Salad buah-buahan antara menu yang sering dijadikan pilihan untuk dimakan pada waktu malam kerana ia tidak terlalu berat tetapi masih mampu mengenyangkan perut. Nak buatnya pun mudah je, hanya ikut perkongsian oleh Puan Rozita Daud ini. Mudah, sedap dan kenyang!
SALAD BUAH-BUAHAN
BAHAN-BAHAN:
1 biji buah pelam
2 biji epal hijau
2 biji epal merah
Kismis hitam – ikut nak banyak mana
Anggur
1/2 tin susu cair
1 yogurt rendah lemak perisa strawberi
5-6 sudu mayonis buah-buahan
CARA PENYEDIAAN:
1. Potong dadu buah-buahan yang mahu anda buat salad.
Ads
2. Kemudian, masukkan susu cair, yogurt rendah lemak dan mayonis. Gaulkan agar sebati.
Ads
3. Selepas itu, taburkan kismis. Gaulkan.
Ads
4. Siap!
Jika anda mencari PERKAKASAN DAPUR yang murah dan berkualiti, boleh cari DISINI.
Lauk pauk yang ringkas jadi kegemaran ramai. Fikirkan menu yang kita boleh masak sekaligus banyak dan buat stok untuk dimakan berterusan. Maka tidak perlulah kita sering keluar untuk membeli bahan mentah. Contohnya seperti menu yang disediakan ini . Makan pula dengan nasi panas-panas, pasti bertambah makan.
Sambal Bilis Tempe Kering
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1.Panaskan kuali berisi minyak. Goreng tempe dan ikan bilis hingga garing.Seelok-eloknya digoreng berasingan kerana masa memasak dua bahan ini tidak sama. Kemudian toskan minyak.
2.Selepas itu masukkan bawang yang telah dikisar dengan belacan dan ikan bilis. Tumis hingga naik bau.
3.Kemudian masukkan cili kisar, kacau rata dan masukkan gula kabung. Kacau rata dan perlahankan api masak sehingga naik minyak.
4.Masukkan air asam jawa, perlahankan api dan biarkan sambal betul-betul garing sambil dikacau (lebih kurang satu jam).
5.Tutup api dan masukkan garam secukupnya.
6.Apabila sambal telah sejuk baru masukkan bahan-bahan yang telah digoreng terlebih dahulu.
*tip untuk tempe dan ikan bilis kekal garing ~ buangkan minyak yang berlebihan pada sambal. ~ simpan dalam bekas kedap udara ~ sesuai dimakan dengan nasi panas, pasta, maggi, mi, bubur dan roti ~ kalau kreatif lagi boleh buat topping untuk piza
Resipi: Datin Shida Yusoff
INGIN MEMBELI KUALI NON STICK , BOLEH BELI DI SINI.
Sedapnya Ikan Bakar Rica Manado perkongsian resipi dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ni. Nampak membuka selera. Istimewanya resipi ini, anda tidak perlu menggunakan arang untuk membakarnya. Cukup sekadar menggunakan kuali leper tapi rasa dan aromanya seakan dimasak menggunakan bara.
Menurut beliau lagi, Ikan Bakar Sambal Rica ini berasal dari Manado, Sulawesi. Biasanya dibakar atas bara api. Kemudian sambalnya di sapu atas ikan setelah ikan siap dibakar. Cumanya kali ini beliau berkongsi cara lebih mudah untuk menyediakan sajian sedap ini. Bakar atas kuali sahaja.Sesuai sangat cuba masak untuk makan tengahari nanti. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI IKAN BAKAR RICA MANADO SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1 ekor ikan siakap 5 biji bawang merah – beli online disini 2 ulas bawang putih – beli online disini 2 batang serai 2 inci kunyit 1 inci halia 2 sudu besar cili kisar – beli online disini 2 helai daun limau purut 1 keping asam gelugor – beli online disini 1 biji limau nipis Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ikan dan belah perutnya. Belah isi ikan di kanan dan kiri tulang tengah, kemudian keluarkan tulang tersebut. IA bertujuan supaya ikan kelihatan cantik dan isi cepat masak.
2. Untuk menyediakan bumbu (perencah) ikan bakar, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, serai dan cili kisar dikisar halus.
3. Tumis bahan kisar. Berbeza dengan ikan bakar sambal yang biasanya warna merah. ikan bakar ini akan berwarna kuning atau jingga. Tapi sejujurnya, rasa hidangan ini tidak berapa beza dari ikan bakar sambal.
4. Masukkan asam gelugor, garam, gula dan daun limau purut. Jika suka, boleh tambahkan belacan. Tumis sampai bahan-bahan masak sempurna. Kemudian sejukkan seketika.
5. Lumurkan bumbu pada ikan. Oleh kerana kita bakar atas kuali, susah nak sapu ikan bila ikan dah masak. Ia akan hancur kalau kita balik-balikkan banyak kali. Jadi empunya resipi lumur bumbu pada ikan terlebih dahulu.
6. Kemudian terbalikkan ikan dan lumurkan bumbu pada bahagian luar pula. Boleh alas ikan dengan daun pisang atau daun kunyit agar ikan tak melekat pada kuali. (empunya resipi guna kuali non-stick)
7. Bila masak nanti, ikan tidak akan diterbalikkan. Masak belah bawah sahaja. Untuk pastikan ikan ini masak sekata tanpa hangus, kena bakar dengan api kecil atau sederhana.
8. Tutup kuali. Jika ada tanda-tanda nak hangit, jangan panik. Buka penutup, masukkan 1 senduk air, gerak-gerakkan kuali agar air turun ke bawah daun. Tutup semula dan masak sampai air tadi kering.
9. Hasil Ikan Bakar Rica Manado yang telah siap dimasak. Tidak hangus, tidak melekat dan masak sempurna. Sedia untuk dinikmati.
Jika tiada selera, hidangan pekasam daging ni boleh membangkitkan selera makan anda. Tak perlu beli kerana anda boleh hasilkan pekasam daging ini secara homemade menggunakan resipi perkongsian saudari Roses Eagle. Mudah je, Jom cuba.
RESIPI PEKASAM DAGING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Basuh daging dan hiris nipis. Basuh dengan limau nipis. Jika tiada, boleh guna asam keping, asam jawa atau tepung gandum. Kemudian toskan.
2. Gaulkan daging yang di tos tadi dengan garam kasar dengan secukupnya. Elak letak garam terlalu banyak kerana daging akan jadi terlalu masin. Masukkan juga asam gelugur. Letak dalam bekas berpenutup dan simpan dalam peti sejuk semalaman.
3. Keluarkan daging yang diperap dan basuh dengan air bagi menghilangkan lebihan garam. Tos dan ketepikan.
4. Ambil kuali dan goreng beras sehingga garing dan keperangan. Pastikan beras tidak hangit supaya rasa pekasam jadi sedap. Beras tidak perlu dibasuh.
5. Bila siap digoreng, tumbuk atau kisar kasar beras tadi.
6. Gaul beras tumbuk bersama daging hingga rata dan bersalut sempurna.
7. Masukkan kembali daging ke dalam bekas. Tutup rapat dan peram dalam peti sejuk selama 2-3 hari.
8. Untuk menikmatinya, panaskan minyak dan goreng hingga garing dan keperangan. Hidangan pekasam daging ini enak dimakan bersama nasi panas.
Thai Omelette viral yang rangup di luar dan gebu di dalam. Ikuti resipi lengkap bersama Sos Prik Nam Pla asli Thailand untuk rasa yang lebih sedap dan padu.