Asyik makan roti yang dibeli saja, sesekali makan roti homemade memang akan terasa sedapnya. Antara yang boleh cuba adalah roti paung. Boleh dijadikan hidangan pagi atau petang, makan begitu saja pun dah sedap.
Jika nak mencuba boleh ikut resipi yang dikongsi oleh peniaga roti paung sendiri, Norhazura Harun. Hasilnya insya-Allah lembut dan sedap.
Breadcrumbs putih Breadcrumbs oren 1 biji telur (pecahkan)
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan semua bahan A dan gaul sebati. Kemudian, masukkan bahan B sedikit demi sedikit. Gaul sehingga semuanya bercampur. 2. Bila adunan sudah sebati, masukkan bahan C. Gaul hingga adunan menjadi elastik dan tidak melekat pada tangan. Anggaran menguli dalam 30 minit hingga sejam. Lagi lama uli lagi lembut roti.
3. Rehatkan doh selama sejam. Kemudian, bahagikan doh (30 gm) dan bulatkan ia. 4. Taburkan sedikit tepung di atas tray, susun doh dan tutup ia dengan kain atau plastik yang bersih selama 30 minit. 5. Sediakan breadcrumbs ke dalam satu bekas. Campurkan kedua-dua breadcrumbs. Sediakan 1 lagi telur yang telah dipecahkan ke dalam bekas yang lain. 6. Ambil doh yang telah dikembangkan tadi, celup ke dalam telur dan kemudian golekkan ia ke dalam bekas breadcrumbs. Letak kembali ke atas tray. Buat sehingga habis. 7. Biarkan roti yang telah bersalut dengan breadcrumbs tadi selama 10 minit. Tutup permukaan roti dengan kain atau plastik yang bersih. 8. Panaskan minyak dan 3 sudu besar shortening (untuk bagi warna roti sekata). Panaskan sehingga shortening larut. 9. Goreng roti hingga keperangan. Guna api yang sederhana kecil dan minyak yang banyak. Angkat dan toskan.
TIP:
*Guna api sederhana kecil untuk pastikan roti masak di dalam dan luar. Untuk elakkan roti berbau yis. *Masa menggoreng, minyak kena panas. Masa nak masukkan roti, matikan sekejap api barulah masukkan ia. Kemudian, barulah boleh buka api yang sederhana kecil. Kalau minyak terlampau panas, bahagian luar akan kelihatan garing dan bahagian dalam masih mentah.
*Ayak tepung pada tray untuk elakkan bentuk jari melekat pada doh roti. *Semasa proses menggoreng, terbalikkan roti sebanyak 2 kali sahaja. Jangan selalu terbalikkan ia untuk elakkan doh meresap minyak yang banyak. *Terbalikkan ia menggunakan lidi sate. Jangan guna sudip. Angkat pun guna lidi jugak. *Pastikan tray yang digunakan untuk toskan burger dilapik dengan redai/jaring ketuhar. Lapik di atasnya dengan tisu dapur. Barulah toskan roti dan biarkan ia sejuk sepenuhnya.
2 keping dada ayam (500gm) 1 sudu kecil serbuk lada hitam tumbuk Garam *Perap isi ayam dengan garam dan serbuk lada hitam. Perap selama 30 minit. 1 sudu besar mentega – beli online di sini 1 sudu besar tepung gandum – beli online di sini 1 cawan susu segar 1 biji bawang holland | potong dadu – beli online di sini 2 ulas bawang putih | cincang – beli online di sini 1 biji tomato | dadu 1/4 biji capsicum merah | dadu 1/4 biji capsicum hijau | dadu 1/4 biji capsicum kuning | dadu 1/2 tin cendawan butang | dipotong halus – beli online di sini 1 kiub pati ayam 2 keping cheese cheedar
CARA MEMASAK:
1. Cairkan mentega dalam periuk. Guna api yang kecil untuk elakkan ia hangus. Kemudian, masukkan tepung gandum. Kacau hingga sekata. 2. Masukkan susu segar. Kacau lagi. Masukkan perapan ayam tadi ke dalam periuk. Biarkan ia bertukar warna.
3. Kemudian, masukkan bawang holland, bawang putih, tomato, capsicum 3 beradik, cendawan butang dan kiub pati ayam. Sentiasa kacau untuk elakkan ia menjadi hangit. 4. Akhir sekali, masukkan cheese cheddar. Biarkan cheese cair. Kacau hingga ia pekat. Angkat dan sejukkan sebelum digunakan.
*Potong tengah roti dan masukkan filling bersama daun salad. Hias mengikut kreativiti masing-masing.
Semerbak harum bau bila roti kopi atau dipanggil mexican bun sedang dibakar. Terdapat 3 bahagian iaitu roti lembut, saduran kopi dan inti mentega yang buatkan roti ini begitu enak.
ROTI KOPI
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMBUAT:
INFO: Susun atas dulang yang disapu shortening dan rehatkan sehingga kembang gebas.
BAHAN SADURAN:
CARA MENYEDIAKANNYA:
INFO: Saduran jangan letak berlebihan nanti banjir tray pembakar. Cukup sekadar saduran itu akan meleleh tutup bahagian roti.
Sedapnya andai dapat menikmati Pau Kaya Pandanyang sedap dan gebu. Jika tidak suka inti pau yang manis, boleh sahaja letak apa-apa inti ‘savoury’ yang anda gemari. Antara yang menjadi pilihan adalah inti sardin, sambal bilis, kari ayam dan juga bbq. Semuanya sedap!
Jika rajin, untuk satu adunan doh, boleh sediakan beberapa inti. Jadi bila makan, terdapat beberapa perisa yang boleh dinikmati. Best kan?
Terasa nak cuba buat Pau Kaya Pandan ni? Saudari Fierah Zulaikhaada kongsikan resipi mudah yang boleh anda cuba. Pasti berselera. Jom cuba!
1.Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk kecuali yis.
2.Sebatikan bahan dan masukkan air secukupnya.
3.Kemudian masukkan yis dan putar doh hingga adunan menjadi elastik.
4.Selepas siap adunan, timbang doh seberat 40-50g setiap satu.
5.Bulatkan doh dan rehatkan doh selama 5 minit.
6.Masukkan inti ke dalam doh dan bulatkan. Perap sekejap dalam 35 minit hingga doh kembang.
7.Sebelum kukus, panaskan air dalam periuk kukus terlebih dahulu. Kemudian letak doh pau tadi dan kukus selama 10-12 minit guna api sederhana besar.
8.Untuk nak tahu pau siap masak atau belum, lihat permukaan pau. Jika licin ia menunjukkan pau telah masak.