
Rojak Tauhu, menu pembuka selera yang sedap dan mudah disediakan. Kuah boleh buat lebih dan simpan boleh juga cicah dengan buah potong. Macam mana nak buat, macam biasa RASA kongsikan resipinya di sini, anda boleh cuba, kalau nak tambah bahan isiannya pun boleh. Macam sedap je kalau tambah telur puyuh rasakan.
ROJAK TAUHU
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KUAH:
10 tangkai cili kering | blend halus
1/2 cawan sos cili
2 inci belacan
1 cawan gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/3 cawan kicap pekat manis
1 cawan air
3 sudu makan tepung jagung
BAHAN ISIAN ROJAK TAUHU:
4-5 keping tauhu | goreng
1 cekak kangkung | celur
1 mangkuk tauge | celur
1 batang timun | hiris memanjang
1 cawan kacang tanah | goreng dan tumbuk kasar
CARA MEMBUAT:
- Campur semua bahan kecuali tepung jagung.
- Masak sampai gula semua cair dan mendidih.
- Kemudian masukkan tepung jagung.Kacau sampai pekat dan sejukkan.
- Sediakan bahan isian dalam pinggan, kemudian tuangkan kuah dan taburkan kacang di atasnya (boleh juga campurkan terus kacang dalam kuah).
- Gaul rata dan bleh hidangkan.Kredit to Aleeya Maisarah
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
1 Pes Sambal Olah Jadi 4 Menu Sedap & Mudah Masak.

Setiap hari anda bergegas balik cepat semata-mata nak masak makan malam ahli keluarga. Sayang kesesakan jalan raya kerap jadi punca rutin harian menjadi kelam kabut, kadang-kadang sampai stres. Sudahnya sampai rumah masak pun cincai-cincai je.
Tenang ye ! Jangan stres-stres. Apa kata cuti hujung minggu anda buat pes sambal dalam kuantiti yang banyak kemudian frozenkan. Sebelum pergi kerja pagi pindahkannya ke bahagian bawah peti sejuk. Bila balik dan nak masak boleh terus guna, tak perlu nak berair mata kupas bawang, tumbuk cili bagai. Sah! Penggunaan pes segera ini boleh membantu kerja memasak dapur lebih cepat dan mudah.
Anda boleh pelbagai jenis masakan hanya dengan menambah sedikit bahan lain, pes yang sama boleh buat sambal sotong, buat asam pedas ikan dan macam-macam lagi, ikut idea bijak anda ye.
Sebagai panduan, ini admin kongsikan idea empat resipi masakan berasaskan pes sambal berserta pes sambal sekali.
Kalau anda ada ideal lain jangan lupa kongsi-kongsikan.
PES SAMBAL
BAHAN-BAHAN
- 100gm cili kering | Dibuang biji dan rendam
- 3 biji bawang besar
- 3 biji bawang putih
- 2.5cm belacan | pilihan
- ½ cawan kecil air asam jawa
- Minyak masak secukupnya
CARA-MEMASAK
- Semua bahan tersebut dikisar sehingga lumat. Panaskan ¼ cawan minyak masak.
- Tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing. Angkat dan sejukkan.
- Masukkan ke dalam bekas kedap berkaca (supaya tahan lama). Simpan di dalam peti sejuk. Sedia untuk digunakan.

SAMBAL SOTONG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- 5 ekor sotong | potong gelang
- 1 biji bawang besar | hiris bulat
- 3 biji bawang merah | racik
- 1 batang serai | ketuk
- 3 sudu makan pes sambal
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah yang telah diracik. Setelah agak berbau wangi, masukkan pes sambal dan serai. Tumis dengan api sederhana hingga naik bau.
- Masukkan sotong dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan hirisan bawang besar dan kacau sebentar.
- Setelah agak kuah telah pekat dan sambal pecah minyak, angkat dan hidangkan.

IKAN CENCARU STIM BERSAMBAL
BAHAN-BAHAN
- 1 ekor ikan kembung bersaiz besar
- 3 sudu makan pes sambal
- 1 biji limau kasturi
- 2 batang bendi | hiris serong
- 1 biji bawang besar | hiris bulat
- 1 biji cili merah | hiris
- Garam dan gula secukupnya
- Aluminium foil
CARA MEMASAK:
- Sediakan aluminium foil. Ikan kembung dilumur garam, gula dan perahan limau kasturi. Kemudian masukkan ikan ke dalam aluminium foil.
- Masukkan pula pes sambal, hirisan bawang besar, cili merah dan bendi. Balut ikan dengan kertas aluminium foil tadi dan kukus dalam 15 minit. Selepas 15 minit, angkat dan hidangkan

SAMBAL TUMIS TELUR
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur | rebus, buang kulit dan digoreng
- 3 sudu makan pes sambal
- Sedikit minyak untuk menumis
- Garam dan gula secukupnya
- Sedikit hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
- Panas kan minyak di dalam kuali dan tumis pes sambal hingga terbit bau.
- Masukkan garam dan gula secukup r
- Setelah sambal pecah minyak, masukkan telur rebus yang telah digoreng tadi dan gaulkan untuk pastikan semua telur bersalut sambal.
- Angkat dan sedia dihidangkan.

