Sayang kalau roti tu dibiarkan tamat tempoh. Selain dijadikan puding, anda juga boleh buat roti kering menggunakannya. Krup..krup rangup. Memang layan! Kena pula cicah dengan air kopi, perghhh..tak nampak dah orang kanan kiri. Jom lihat cara-cara membuat roti kering ni.
BAHAN-BAHAN:
Roti
Mentega | boleh juga guna marjerin
Gula
Sudu/ pisau untuk sapuan mentega dan gunting untuk potong roti
CARA MEMBUAT:
1. Ambil roti dan sapukan marjerin di kedua-dua permukaan roti. Taburkan gula secukupnya.
Ads
2. Potong roti mengikut saiz yang anda gemari. Guna gunting untuk lebih mudah.
3. Susun kepingan roti di dalam dulang pembakar.
4. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 200C selama 20-25 minit. Guna api atas bawah.
Ads
5. Keluarkan roti dan sejukkan.
6. Simpan di dalam balang kedap udara.
Ads
Nota: Waktu membakar berlainan bagi setiap ketuhar. Oleh itu kena selalu jengah roti anda bagi mengelakkan ia hangus.
Snek ringan tentunya menjadi pilihan ramai. Makan sambal tonton televisyen, memang ralit dibuatnya. Buat sebalang, sekejap je boleh habis. Malah, kudapan snek ringan sebegini juga boleh dijadikan punca rezeki bagi mendapatkan pendapatan sampaingan. Kos pun tak banyak. Nak cuba? Puan Shida Yasin ada kongsikan resipinya.
4 IDEA SNEK RINGAN BOLEH TAMBAH PENDAPATAN
1. BEPANG KACANG TANAH
BAHAN -BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak kemudian tumbuk kasar. Ketepikan. 2. Bijan digoreng tanpa minyak. Taburkan atas loyang aluminium yang akan diletak kuih Bepang Kacang nanti. Ketepikan. 3. Panaskan kuali dan letakkan gula. Biarkan sedikit cair. Kemudian masukkan minyak masak. 4. Masak lagi sehingga gula cair dan menjadi warna karamel. 5. Masukkan kacang yang telah ditumbuk. Gaul sebati dan tuang dalam loyang yang ditabur dengan bijan tadi. 6. Balut senduk kayu dengan plastik yang disapu minyak kemudian ratakan ke seluruh loyang. 7. Potong masa tengah panas untuk bentuk Bepang Kacang yang cantik. Sejukkan dan boleh masuk dalam bekas kedap udara.
2. KACANG TANAH SALUT TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Campurkan telur, margerin, bawang putih, gula halus dan garam. kacau rata. 2. Tuangkan 2 sudu makan adunan telur ke dalam kacang, gaul hingga rata. 3. Tuangkan ke dalam bekas campuran tepung gandum dan tepung ubi. gaul gunakan rata dan pastikan ia tidak melekat. 4. Tuang pula dalam bekas jarang dan ayak supaya lebihan tepung jatuh ke bawah. Lakukan proses yang sama hingga kacang habis. 5. Goreng dalam minyak panas di atas api sderhana hingga warna kecoklatan. 6. Angkat dan toskan minyak, setelah sejuk boleh simpan dalam bekas kedap udara.
3. REMPEYEK KACANG TANAH
BAHAN-BAHAN
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK: 1. Satukan tepung gandum dan garam.Masukkan telur satu demi satu. Sebatikan. 2. Masukkan bahan kisar dalam bekas adunan tepung. 3. Kemudian tuang santan yang telah dicampur air sedikit demi sedikit. Adun hingga mendapat adunan yang cair. 4. Tambahkan kapur makan. Kacau lagi sehingga sebati. 5. Masukkan kacang dan ikan bilis ke dalam bancuhan tepung. Sebatikan. 6. Panaskan kuali dengan minyak yang banyak menggunakan api sederhana panas. 7. Sendukkan adunan rempeyek perlahan-lahan ke dalam kuali. Masak hingga rempeyek kekuningan. 8. Angkat dan toskan minyaknya. 9. Bila rempeyek telah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.
4. KACANG BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan kacang yang telah dibelah dua hingga bersih.
2. Didihkan air bersama pes bawang putih (simpan sedikit pes untuk digaul nanti), garam dan gula secukup rasa. Biarkan hingga mendidih.
3. Masukkan kacang yang telah dibersihkan tadi. Kacau dan biar selama 3 minit. Padamkan api.
4. Biarkan kacang terendam dalam air rebusan selama 10 minit. Kemudian toskan.
5. Gaulkan kacang bersama pes bawang putih, garam dan sedikit perasa hingga rata. Letak dalam dulang dan biarkan semalaman supaya kacang menjadi kering.
6. Panaskan minyak masak dalam jumlah yang banyak. Masukkan sedikit kacang ke dalam kuali dan goreng hingga separuh masak.
7. Masukkan sedikit hirisan bawang putih dan daun kari. Goreng lagi hingga kacang masak sepenuhya. Ulang proses hingga kacang habis digoreng.
8. Angkat, toskan minyak dan biar kacang sejuk terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Teringin nak makan Cheesy Meatball malam ni? Ni ada resipi paling mudah perkongsian saudari Ain Aziz. Istimewa resipi ni tak payah masak guna ketuhar pun. Guna kuali je puan-puan. Anak-anak pasti suka sebab tak pedas. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASA CHEESY MEATBALL HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga kekuningan. 2. Masukkan bebiola daging. Kacau lagi hingga sebati. 3. Tuangkan sos pasta dan hirisan cendawan butang. Gaul rata. 4. Tambahkan keju cheddar dan mozarella. Biar hingga keju cair. 5. Tabur parsley. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Hameediyah Ramadan 2026 tampil dengan promosi iftar nasi kandar, Briyani Buluh Kambing dan pakej open house Aidilfitri eksklusif. Tempah awal dan nikmati tawaran menarik!