Siapa sangka pengalamannya menikmati roti unyil semasa melancong ke Indonesia akhirnya menjadi idea dan inspirasi untuk Zaiton Sulaiman menjadikannya sebagai idea perniagaan. Unyil bermaksud kecil dan comel, roti ini mudah dimakan dan dibawa bekal ke mana-mana. Bermula lapan bulan lalu di instagramnya moreish_official dia kini menjual produk roti unyil ‘homemade’ yang segar, bersih, halal dan selamat ‘halalan toyibban’.
.
Zaiton memilih nama moreish kerana ia membawa maksud “so pleasant to eat that one wants more’, roti unyil yang sedap tu pastinya membuatkan ia ingin dinikmati lagi oleh pelanggan.
Zaiton Sulaiman.
Ads
Roti unyil didatangkan dengan 15 rasa iaitu dengan topping dan inti seperti chicken floss, telur masin, kacang dhall, durian lempuk kacang merah, kelapa dan lain-lain dalam pelbagai bentuk dan rupa. Setiap satu seberat 10gm dan saiznya yang kecil memudahkan ia menjadi kudapan yang senang dimakan di mana-mana. Rasanya yang sedap, gebu dan lembut menjadi tarikan pelanggan dan mendapat sambutan yang menggalakkan.
.
Menurut Zaiton dia mempelajari cara membuat roti unyil dengan menghadiri kelas masakan roti ini di Jakarta, Indonesia. Zaiton mengusahakannya dari rumah bersama tiga orang pekerja. Walaupun ada pembantu, tetapi tepung ‘pre mix’ dilakukan olehnya sendiridan tempahan boleh dibuat melalui instagram dan facebook.
Ads
.
Tempoh hayat roti ini adalah lima hari dan buat masa ini tempahan diambil untuk kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Juga tempahan untuk Johor Bahru. Selain dari roti unyil zaiton juga membuat talam suji, bahulu gulung, kuih tart dan juga biskut kacang pis.
Ads
.
Cita-cita Zaiton agar moreish bakal berkembang maju dengan mempunyai rantaian kafe di seluruh negara.
INFO ONLINE :
NAMA : Zaiton Sulaiman
ALAMAT : Taman Suria Tropika, Seri Kembangan, Selangor
IG : moreish_official, FB : moreish_official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Amenda salmon en croute tu, dah betul tu memanglah ada tuna dalam ramuannya. Ni sajian kudapan barat yang menggunakan pastri lapis di luar dan di dalamnya salmon.
.
Ni idea hebat dari tenaga pengajar muda SG Academy yang diminta menyediakan resipi bakeri berasaskan makanan laut. Sepatutya buat lima sahaja, ni terlebih satu min masukkan dalam web Rasa.
SALMON EN CROUTE
.
BAHAN-BAHAN :
150gm salmon segar
10 gm lada hitam
50 gm Cendawan butang
50gm Cendawan portabelo
50ml minyak zaitun
3gm Thyme
3gm Garam
60gm Asparagus
Bahan Puff pastry@ Pastri Lapis :
• 400gm tepung gandum
• 1/8 sudu teh garam
• 50gm mentega
• 220ml air
• 300gm majerin pastri
Bahan sos :
• ½ cawan mayonis
• 2 cawan lemon jus
• 2 sudu makan mustard
• Sedikit daun dill
• ½ liter air
CARA MEMASAK :
1. Bentukkan salmon membentuk cylinder. Kemudian panggang seketika diatas api sehingga menjadi keperang-perangan sekelilangnya. Angkat dan asingkan
2. Kemudian kisar semua cendawan bersama daun thyme, sehingga hancur.Tumis cendawan sehingga masak.
3. Dalam satu mangkuk campurkan tepung gandum,air ,garam, majerin pastri dan mentega. Gaul sehingga menjadi doh.Rehatkan seketika ( puff pastry)
4. Roll adunan doh puff tadi menjadi segi empat 25×30.Kemudian rehat selama 10 minit.( puff pastry )
5. Kemudian susun cendawan yang dah ditumis tadi di atas doh puff pada lapisan pertama.Pada lapisan kedua letakkkan salmon dan asparagus yang telah dimasak tadi,ratakan menjadi satu lapisan nipis.Selepas itu sapukan telur disekeliling doh puff dan lipat kelim ke tepi dan kanan untuk mengelakkan dari terbuka.
