Teresek Jantung Pisang. Salah satu juadah tradisional kegemaran ramai terutamanya di negeri Kelantan. Dihasilkan dari jantung pisang yang dimasak bersama serbuk kari dan juga ramuan-ramuan lain. Memang sangat sedap. Terasa pedas, masin dan manis yang seimbang, memang tak jemu makan. Biasanya lauk ini dimakan bersama nasi putih hangat. Nak cuba? Saudari Suhasnida Ismailada kongsikan resipinya.
Siapa yanga rasa tak sah raya kalau takda Sambal Paru & Masak Lodeh Jawa. Dua menu ni sangat sedap dipadankan dengan nasi impit atau lemang, Dengan rasa pedas sedap memang sesuai sesangat menu ni dihidangkan di Hari Raya.
SAMBAL GORENG PEDAS PARU
BAHAN-BAHAN:
500gm paru | cuci bersih
1 biji bawang besar | mayang halus
Garam gula secukup rasa
1 biji limau nipis | ambil jus
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
8 biji cili merah
8 biji cili padi
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2cm halia muda
2 batang serai | hiris
CARA MEMASAK:
Rebus paru hingga empuk, angkat dan toskan.
Hiris nipis paru, kemudian gaulkan dengan sedikit garam.
Goreng hingga garing, ketepikan.
Menggunakan kuali lain, tumiskan hirisan bawang hingga layu.
Masukkan bahan kisar, tumis hingga garing dan timbul minyak.
Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, kecilkan api dan masukkan paru.
Tutup api dan gaul paru dengan sambal hingga rata.
Angkat dan sambal paru sedia dihidangkan.
MASAK LODEH JAWA
BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | hiris tebal
2 biji kentang | hiris tebal
2 keping tauhu | hiris tebal
1/2 isi dada ayam | hiris kecil
3 keping fuchuk | rendam supaya lembut
Sedikit suhun rendam
5 batang Kacang Panjang | potong 2cm
4 batang anak jagung | hiris serong
1/2 batang lobak merah | hiris kecil
2 biji cili merah | hiris
2 biji cili hijau | hiris
Sedikit hirisan kubis
500ml santan pekat
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2cm halia muda
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak goreng kentang tauhu dan tempe secara berasingan (jangan terlalu garing).
Keluarkan minyak, tinggal sedikit minyak dalam kuali untuk menumis.
Tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar, tumis hingga wangi dan pecah minyak,
Seterusnya masukkan isi ayam, kacau hingga layu,baru masukkan fuchuk dan sayuran lainnya.
Setelah sayur layu masukkan bahan goeng, suhun serta santan pekat dan air asam jawa.
Kecilkan api, kemudian perasakan lodeh dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, dan kuah pekat. Tutup api dan sayur lodeh sedia dihidangkan.
Kerabu pucuk paku salad ala kampung yang punya banyak khasiat. Salah satu resipi kerabu yang sangat popular dan mudah disediakan. ia juga mempunyai nutrisi seperti zat besi dan juga vitamin A.
Nak makan dengan nasi atau ratah macam tu sahaja pun dah cukup sedap. Letak kelapa, perah limau buatkan kerabu ini lebih istimewa kaya dengan pelbagai rasa.
Yang sukakan sayur tu memang wajib cuba buat kerabu pucuk paku ini. Cukup rasa dan punya khasiat yang tinggi.
KERABU PUCUK PAKU
BAHAN-BAHAN ASAS:
2 – 3 ikat pucuk paku (disiang tapi ambil bahagian yang muda sahaja kemudian basuh bersih dan celur seketika dalam air yang di didihkan)- bubuh sikit garam dalm air.
Sebiji kecil kelapa (parut – sangai macam hendak buat kerisik tapi jangan sampai warna coklat gelap sangat)
BAHAN TUMBUK:
5 biji cili merah
1 biji bawang besar
1 sudu makan belacan yang digoreng terlebih dahulu
1 sudu makan udang kering- di cuci bersih & rendam air panas 10minit…toskan
1 sudu kecil serbuk lada hitam (kasar)
BAHAN PERASA:
garam
gula
6-7 biji perahan limau kasturi
serbuk perasa (pilihan)
CARA MENYEDIAKANNYA:
Bahan yang sudah ditumbuk campurkan dengan bahan asas
Perasakan bahan yang sudah dicampur. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan pucuk paku yang sudah dicelur. Gaul lagi hingga rata.
INFO:
Boleh tambahkan kerang yang sudah direbus.
Jika mahu rasa lagi pedas boleh tambahkan cili padi.
Nak buat kuih akok tapi tiada dapur arang? Cuba resipi akok homemade yang mudah ini! Hanya guna sandwic maker, hasilnya tetap lembut, lemak manis, dan keemasan.