
Roti sardin goreng ni nampak je simple tapi bila dah makan eh tiba-tiba dah habis sepinggan. Jangan pandang sebelah mata je resipi ni, belum cuba belum tahu hasilnya! Resipi yang dikongsikan oleh Marzie Hana di Facebook ni memang sangat sedap dan cara penyediaannya tak rumit langsung sekelip mata je boleh siap. Tak sampai 10 bahan pun dah jadi dah resipi ni. Haa jomlah cuba resipi ni sekarang.
ROTI SARDIN GORENG

BAHAN-BAHAN:
3 biji bawang merah
5 biji cili padi
1 tin sardin
Gula sedikit
Garam sedikit
CARA PENYEDIAAN:
1. Tumis bawang besar 3 biji, cili padi 5 biji sampai garing
2. Masak 1 tin sardin, masukkan gula dan garam.
3. Masak sampai kering sedikit tutup api dan lenyekkan
4. Letak di atas roti dan lipatkan.
5. Goreng sehingga kekuningan.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Marzie Hana
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Telur Puyuh Balado Sawadikap Lauk Simple Ketika Malas
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedap! Resipi Soondubu Jjigae (Korean Tofu Beef Stew) Homemade

Jika anda peminat sajian Korea, pasti tidak asing lagi dengan menu resipi Soondubu Jjigae @ Korean Tofu Beef Stew ni. Ia merupakan sejenis stew yang dimasak bersama campuran pes cili Korea dan juga kimchi yang ditambah bersama dengan beberapa bahan-bahan lain. Pedas, masam dan rasanya sangat enak. Sesuai untuk anda yang gemarkan sajian berkuah dan panas. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nur Fairuza ni. Masak sendiri pasti puas hati. Boleh letak lauk banyak-banyak. Jom cuba!
CARA MASAK SOONDUBU JJIGAE (KOREAN TOFU BEEF STEW)

BAHAN-BAHAN (saiz hidangan 2 orang):
2 ulas bawang putih – tumbuk halus – beli online disini
Sedikit halia – tumbuk halus
1/2 kiub pati ikan bilis – beli online disini
1 sudu makan pes gochujang – beli online disini
Daging – hiris nipis
Tofu jepun lembut
Cendawan enoki
Garam secukup rasa
1 cawan air

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MEMASAK:
1.Tumis bahan tumbuk (bawang putih dan halia) dengan sedikit minyak. Cukup sekadar tumis sebentar sahaja, tidak perlu garing.
2. Masukkan pes gochujang. Pes akan berketul-ketul tetapi tidak mengapa. Kacau sahaja.
3. Masukkan air. Cair atau pekat boleh ubah ikut selera masing-masing. Kacau lagi supaya pes larut.
4. Masukkan kiub pati ikan bilis.

5. Seterusnya masukkan cendawan enoki, hirisan daging, tofu. Buka api kuat sekejap sambil dimasukkan garam dengan secukupnya. Tidak perlu banyak garam sebab pes sudah berperisa.

6. Bila stew sudah menggelegak dan daging masak, tutup api.
7. Tabur daun bawang yang dihiris dan juga biji bijan. Soondubu Jjigae siap untuk dinikmati.

INFO: Soondubu Jjigae sedap dimakan semasa cuaca sejuk @ hujan. Jika suka boleh pecahkan telur di dalamnya dan nikmati bersama nasi seperti di Korea.
Kredit resipi & foto: Nur Fairuza
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Maggi Ketam Boleh Masak Sendiri Di Rumah. Sedap & Lebih Jimat
Cara Langkah Demi Langkah Masak Kuih Pulut Sekaya @ Tok Aji Serban
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hikmah Pandemik, Wanita Ini Lebih Yakin Hasilkan Fucuk Sendiri

Apabila Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksanakan, banyak perkara menjadi terhad dan pergerakan juga tidak bebas.
Maka atas inisiatif sendiri, wanita dari Selayang ini, Siti Zara’s dapat belajar dan menghasilkan fucuk sendiri. Memang puas hati kerana lebih yakin dengan kebersihan makanan itu sendiri.
Nak buat pun sangat senang dan bahan mudah didapati. Jom kita buat!
FUCUK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
Kacang soya
Air
*tiada kuantiti yang spesifik kerana bergantung kepada berapa banyak yang anda nak buat.
CARA-CARA:
1.Rendam kacang soya semalaman. Selepas semalaman, buang kulitnya. Tak dapat buang semua pun okay, yang penting 50 peratus dapat buang.

2. Basuh lagi kacang soyang telah dibuang kulitnya dan toskan. Kemudian, kisar soya menggunakan formula nisbah air 1:2 (1 untuk air, 2 untuk soya). Tapis airnya.

3. Kemudian, masak air soya di atas dapur. Untuk proses ini, boleh guna apa-apa bekas periuk. Pastikan api sentiasa terpasang. Api sederhana kecil ye. Saya guna bekas makanan buffet. Gunakan kaedah double boil, hasilnya lagi cantik. Tidak perlu kacau.

4. Lama-kelamaan, lapisan fucuk akan terbentuk pada permukaan air soya tu akan jadi mengeras. Lebih kurang ada lapisan yang kekuningan berkedut-kedut. Kemudian, boleh angkat menggunakan lidi sate yang panjang tu. Atau boleh juga gunakan chopstick.


5. Kemudian, cara jemurnya sama seperti macam nak jemur tuala. Biar sampai kering betul. Jika tidak ia akan berkulat. Selepas itu, boleh ulang proses tadi sampai dapat banyak.

Kredit: Siti Zara’s
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi Nasi Air Terengganu Dengan Ramuan Yang Cukup, Gerenti Tak Cukup Semangkuk
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Langkah Masak Nasi Daging Air Asam Cara Lebih Mudah.

Nasi Daging Air Asam atau kata orang utara Nasik Daging Ayaq Asam memang cukup popular terutamanya di Kedah. Tengok rupa Nasi Daging dengan Air Asam dari Zaini Talib memang gerenti sedap dan beraroma wangi.
Resipi ni ikut gaya Zaini Talib sendiri, katanya dia lebih selesa dengan cara dan langkah memasak begini. Tapi lain orang lain caranya. Janji hasilnya sedap.
NASIK DAGING AYAQ ASAM

.
BAHAN-BAHAN :
- 1kilo daging direbus | direbus denganhalia,bawang kecik,bawang putih tumbuk,4 sekawan-bunga lawang ,bunga cengkih,kulit kayu manis,buah pelaga sikit garam)
*Rebus sampai empuk | simpan kuah untuk masak nasi.
Bahan nasi :
- 4 cawan Beras Basmathi | basuh dan tos – beli online DI SINI
- Air ( nisbah 1 beras: 1.5 air) | atau ikut beras
- Rempah tumis – bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga | tak letak pun tak apa,dah masuk tadi dalam sup
- 1 sudu besar minyak sapi – beli online DI SINI
- 2 sudu besar minyak masak
- Sedikit susu cair *Zaini tak pernah masukkan, kalau nak masukkan lah 3 sudu besar.
- 1 helai daun pandan
- 1 kiub pati ayam – jika suka – beli online DI SINI
- 2 biji buah tomato – potong kecil
- 3 sudu besar rempah kurma
Bahan hiris untuk tumis:
- 4 ulas bawang kecil – beli online DI SINI
- 3 ulas bawang putih – beli online DI SINI
- 1 inci halia – beli online DI SINI
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumis rempah penumis dan bahan bahan yang dihiris sehingga wangi dan daun pandan.

Untitled design.
2. Masukkan rempah kurma dan dikacau rata.

.

.
3. Kemudian masukkan sedikit air. Kacau lagi sehingga pecah minyak.

4. Masukkan tomato.

5. Kacau rata dan kemudian masukkan beras, goreng kejap.

.

.
6. Kemudian alihkan masuk ke dalam periuk nasi.Masukkan air daging tadi dan sedikit susu cair jika suka.
7. Tekan cook biarkan ia masak

.

.
8. Gemburkan beras biar sekata.
.
AIR ASAM KERISIK

.
Bahan kisar/tumbuk:
- Sambal Belacan
- cili merah
- cili padi | warna hijau dan merah- beli online DI SINI
- sedikit belacan| bakar sikit kalau suka
- Garam – jika perlu
- Gula
Bahan lain:
- buah tomato dihiris nipis2
- bawang besar – hiris nipis
- Sedikit kerisik
- sedikit air rebusan daging-jika nakkan berkuah
- pes asam jawa atau limau nipis | Zaini letak keduanya sekali
- Sos tomato |kalau suka – beli online DI SINI
- Sos cili |kalau suka -beli online DI SINI
CARA MEMASAK :
1. Buat sambal belacan macam biasa
2. Tumbuk cili hidup , cili padi, belacan.
3. Perah air asam jawam sedikit air limau nipis.
4. Selepas itu potong masuk tomato dengan bawang besar gaul sekali.
5. Selepas itu masukkan kerisik.Jika nak berkuah bolehlah masukkan air rebusan daging tadi

.
Kredit : FB Zaini Talib
INGIN MEMBELI RICE COOKER TERKINI DAN TERBAIK. JOM BELI DI SINI.
ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI VIDEO MASAKAN INI, LEBIH BANYAK VIDEO MENARIK DI YOU TUBE @Majalahrasaofficial
DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :
https://www.rasa.my/petua-masak-nasi-tumis-yang-sedap-cantik-tak-hancur/
Set Nasi Udang Kunyit, Daging Tumis Kerisik & Udang Masak Jintan, Mantap.
https://www.rasa.my/menu-kenduri-nasi-kunyit-ayam-bakar-ketumbar-nanas-tumis-berempah/
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

