Enaknya jika dapat menikmati menu Daging Masak Merah hari ni. Lauk sangat ringkas dan mudah yang anda boleh cuba masak untuk keluarga. Hasilnya sama macam Daging Masak Merah macam yang selalu kita pesan dekat kedai masakan panas tu. Dari beli, lebih baik masak sendiri kan? Saudari Suffiyah Ramadhani ada kongsikan resipinya. Cubalah! Pasti anda sukakan rasanya.
CARA MASAK DAGING MASAK MERAH YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN: Daging secukupnya 1 sudu makan pewarna merah – beli online disini Beberapa hiris halia 4 ulas bawang putih – ketuk – beli online disini 1 biji bawang holland – hiris – beli online disini 6-7 biji cili padi – hiris 1 sudu makan cili kisar – cili yang siap dikisar bersama bawang besar dan bawang putih 1 sudu makan sos tiram – beli online disini 1 sudu makan sos tomato – beli online disini Garam, gula dan perasa secukupnya Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Masukkan daging ke dalam periuk dan isi air secukupnya. Masukkan juga pewarna merah.
2. Tambahlan hirisan halia. Masak hingga daging empuk.
3. Bila daging sudah empuk, angkat dan toskan.
4. Hiris daging yang direbus tadi.
Ads
5. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali.
6. Goreng daging yang dihiris tadi seketika.
7. Bila nampak daging masak sempurna, angkat dan ketepikan.
8. Dalam kuali yang sama, tumis bahan hiris dan tumbuk tadi hingga naik bau.
9. Masukkan cili kisar. Tumis seketika.
Ads
10. Tambahkan sos tiram.
11. Tambahkan juga sos tomato.
12. Masukkan sedikit gula.
13. Kemudian masukkan daging. Gaul seketika dan perasakan dengan garam serta perasa dengan secukupnya.
Peria Crispy memang sedap! Nampak macam biasa je tapi sayur ni mempunyai nilai khasiat yang luar biasa. Ia dikatakan mampu mengatasi masalah tekanan darah tinggi.
Walaupun begitu, masih ramai yang kurang menggemari sayur ini dek kerana rasanya yang pahit. Selain dijadikan ulam, dimasukkan ke dalam masakan, salah satu masakan sedap yang anda boleh hasilkan ialah Peria Goreng Crispy.
Lebih istimewa, resipi perkongsian saudari Noorfaizah Aziz ni hanya guna 2 bahan. Memang mudah. Jom lihat cara-caranya.
foto: http://healthyliving.natureloc.com
CARA MASAK PERIA GORENG CRISPY GUNA 2 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
Peria katak
Tepung goreng serbaguna
Air garam
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan peria dan potong nipis-nipis dan pastikan ketebalannya sama.
2. Rendam dalam air garam seketika anggaran 30 minit. Kemudian toskan dan lap sedikit peria menggunakan tisu supaya tidak terlalu basah.
3. Gaul hirisan peria tadi bersama tepung goreng serbaguna hingga bersalut sepenuhnya.
4. Panaskan minyak yang banyak dan goreng peria hingga garing.
5. Angkat dan toskan minyaknya. Bila dah sejuk, boleh simpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup dan tahan lama.
Gulai kawah kari kambing ni memang kaya berempah. Masa tumis biar garing dan pecah minyak, baru sedap beraroma
Daging kambing ni makanan sunnah dan kesukaan Nabi kita baginda Rasulullah. Ni min kongsikan resipi dari pemilik Sweety Rose Cafe Mohd Azmi. Cecah roti pun sedap jugak ni, perggh capati atau naan, mantap. Makan dengan nasi pasti bertambah-tambah.
GULAI KAWAH KARI KAMBING
3kg daging kambing campur tulang
Bahan-bahan dikisar : 2 batang serai Daun kari ( jika ada) 5 inci halia 2 sudu makan kunyit serbuk 8 biji bawang merah 8 ulas bawang putih
Bahan-bahan dipotong : 20 biji cili (merah dan hijau) 2 biji tomato Perencah cukup rasa Garam 4 keping asam keping Serbuk kari KAMPUNG 1kg santan kelapa 15 biji ubi kentang Sedikit air Sedikit cuka makan rempah 4 sekawan dan kayu manis Sedikit minyak untuk menumis.
CARA MASAK 1. Tumis bahan-bahan yang dikisar , Masukkan serbuk kari Dan sedikit air. 2. Masukkan daging Biarkan sehingga Mendidih. 3. Masukkan santan, kacau perlahan-lahan sehingga mendidih. 4. Akhir sekali masukkan ubi kentang dan tomato. 5. Siap untuk dihidangkan.
FB :Mohd Azmi Sweety Rose Cafe
ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI VIDEO INI :
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Meat Ball atau bebola daging, masak apun sedap terpulang kepada cara olahan dan menu yang korang nak masak. Kalau korang buntu, berikut ada empat menu bebola daging yang mungkin boleh membantu korang mengolah menu baru atau paling senang kongsi cuba je menu yang RASA kongsikan ini.
.
