis stres. (#KITAKANISLAM)

 

SALMON PANGGANG SOS LADA HITAM

Salmon Ikan Unik Yang Mahal Tapi Bersebab! 7 Khasiat Dan Manfaat Ikan Salmon Untuk Tubuh.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping filet ikan salmon segar
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 1 sudu makan lada putih
  • ½ sudu makan serbuk rosemary
  • ¼ sudu makan garam
  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • ½ sudu makan cuka

 

BAHAN SOS:

IKLAN
  • ¼ cawan sos tiram
  • ½ sudu makan kicap manis
  • ½ sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan serbuk lada putih
  • 1 sudu teh jus limau katsuri
  • ½ cawan stok ayam
  • 3 biji cendawan shiitake |racik kasar
  • Brokoli secukupnya |potong dan celur
  • ½ batang lobak merah | potong dam celur
  • Minyak zaitun secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Gaul ikan salmon dengan lada hitam, lada putih, serbuk rosemary, garam, minyak zaitun, minyak bijan dan cuka. Gaul hingga sebati. Ketepikan.
  2. Untuk membuat sosnya; Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih sehingga harum, lalu masukkan sos tiram, kicap, lada hitam, lada putih, stok ayam, cendawan dan jus limau kasturi. Kacau sehingga rata. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biar mereneh seketika, angkat dan ketepikan.
  3. Kemudian, panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali pemanggang dan panggang ikan salmon yang sudah diperap tadi sehingga masak. Usah terlalu lama kerana isinya akan menjadi kering. Angkat.
  4. Di dalam pinggan, hidangkan ikan salmon bersama sos dan brokoli dan lobak merah yang telah dicelur tadi.
  5. Sedia dinikmati.

 

Info chef: Boleh dihidangkan bersama kentang putar jika mahu.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI