Siapa kata usia 70 an tak cukup kuat menguli doh roti. Cuba tengok ni hasil roti kampung dengan hanya menguli dengan dua belah tangan tanpa mesin penguli.
.
Jom semak resipi yang dikongsikan oleh Mak Uda Intan , gebunya.
.
ROTI KAMPUNG ,MAK MENTUA
.
Bahan A
*Campurkan semua di atas sehingga sebati dan biarkan sehingga saiz berganda, bagi mereka yang dah biasa membuat roti pasti tahu kaedah tanzhong
Wanpaku Sandwic atau juga dikenali sebagai Wanpaku Sando adalah sandwic stail terbaru dari Jepun yang sedang trending dan jadi ‘kegilaan’ ramai di seluruh dunia. Dihasilkan dari kepingan roti yang dilapis dengan pelbagai jenis sayur dan bahan-bahan berwarna warni, sajian Wanpaku Sandwic ini tentunya antara sajian sihat yang anda boleh cuba.
Sesuai dinikmati pada bila-bila dan boleh menggunakan apa sahaja bahan kegemaran untuk dijadikan inti. Bagi anda yang nak cuba, lima idea Wanpaku Sandwic perkongsian saudari Cik Merpati Putih ni boleh dicuba.
1. WANPAKU SANDWIC ( INTI TUNA, TAUHU, AYAM REBUS & TELUR HANCUR)
BAHAN-BAHAN:
CARA PENYEDIAAN: 1. Ambil roti dan susun bahan-bahan secara berselang-seli. 2. Balut menggunakan kertas minyak atau aluminium foil dengan kemas. 3. Potong dua menggunakan pisau roti. Sedia untuk dinikmati.
CARA PENYEDIAAN: 1. Gaul isi ayam bersama garam dan bahan-bahan kisar. Perap seketika kemudian panggang hingga masak. 2. Ambil roti dan susun isi ayam panggang dan bahan-bahan lain secara berselang-seli. Picit mayones dengan secukupnya. 4. Balut menggunakan kertas minyak atau aluminium foil dengan kemas. 3. Potong dua menggunakan pisau roti. Sedia untuk dinikmati.
3. WANPAKU SANDWIC ( INTI AYAM GRILL & TELUR MATA KERBAU)
BAHAN-BAHAN:
CARA PENYEDIAAN: 1. Ambil roti dan susun isi ayam panggang, telur mata kerbau dan bahan-bahan lain secara berselang-seli. Picit mayones dengan secukupnya. 2. Balut menggunakan kertas minyak atau aluminium foil dengan kemas. 3. Potong dua menggunakan pisau roti. Sedia untuk dinikmati.
CARA PENYEDIAAN: 1. Ambil roti dan susun isi ayam panggang, telur hancur dan bahan-bahan lain secara berselang-seli. 2. Balut menggunakan kertas minyak atau aluminium foil dengan kemas. 3. Potong dua menggunakan pisau roti. Sedia untuk dinikmati.
5. WANPAKU SANDWIC ( INTI SARDIN, AYAM REBUS & TELUR HANCUR)
BAHAN-BAHAN:
CARA PENYEDIAAN: 1. Ambil roti dan susun salad, sardin, isi ayam rebus, telur hancur dan bahan-bahan lain secara berselang-seli. 2. Balut menggunakan kertas minyak atau aluminium foil dengan kemas. 3. Potong dua menggunakan pisau roti. Sedia untuk dinikmati.
Zaman sekarang, niaga makanan adalah antara yang boleh mendatangkan wang dengan cepat. Nak cuba niaga roti golok? Boleh cuba resipi ini. Ringkas dan sedap.
Roti Golok ni pernah viral suatu ketika dulu. Jadi sejak viral tu memang ramai peminatnya. Kalau beli, sebiji roti golok berharga RM2. Jadi, jom cuba buat sendiri. Puas makan.
Resipi ini dikongsikan oleh Farisha Sofea di facebook RASA Share Resepi. Bolehlah cuba.
BAHAN A
1 cawan air suam
1 peket yis segera
4 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat manis (BELI DI SINI)
1 biji telur ayam / kuning telur
BAHAN B
4 cawan tepung roti / tepung gandum (diayak)
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar marjerin (BELI DI SINI)
1 sudu kecil pelembut roti
1/2 sudu kecil garam halus
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua BAHAN A kecuali telur ayam. Kemudian kacau sebati.
2. Biarkan sehingga yis mengembang. Ketepikan.
3. Di dalam bekas lain, satukan pula BAHAN B.
4. Ramas sehingga adunan menjadi seperti serbuk roti. Ketepikan.
5. Ambil adunan BAHAN A tadi. Campurkan telur ke dalamnya. Adun rata.
6. Tuang BAHAN A ke dalam BAHAN B sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga adunan menjadi doh.
7. Uli doh sehingga lembut dan elastik.
8. Bulatkan doh dan sapukan keliling doh dengan sedikit minyak masak.
9. Rehatkan doh selama 1 jam atau sehingga doh mengembang dua kali ganda.
10. Tumbuk-tumbukkan doh tersebut dan bahagikan kepada beberapa bahagian kecil ikut saiz yang disukai.
11. Bentukkan doh tersebut. Kemudian susun doh di dalam loyang pembakar yang telah digris.
12. Rehatkan doh selama 20 minit atau sehingga doh mengembang. Dalam masa sama, panaskan oven.
13. Sapukan permukaan doh dengan sedikit air.
14. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 25 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing .
15. Setelah masak, sejukkan seketika sebelum diletakkan topping. Sedia untuk dimakan.
Ketahui cara masak suhun yang betul supaya tidak menyerap kuah, kekal kenyal dan tidak mudah lembik. Ikuti tip mudah ini untuk hasil sup yang lebih sedap.