BEBOLA DAGING SOS MENTEGA CILI PADI BAHAN-BAHAN: BAHAN N BEBOLA DAGING:
300gm daging kisar
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh serbuk pati daging
Sedikit hirisan daun parsli
2 sudu makan tepung ubi kayu
BAHAN SOS:
200ml susu segar
3 sudu makan mentega
1 sudu makan keju parmesan
1/2 biji bawang Holland | cincang halus
4 ulas bawang putih | cincang halus
8 biji cili padi hiris halus
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
Sedikit garam dan gula
CARA MEMASAK:
1. Masukkan daging kisar dalam mangkuk kemudian campurkan dengan semua bahan lain.
2. Gaul rata hingga sebati, kemudian bentukkan seperti bola pingpong, ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper, tumis daging hingga bertukar warna keperangan.
4. Angkat dan ketepikan.
5. Untuk menyediakan sos, panaskan mentega dalam kali, tumiskan bawang putih, Holland, cili padi.
6. Tumis hingga wangi, baru masukkan daun kari.
7. Kacau seketika, masukkan susu cair, kecilkan api dan terus kacau.
8. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
9. Setelah cukup rasa taburkan serbuk keju parmesan dan tuangka sos dalam pinggan berisi bebola daging tadi dan hidangkan panas-panas.
.BEBOLA DAGING LADA HITAM BAHAN-BAHAN:
500 gm bola daging segera
1 biji bawang besar | hiris dadu
6 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia muda | hiris
4 sudu makan sos lada hitam
2 sudu makan sos tiram.
1/2 cawan kicap pekat manis
1 kiub pati daging
1 sudu makan lada hitam | kisar kasar
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak menggunakan api sederhana, goreng bebola daging. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali lain. Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
Kemudian masukkan stok daging yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata, masukkan pula sos lada hitam, tiram dan kicap pekata manis,
Kecilkan api, gaul rata dan perasakan dengan sedikit garam dan gula ikut keperluan.
Masukkan bebola daging dan taburkan lada hitam yang telah dikisar tadi. Gaul rata.
Tutup api, dan tabur hirisan daun bawang dan ketumbar sebelum sedia dihidangkan.
.
BEBOLA DAGING SOS LADA HITAM & JINTAN BAHAN-BAHAN UNTUK BEBOLA DAGING:
300 gm daging cincang
½ bawang besar –dicincang halus
100 gm daun parsli-dicincang halus
300 gm serbuk roti
1 sudu besar jintan putih
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh garam
1 sudu kecil serbuk perasa ayam
3 sudu besar minyak masak
BAHAN-BAHAN SOS:
1/2 biji bawang besar-dicincang halus
2 ulas bawang putih | dicincang halus
2 sudu makan serbuk kasar lada hitam
100 gm sudu makan serbuk stok daging
150 ml air
2 sudu makan jintan putih
1 sudu kecil herba thyme
1 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan bebola dalam mangkuk, kemudian gaul sebati. Kemudian rehatkan seketika lebih kurang dalam 5 minit.
Kemudian bentukkan bebola sehingga adunan tadi habis.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper. Goreng bebola dan sentiasa membalik-balikkan sehingga semua bahagian permukaan bebola bertukar warna coklat. Angkat dan tos.
Untuk membuat sos, panaskan satu sudu makan mentega, tumis bawang merah dan putih.
Setelah naik bau masukkan lada hitam dan jintan putih, stok daging dan air.
Kacau sos menggunakan wisk untuk mengelakkan sos berketul dan kental sekata.
Setelah sos pekat, tutup api.
Toskan sos dalam bekas berisi bebola daging tadi.
.
KOFTA BEEF CURRY BAHAN-BAHAN: BAHAN KOFTA:
500gm daging cincang
2 biji bawang besar | dadu halus
3 ulas bawang putih | kisar
2cm halia | kisar
1 sudu makan garam masala | untuk campuran kofta
1 sudu makan sos tomato
3 sudu makan daun ketumbar | cincang halus
Garam secukupnya
BAHAN KUAH:
2 sudu makan minyak masak
2cm halia | kisar halus
3 ulas bawang putih | kisar halus
1/2 cawan yogurt
2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1sudu teh serbuk cili
1sudu teh serbuk cili
1sudu teh garam masala
1biji tomato | potong dadu kecil
CARA MEMASAK:
Campurkan daging cincang semua bahan kofta dalam mangkuk, gaul rata dan sebati.
Bulat-bulatkan sebatian daging cincang dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng kofta hingga keperangan, kemudian tambahkan bawang putih dan halia kisar.
Terus goreng lebih kurang dua minit lagi.
Seterusnya, campurkan serbuk ketumbar, kunyit, jintan manis, cili dan garam masala, tambahkan sedikit air dan kacau rata. Ketepikan.
Sementara itu panaskan minyak, tumiskan pes masala yang siap dicampurkan tadi.
Tumis hingga pecah minyak, kemudian tambahkan dengan yogurt dan tomato yang telah dipotong dadu.
Tambahkan satu cawan air suam dan perasakan dengan garam secukupnya.
Akhir sekali masukkan kofta, kecilkan api dan biarkan mereneh lebih kurang 3-5 minit.
Tutup api,kofta sedia dihidangkan bersama nasi putih dan roti.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Roasted Chicken Wings ala Pizza Hut yang sangat sedap, mudah dan berbaloi. Ikuti langkah lengkap untuk hasil panggang yang juicy, enak dan memikat selera keluarga.