Eriyca Baiduri usahanita kosmetik yang lebih mesra dikenali sebagai Madammu merupakan seorang jutawan produk kecantikan dan penjagaan kulit muka yang tidak asing lagi dalam kalangan netizen. Memiliki raut wajah yang jelita dan personaliti mempersona membuatkan ramai yang terpikat untuk mengenali figura ini dengan lebih lagi.
Pemilik di sebalik Noir Health & Beauty, anak kelahiran Terengganu ini telah memulakan perniagaannya sejak tahun 2017. Siapa sangka Madammu yang pernah menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang pembaca berita ini telah berjaya melahirkan seramai 20 ribu ejen di bawah naungan Noir Health & Beauty. Noir tidak hanya terhad kepada produk kecantikan dan penjagaan wajah, malahan ianya juga meliputi produk yang berbentuk kesihatan. Antara produk Noir yang popular adalah Super Whitening Skin Peptides, Noir Skincare Crystal Set, Noir Pure White Mixed Berries dan macam-macam lagi.
Ads
Di atas kejayaan Madammu di dalam bidang perniagaan ini, beliau telah menjadi sumber inspirasi kepada wanita-wanita yang ingin berjaya seperti beliau. Warganet yang mengikuti perjalanan Madammu di media sosial, pasti mengetahui serba sedikit tentang hidupnya.
Oleh yang demikian, Portal Majalah Nona di bawah naungan Nu Ideaktiv akan menerbitkan sebuah rancangan siri televisyen berdurasi 30 minit yang bertajuk “Diari Madammu”. – “Diari Madammu” merupakan sebuah rancangan TV enam (6) episod yang akan bermula pada 3 Jun 2023, setiap Sabtu, jam 10:00 malam di saluran ASTRO RIA.
Astro sebagai penyiar rasmi rancangan ini bekerjasama dengan portal majalah Nona ingin memartabatkan wanita yang berjaya dan memberi inspirasi dengan menerbitkan rancangan Diari Madammu. Dengan harapan ianya akan memberi impak yang besar dalam memperkasakan semangat wanita-wanita di luar sana untuk keluar dari zon selesa dan melangkah dengan lebih berani bagi mencapai impian mereka.
Ads
Rancangan ini akan menampilkan perjalanan hidup dan sisipan inspirasi Eriyca Baiduri (Madammu) dalam menjalanani kehidupan sehariannya sebagai seorang isteri, ibu, dan sebagai seorang usahanita yang berjaya. Diari Madammu ini juga turut memperlihatkan bagaimana Madammu memainkan peranannya di pejabat, di rumah, pertemuan dengan klien, dunia glamor, gaya hidup mewah, perkahwinan, bagaimana Madammu menangkis stigma netizen, menelusuri perkongsian kisah ibunya yang merupakan seorang bekas pesakit kanser, kesusahan zaman kecilnya sehinggalah membawa kepada kejayaannya bersama NOIR dan cintanya yang tidak pernah hilang pada Besut, Terengganu.
Menariknya penonton akan dapat melihat sendiri Madammu berkongsi perjalanan proses IVF bersama suaminya (TP Azri). Penantian selama 8 tahun yang penuh dengan emosi dan air mata ini juga bakal dikongsikan bersama penonton.
Ads
Program siri TV realiti ini juga akan memperlihatkan sisi Madammu sebagai seorang wanita yang kuat, berkarisma dan mempunyai kualiti dalam kepimpinan. Walaupun sibuk dan bergelut dengan semua ini, Madammu masih mengekalkan aura dan gaya hidupnya yang glamor dan classy.
Di sepanjang perjalanan program Diari Madammu ini juga akan memperlihatkan sisi lain beliau. Transisi 360 darjah yang berlaku dalam kehidupannya menerusi gambaran utama iaitu bagaimana penonton akan menyaksikan transisi perubahan dari segi emosi dan fizikal Madammu sepanjang proses kehamilan berisiko tinggi yang dilaluinya sepanjang program ini. Dari permulaan proses awal IVF sehingga ke labour room bagi menyambut kelahiran baby A yang penuh keterujaan yang tak terduga
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ibu chef selebriti popular Datuk Chef Wan meninggal dunia pagi ini.
Berita kematian ini diumumkan Chef Wan sendiri menerusi laman sosial Instagram beliau. Ibunya yang mesra disapa Cik Ani, meninggal dunia di Hospital Gleneagle pada jam 6.20 pagi.
“With great sadness my dearest mom had passed away at 6.20am peacefully in her sleep at the Gleneagle hospital pagi ini. May her soul rest in peace, di ampun segala dosa2 beliau serta di tempat kan bersama sama orang2 yg beriman nanti. Her body will be prepared for burial at Masjid Putra Putrajaya and lay to rest at tanah perkuburan Cyber 10. Alfatihah. Thank you so much for all your kind wishes and doa for my mother. Alhamdulilah.”
Pemergian Allahyarhamah juga mendapat perhatian selebriti yang lain antaranya Alif Satar, Hisyam Hamid, Marion Counter, Noor Nabila, Fedtri Yahya dan ramai lagi.
Umum sudah maklum, selebriti chef tersohor dato chef wan sangat menjaga kebajikan ibunya. Lihat sahaja posting-posting beliau mengenai ibunya, sangat membahagiakan.
Malah baru-baru ini sempena ulang tahun kelahiran Cik Ani yang ke 90 tahun, ia telah disambut dengan begitu meriah dan dihadiri oleh para tetamu tersohor dan kenamaan.
Moga Allah merahmati Allahyarhamah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh & beriman. Al-Fatihah.