6. Bakar sehingga 30 minit dalam suhu 170 darjah C.
7. Siap untuk dihidangkan.
8. Selepas itu, masukkan dalam mangkuk ,½ liter air tadi masukkan mayonis,lemon juice, mustard dan gaul seketika,
9. Boleh lah makan bersama puff salmon yang sudah siap tadi.
Saiz hidangan: 1-4 0rang
Waktu memasak: 1 JAM 18 MINIT
Cara memasak: Membakar & saute
Jenis masakan: Masakan daripada masakan perancis
Keistimewaan: Menu sesuai dijadikan hidangan utama dan keistimewaan ikan salmon disalut dengan kulit pastry
Anggaran kos: RM20.00
RESIPI : FARIBURZ ANAK KANDAU, NADZIRAH ABDUL RAZAK & WAN NORAINI SYUHADA MOHAMAD
TERIMA KASIH : SG Academy, Putra Majestik , Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Peminat manisan pasti sukakan donut lembut dan gebu yang berinti kastad ini. Donut dibentuk bujur sedikit dan dileperkan sebelum digoreng dengan api sederhana. Filling kastad yang dibuat sendiri diisi kedalam donut dan terasa bila donut digigit.
BAWARIAN DONUT
DONUT
BAHAN-BAHAN:
4 cawan tepung gandum
250 – 350ml (lebih kurang) air sejuk
2 biji telur kuning
4 sudu besar shortening/ margerin
3 sudu besar susu tepung
1 sudu besar susu pekat
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar yis
1 sudu besar water roux (lihat nota di bawah)
CARA MEMBUAT:
Pukul telur satukan dengan air. Campurkan semua bahan kecuali shortening/margerin. Uli hingga jadi doh.
Selepas itu baru masukkan shortening/margerin. Uli lagi hingga elastik untuk dapat donut yang sangat lembut.
Perap atau rehatkan sehingga naik 2 kali ganda. Buang angin.
Timbang 40gm setiap satu buat rounding hingga licin. Buat bentuk agak bujur dan leperkan sedikit. Biarkan doh naik lagi.
Kemudian goreng dengan api sederhana hingga keperangan.
Untuk dapatkan ring pada donut, tipsnya semasa mengoreng hanya dua kali balik. Bila bahagian sebelah dah keperangan baru dibalikkan kebahagian sebelah lagi.
INFO: Water Roux: 1 sudu besar tepung, 3/4 cawan air. Masak hingga agak kental dan ambil 1 sudu besar untuk dimasukkan dalam donut.
CUSTARD FILLING
3/4 cawan susu segar/susu cair
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat
Sedikit esen vanilla
1 sudu besar butter/margerin
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan kecuali butter, sebatikan jangan sampai ada ketulan tepung.
Masak api sederhana hingga hampir pekat, masukkan butter dan aduk lagi hingga agak pekat.
Jangan sampai keras, kalau terkeras tambah air lagi dalam 1/4 cawan aduk semula.
Siapa suka Roti Boy atau dikenali juga sebagai Mexican Bun atau Mocha Bun yang banyak dijual di kedai-kedai bakeri atau pasaraya utama? Mesti ramaikan, lagi-lagi kalau makan panas-panas, terasa lembut tekstur bun dan garing topping kopi di atasnya. Ditambah pula dengan lemak filling mentega di dalamnya. Memang terbaik, tapi kalau nak buat sendiri ini tip yang boleh membantu Roti Boy yang korang buat sehebat bakeri punya.
Pastikan Adunan Roti Diuli Hingga Sebati
Jika mahukan tekstur lembutm korang kena ulinya sehingga elastik, kalau nak tahu ia sudah elastik apabila adunan di Tarik kedua-dua sisi adunan tidak putus dan tidak lekat pada tangan. Selepas diuli, rehatkan adunan untuk proses proofing. Proses ini bertujuan untuk mengempukkan roti. Semakin lama direhatkan (minima satu jam) adunan akan semakin mengembang dan tekturnya kian lembut apabila dibakar nanti.
Gunakan Mentega Beku Untuk Filling
Rotiboy adalah bun versi klasik yang menggunakan inti atau filling mentega masin (salted butter). Filling inilah yang membuatkan bun ini sedap kerana bergabung dengan manis gula dan pahitnya kopi pada bun. Agar fillingnya cair sempurna setelah roti dibakar, korang gunakan mentega yang sejuk atau beku sebagai inti. Dengan cara ini mentega akan cair semasa proses bakar tetapi tidak sampai melebabkaan tekstur luar roti. Seperkara laagi, semasa memasukkan filling mentega, pastikan anda membentuk doh bulat dengan baik supaya filling tidak keluar semasa membakar.
Tekstur Topping Perlu Pekat
Selepas diisi filling, bun yang telah dibentuk bulat perlu dipaipkan dengan topping kopi di atasnya. Topping ini mesti meliputi permukaan roti, supaya seluruh permukaan diliputi topping sepenuhnya, paipkan toping seperti lingkaran ubat nyamuk dengan tekstur topping sedikit pekat supaya ia tidak meleleh ke sisi bun semasa proses membakar. Apabila topping telah berubah warna kecoklatan selepas dibakar.
Bakar Dengan Suhu dan Waktu Yang Betul
Selain mempengaruhi tekstur roti, lama waktu membakar dan suhu yang tinggi juga mempengaruhi topping kopinya tau. Biasanya roti dipanggang antara 170-200C. tetapi untuk Rotiboy atau Mocha Bun cukup sekadar 170-180 C sahaja. Tetapi disebabkan saiz dan jenis oven tidak sama, maka waktu membakar dan suhu juga berbeza. Hanya korang saja yang kenal karektor oven sendiri. Untuk Mocha Bun ini ia akan masak sempurna apabila topping kopinya sudah meleleh menyeliputi permukaan roti dan teksturnya rapuh . Jika terlalu lama dibakar atau terlalu tinggi suhu, bun akan menjadi kering dan fillingnya tidak akana meleleh cantik seperti korang harapkan.
Resipi Roti Boy
Bahan-bahan:
Inti:
100gm mentega bergaram | dilembutkan
1/4 sudu teh esen vanila
35 gram gula perang
Bahan Topping
100gm mentega | dilembutkan
80gm gula aising | diayak
2 biji telur | dipukul sedikit
3 sudu makan Nescafe | dicampurkan dengan 2 sudu besar air
Secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur ke dalam esen kopi
100gm tepung serbaguna | diayak
Bahan Untuk Doh Manis
500gm tepung roti | diayak
20gm tepung susu, diayak
75gm gula pasir
1 sudu the garam
1 1/2 sudu teh yis segera
1 biji telur | dipukul sedikit
270gm (270 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air)
60gm mentega | dilembutkan
Cara Memasak:
Pukul mentega dalam pengadun pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanila dan gula perang dan pukul hingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. Bahagikan adunan inti kepada 10 gm dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
Cara untuk lapisan atas: Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu.
Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen kopi. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati.
Masukkan ke dalam beg (‘piping bag’) dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
Cara untuk doh manis: Campurkan tepung yang telah diayak, gula pasir dan garam di dalam pengadun dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit.
Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit.
Masukkan mentega dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin.
Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.
Cara untuk membuat Roti Boy: Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. Letakkan inti ditangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair).
Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm di atas loyang pembakar. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit di dalam suhu suam.
Paipkan lapisan atas di atas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga roti kekuningan.
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!