ASAM PEDAS AYAM
BAHAN-BAHAN
- 4 ketul ayam | sederhana besar
- 3 labu bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit serbuk kunyit
- Sedikit daun kesum
- 1 batang bunga kantan
- Sedikit daun ketumbar
- Minyak masak secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit serbuk kunyit. Setelah terbit bau, masukkan pes sambal dan bunga kantan. Kacau hingga bau wangi.
- Masukkan sedikit air asam jawa dan air untuk kuah. Masukkan daun kesum. Setelah mendidih, masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk. Sesuaikan garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata.
- Taburkan sedikit daun ketumbar sebelum dihidangkan untuk aroma.
Resipi Kek Pisang Moist Guna Bahan Murah, Tapi Sangat Sedap

Penggemar Kek Pisang Moist harus cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Noor Ashikin Saerah ini. Nampak sangat sedap dan gebu. Malah cara-cara membuatnya juga cukup mudah. Pasti puas hati menikmatinya. Menurut empunya resipi, kek ini menggunakan bahan-bahan yang sangat ekonomi. Jika mahukan rasa kek yang lebih premium, boleh menggantikan minyak dengan mentega yang dicairkan. Lebih mantap rasanya. Wow…Jom cuba!
CARA MEMBUAT KEK PISANG MOIST SEDAP

BAHAN-BAHAN (loyang 8×8 inci):
1 cawan pisang yang telah dilecek (3½ biji pisang abu)
1 sudu makan jus lemon/ limau nipis/ limau kasturi
4 biji telur gred A
1 cawan minyak jagung – beli online disini
3/4 cawan gula kastor – beli online disini
Sedikit emulko pisang/ esen vanilla – beli online disini
Secubit garam
1½ cawan tepung gandum – beli online disini
1 sudu teh soda bikarbonat – beli online disini
1 sudu teh serbuk penaik (baking powder) – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C menggunakan api atas dan bawah.
2. Gris nipis loyang dan alas dengan baking paper. Ketepikan.
3. Campurkan jus lemon ke dalam pisang yang telah dilecek. Gaul sekata. Ketepikan.
4. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik. Ketepikan.
5. Kisar telur, minyak jagung, gula kastor, emulko vanila dan garam selama 6 minit.
6. Kaup adunan dengan spatula sekali-sekala.
7. Masukkan pisang lenyek ke dalam pengisar. Kisar seketika lebih kurang ½ minit.
8. Masukkan bahan kisar ke dalam tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil digaul. Pastikan adunan bercampur rata.
9. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang. Hiaskan dengan pisang yang dihiris nipis.
10. Bakar selama 50-60 minit atau sehingga masak. Setelah kek masak, sejukkan pada suhu bilik. Kek akan lebih berkilat apabila dibiarkan lebih 3 jam selepas dibakar.

Nota:
1. Untuk hiasan, letakkan pisang yang dihiris nipis supaya pisang tidak tenggelam di dalam adunan kek.
2. Cucuk dengan lidi pada bahagian tengah kek untuk memeriksa jika kek telah masak sepenuhnya. Jika lidi bersih & tiada adunan yang melekat, bermakna kek telah masak & bolehlah dikeluarkan dari ketuhar.


Kredit resipi & foto: Noor Ashikin Saerah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Nasi Kerabu Kuning Sedap. Masak Sendiri Baru Puas Makan.
Resipi Rojak Ayam Sedap. Masak Sendiri Puas Hati & Lebih Jimat
Cara Masak Oden Homemade Ala Family Mart. Sedap & Puas Makan
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!

Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Online Minum Petang
Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Cara-Cara Buat Jeruk Bawang Putih Secara Homemade.

Jeruk bawang putih bukan sahaja menaikkan selera bahkan menjadikan hidangan nasi kerabu lebih enak. Kalau makan dengan nasi panas pun dah berselera. Nak cuba buat sendiri? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkannya.
RESIPI JERUK BAWANG HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
- 20 labu bawang putih | cuci bersih tapi jangan kopek kulitnya.Kukus hingga masak.
- 1 cawan cuka
- 2 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 5 sudu makan garam(cm guna 4 sudu makan sahaja)

CARA MEMASAK:
1. Satukan air, garam,gula dan garam ke dalam periuk.
2. Masak hingga mendidih.
3. Kemudian masukkan bawang putih dan biarkan mendidih sekejap.
4. Biarkan betul-betul sejuk baru masukkan jeruk ke dalam balang yang kedap udara.
5. Jika simpan dalam peti sejuk, jeruk dapat bertahan selama 2 bulan tapi jika letak di luar ianya boleh disimpan selama 2 minggu.


Nota: Guna sudu yang bersih setiap kali mengambil jeruk dari balang agar jeruk bawang ini dapat bertahan lama. Selamat mencuba!
Kredit gambar & resipi sepenuhnya: blog cikmanggis ( http://mamakitchen-makcikmanggis.blogspot.my/2010/11/jeruk-bawang-putih.html )

