Enaknya dapat menikmati kuih peria. Apatah lagi, jika cara penyediaannya mengikut resipi secara tradisional. Pasti menggamit kenangan.
Begitu jua lah resipi yang dikongsikan oleh Achik Ita ini. Resipi tradisi turun temurun daripada neneknya yang menggunakan daun pinang untuk memulas menjadikan corak.
Namun, bagi yang sukar menemui daun pinang, ada juga yang menggunakan daun palas untuk memutar atau lidi untuk melorek corak pada kuih.
BAHAN-BAHAN:
Daun pinang (pilih yang besar dan elok)
(BAHAN ADUNAN)
500g tepung gandum
Santan (untuk menguli)
½ sudu kecil gram (jangan melimpah)
Pewarna kuning, hijau, merah (untuk hijau, boleh gunakan air daun pandan sebenar yang dikisar)
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan untuk adunan di atas kecuali santan. Gaul-gaulkan dan asingkan ke dalam tiga bekas.
Titikkan pewarna berlainan ke dalam setiap satu bekas itu. Masukkan santan sedikit demi sedikit dan uli satu persatu.
*Tujuan letakkan tepung gandum ini adalah untuk elakkan kuih terlalu liat. Kuih yang menggunakan tepung pulut, nisbahnya 500g tepung pulut : segenggam tepung gandum dah memadai.
(INTI)
Sebanyak 500 gram kacang hijau direbus sampai empuk. Masukkan kelapa parut sebelah dan gula setengah. Kacau hingga agak lembut dan gula telah hancur.
Kemudian, letakkan 1 sudu kecil garam. Gaulkan hingga kering. Masukkan pula tepung gandum anggaran secawan atau hingga likat adunan. Dah siap, sejukkan dan kemudian bentukkan bulat-bulat.
Ads
Ini daun pinang, Pilihlah daunnya yang besar dan elok. Ini segar dari tepi rumah bonda. Kalau takde daun pinang, macamana?
Daun lain tak rasa aromanya bila kukus. Paling penting, nanti tak nampak corak urat daun buah peria tu. Tapi, kalau dah takde langsung, loreklah dengan pisau atau lidi. Cuma, ajaran bonda suruh pakai daun pinang.
Daun yang bersaiz kecil pula boleh dipotong-potong dan disusun di dalam bekas. Ini untuk berikan aroma wangi ketika mengukus.
Susun daun jangan ikut depan daun yang berurat. Letak yang bahagian dalam. Kalau tidak, nanti akan bertambah pula coraknya pada kuih kalau kita letak kuih melintang.
Ini inti kacang hijau yang telah dibulatkan dan dileperkan sedikit agak-agak sebesar ibu jari.
Pilih daun pinang yang besar sedikit. Potong hujung kanan dan kirinya, ambil tengahnya saja. Layurkan pada api sekejap bagi layu dan berubah warna. Tujuannya, untuk elakkan daun mudah koyak ketika nak memutar nanti.
Kemudian, sapu sedikit sahaja minyak. Sapu manja-manja saja.
Ads
Doh tadi, kepal-kepalkan begini.
Leperkan adunan tepung. Letakkan inti kacang hijau di tengah dan tutup kesemuanya. Selimutkan dengan daun pinang.
Sekarang, tiba masa untuk putar. Gulung daun pinang menutupi adunan doh. Putarkan serentak atas dan bawah. Macam kita putar kertas pelapik gula-gula.
Macam ni la rupanya bila dah buka selepas putar.
Bila dah siap semuanya diputar, susunkan di dalam kukusan. Sebelum itu, panaskan air dalam pengukus hingga menggelegak. Kukus sekejap saja. Agak-agak kuih dah berubah warna macam dah masak, daun pun dah berubah warna anggaran dalam 5 minit.
Ads
Inilah perbezaan sebelum dan selepas kukus. Warnanya lebih menyerlah, kan.
Ketika suam-suam, terus angkat dan susun elok-elok di dalam bekas. Jangan biarkan sejuk sebab susah nak angkat dan dah melekat pada daun.
Lepat pisang inti kelapa taklah susah nak membuatnya. Satu lagi kuih tradisional yang tetap jadi kesukaan ramai hingga sekarang.
Nampak je macam susah kan? Bolehlah cuba buat sendiri. Bahan-bahan yang diperlukan juga taklah terlalu banyak.
Ada versi yang tak ada inti kelapa di dalamnya. Tapi kali ini, dikongsikan resipi membuat lepas pisang inti kelapa, oleh puan Eniza M. Salim. Sedap di makan panas-panas lepas kukus.
Untuk membuat inti, kelapa putih dan garam digaul sekata. Ketepikan.
Lenyekkan pisang dan masukkan gula dan tepung. Gaulkan adunan hingga sebati.
Kemudian sudukan sedikit di atas daun pisang. Letakkan inti kelapa dan lipat bungkusan lepat kemas-kemas. Ulangi langkah hingg selesai.
Sediakan pengukus. Masukkan lepat ke dalam pengukus dan kukus dalam 25 minit hingga masak. Bolehlah dihidangkan. Mana panas-panas memang sedap! Cubalah.
Tak tahu nak masak apa untuk juadah minum petang? RASA kongsikan beberapa resipi kuih yang mudah, sedap dan membuka selera yang boleh dicuba untuk seisi keluarga. Bukan saja enak, resipi-resipi ini juga sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Jom lihat senarai juadah minum petang paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Selamat mencuba.
Satukan semua bahan cucur di dalam mangkuk besar dan kacau rata. Jika adunan terlalu lembik tambah sedikit tepung dan jika terlalu kental tambah sedikit air.
Biarkan adunan cucur selama 10 hingga 15 minit.
Panaskan minyak yang banyak. Sudukan sesudu besar bancuhan cucur dan goreng hingga keperangan. Toskan.
Hidangkan bersama sos pilihan.
Info Chef: Pastikan anda tidak membancuh terlalu banyak air untuk bancuhan cucur kerana ia akan menjadi tidak kenyal.
Untuk membuat kulit karipap, panaskan marjerin bersama minyak hingga semua bahan cair dan benar-benar panas. Tuangkan campuran marjerin dan minyak panas tadi ke dalam tepung gandum dan gaulkan sehingga rata.
Setelah suam, uli hingga sebati sambil ditambah air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama sejam.
Untuk membuat inti pula, panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang sehingga wangi. Masukkan rempah dan daun kari. Tambah sedikit air.
Masukkan ubi keledek dan tambah air secukupnya lalu didihkan hingga ubi keledek menjadi empuk. Tambah isi ayam, garam dan gula secukup rasa. Didihkan beberapa minit sehingga inti menjadi kering. Sejukkan.
Canai kulit karipap dan terap menggunakan acuan karipap. Letak sesudu inti dan kemaskan kelilingnya. Goreng karipap hingga kuning keperang-perangan.
Info Chef: Untuk memastikan doh benar-benar lembut, rehatkan ia selama sejam sebelum dicanai.
Rendam pulut selama 30 minit. Kukus sehingga separuh masak. Tuang santan yang dicampur sedikit garam ke atas pulut dan kukus lagi hingga tanak. Ketepikan.
Untuk membuat serunding, tumis bawang tumbuk sehingga wangi. Masukkan serai dan kelapa parut lalu tumis beberapa minit.
Masukkan udang, garam dan gula. Tumis sehingga udang masak dan serunding menjadi agak garing.
Ambil sehelai daun pisang atau daun nyirik. Letakkan sesudu besar pulut kukus dan ratakan.
Isikan inti dan kemaskan balutan. Panggang sehingga daun agak layu dan pulut panggang masak.
Info Chef: Pulut boleh ditanak dengan menggunakan daun pisang ataupun daun nyirik.
Satukan kesemua bahan A di dalam periuk. Tanak sehingga pulut masak.
Untuk membuat sambal tumis, panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Masukkan belacan, bawang besar dan sedikit air. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan bilis goreng ke dalam sambal dan kaup-balikkan. Ketepikan.
Ambil sehelai daun pisang/daun nyirik, sendukkan sedikit pulut tanak ke dalam daun. Sudukan sedikit sambal tumis ke atas pulut.
Kemaskan balutan daun dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Rendam beras pulut terlebih dahulu selama dua jam sebelum ditanak.
Kuih Ulat Bulu, makan ni tak gatal tau. Ntah kenapa namanya begini tak pasti pulak. Dibuat dari tepung pulut dan tepung gandum dan yang paling padu berintikan pes kacang merah. Memang sedap dimakan sebagai pencuci mulut lepas berbuka nanti.
Bahan-bahannya pun ringkas sahaja, berbaloi-baloi untuk dicuba. Jom tengok resipi perkongsian daripada gerobok ummu
KUIH ULAT BULU
BAHAN-BAHAN :
Tiga cawan tepung pulut
Dua sudu besar tepung gandum
Satu cawan air
Sedikit air kapur
Secubit garam
Kelapa parut
Inti kacang merah (saya beli yang dah siap)
CARA MEMASAK : 1. Satukan tepung pulut, tepung gandum, garam dan air kapur. Gaul sampai sebati. 2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang sederhana lembut. 3. Ambil sedikit doh dan leperkan 4. Letak inti kacang merah 5. Gentel bujur untuk tutup doh 6. Ulang sampai habis 7. Panaskan air sampai mendidih. Masukkan doh ulat bulu dan biarkan sampai timbul. Dah timbul, salut atau golek dengan kelapa parut yang di campur dengan sedikit garam.
Resipi Cinnamon Sticks with Cream Cheese Dip ini mudah tapi rasa macam di café! Guna roti paratha sejuk beku saja, hasilnya rangup, wangi dan berkrim dengan cream cheese dip yang masam manis.