Buat para penggemar Cinnamon Rolls, ada berita baik untuk anda! Cinnabon kini kembali ke Malaysia dengan pembukaan outlet mereka di The Exchange TRX, Kuala Lumpur. Cinnabon Malaysia kini dimiliki dan dioperasi oleh pemegang francais baharu, AC Hesed Group.
Menurut Noémi Chaw, Pengarah Strategik AC Hesed Group, mereka cukup teruja untuk berkongsi keenakan roti gulung kayu manis terbaik di dunia bersama rakyat Malaysia. Dibakar setiap hari, ia digulung dengan tangan dan tampil bersama aroma kayu manis yang memikat jiwa.
Cinnabon menggunakan Makara® Cinnamon yang eksklusif untuk Cinnabon. Diimport dari Indonesia, Makara® Cinnamon memberikan keenakan dan rasa yang tiada bandingan. Dengan inti kayu manis yang menggoda, Cinnabon bersedia untuk memikat hati rakyat Malaysia dengan rasanya yang unik dan lazat.
Di outlet terbaru ini, para pengunjung boleh menikmati roti gulung yang baru dibakar termasuklah Cinnabon Cinnamon Rolls yang lengkap dengan frosting keju krim. Roti gulung kayu manis ini boleh didapati dalam dua saiz: Cinnabon asli dan juga Minibon yang lebih kecil. Tiga perisa yang boleh anda cuba: Classic, Caramel Pecanbon dan Chocobon.
Anda juga boleh membawa pulang CinnaPacks yang didatangkan dengan dua Cinnabon Classic atau Minibon dengan kiraan 4 atau 9 dalam setiap kotak. Cinnamon Rolls ini juga enak dinikmati bersama pelbagai jenis minuman seperti kopi espresso panas atau sejuk, Classic Lemonade yang baru diperah atau minuman Chillattas®.
Cinnabon Malaysia turut menawarkan tiga promosi eksklusif bermula 6 sehingga 14 Jun 2024 yang akan memberi ganjaran kepada peminat-peminat Cinnabon untuk menikmati hidangan kegemaran mereka:
Menangi bekalan Cinnabon untuk setahun! Seorang pelanggan bertuah bakal memenangi hadiah utama iaitu bekalan Cinnabon untuk setahun. Pemenang tempat kedua dan ketiga akan menerima hadiah bekalan Cinnabon untuk 6-bulan dan 3-bulan. Penyertaan adalah mudah – pelanggan hanya perlu membuat mana-mana pembelian di Cinnabon dari 6 sehingga 14 Jun 2024, imbas kod QR untuk mengisi borang penyertaan, dan memuat-naik gambar resit mereka. Pemenang akan dipilih secara rawak, dan akan diumumkan di laman-laman sosial CInnabon Malaysia.
Kembali untuk lebih banyak Cinnabon Dengan setiap pembelian sehingga 14 Jun 2024, pelanggan akan menerima sebuah baucar untuk menebus Classic Minibon secara percuma apabila mereka melawat Cinnabon sekali lagi.
Hadiah dengan setiap pembelian 100 pelanggan pertama setiap hari dari 6 sehingga 14 Jun 2024 akan menerima Classic Minibon secara percuma dengan setiap pembelian. Pelanggan-pelanggan seterusnya akan menerima sebuah pek pelekat terhad dan eksklusif yang menampilkan gambaran Cinnabon yang berbeza. Pek pelekat ini telah direka-bentuk dengan seorang artis dari Asia Tenggara, yang menunjukkan dedikasi Cinnabon terhadap seni dan komuniti tempatan, dan dicipta untuk memupuk semangat kekitaan dan komuniti antara Cinnabon dan peminat mereka.
Jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur, jom singgah ke Cinnabon di The Exchange TRX yang dibuka pada jam 10 pagi hingga 10 malam.
Status arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sama ada dilanjutkan atau ditamatkan bakal diketahui hari ini selepas ia dilaksanakan sejak 18 Mac lalu mengekang penularan pandemik Covid-19.
PKP sepatutnya berakhir pada 14 April ini dan kerajaan dijangka membuat pengumuman yang pastinya sangat dinantikan-nantikan oleh rakyat di seluruh pelusuk tanah air.
Setelah hampir sebulan PKP dilaksanakan,rakyat tentunya mengharapkan PKP tidak dilanjutkan terutamanya bagi yang menjana pendapatan harian dengan berniaga kecil-kecilan, namun kerajaan pastinya akan membuat keputusan tepat berdasarkan situasi semasa kes Covid-19 di negara ini.
Untuk rekod, Malaysia merekodkan 69 kes sporadik Covid-19 setakat ini, iaitu kes yang tidak diketahui asal usul dan punca jangkitannya, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Justeru, Malaysia memerlukan kerjasama dan sokongan rakyat secara keseluruhannya dalam situasi PKP ini bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 daripada terus menular atau memberi kesan yang tidak sepatutnya. Harus diingat, semakin kita ingkar arahan PKP ni, tidak mustahil semakin lama kita semua perlu ambil untuk memutuskan rantaian wabak ini.
Tunaikanlah tanggungjawab sebagai rakyat dengan mematuhi peraturan, tidak menyebarkan berita palsu termasuk di media sosial dan hargailah peranan petugas barisan hadapan yang sedang berjuang demi keamanan dan keselamatan negara.
Tepung gomak pandan ini kena cuba bagi peminat kuih tradisional. Tekstur kuih ini cukup lembut, kenyal, dengan inti kelapa manis yang wangi dan berlemak....