Kalau anda pencinta Teh Tarik, wajib cuba Teh Tarik Butter yang creamy ni. Bila ditambah Anchor Salted Butter, memang wangi terus Teh Tarik kita. Rasa pun lemak-lemak berkrim. Memang wajib cubalah nanti.
TEH TARIK BUTTER
Bahan-bahan:
6 uncang teh
800ml air
15gm Anchor Salted Butter
6 sudu besar susu pekat manis
1 cawan Fernleaf Susu UHT
1 sudu teh esen vanilla
Cara Memasak:
Di dalam periuk, panaskan air dan masukkan uncang teh. Reneh atas api sederhana selama 10 minit sehingga teh pekat. Bila sudah mendidih, masukkan susu pekat manis, Fernleaf Susu UHT dan esen vanilla. Kacau rata.
Tuangkan ke dalam jug dan boleh ‘tarik’ teh tadi
Letakkan potongan Anchor Salted Butter di atasnya di dalam setiap cawan dan sedia untuk dinikmati.
Jika ada ada lebihan Rendang Daging, Rendang Banh Mi antara menu yang boleh anda cuba. Cara nak membuatnya sangat mudah dan cukup mengenyangkan. Anda wajib cuba di rumah nanti. Nak hidang untuk tetamu pun boleh juga tapi sesuai dimakan panas-panas. Kalau tak, keras roti tu nanti. Nak lebih enak, gunakan keju Chesdale yang kaya dengan protein dan kalsium. Selamat mencuba!
RENDANG BANH MI
Bahan-bahan:
500gm rendang daging | leftover
Roti baguette | untuk 2 hidangan
200gm kentang goreng | siap digoreng
4 sudu besar mayones
2 biji lemon jus
4 keping Chesdale | untuk 2 hidangan
Salad hijau
Cara Memasak:
Campurkan mayones dengan lemon jus dan gaul sebati.
Di atas roti, sapukan campuran mayones, letakkan 2 keping keju Chesdale, rendang dan kentang.
Bakar pada suhu 160°C selama 10 minit atau sehingga keju mencair.
Keluarkan dan letakkan salad. Rendang Banh Mi sedia untuk dinikmati.
Kalau kat rumah ada tuna, boleh buat Tortilla Tuna Wrap with Smoked Cheese ni. Letak inti padat-padat, baru puas makan. Sesuai untuk dimakan seisi keluarga. Gunakan keju Chesdale Smoked untuk aroma dan rasa salai yang sebenar serta Anchor Unsalted Butter untuk menambah aroma. Hidangan ini juga enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango. Jom cuba.
TORTILLA TUNA WRAP WITH SMOKED CHEESE
Bahan-bahan:
4 keping tortilla
2 sudu besar mayones
1 tin tuna
2 ulas bawang putih | dikisar
20gm bawang merah | dikisar
1 biji cili merah | dikisar
20gm daun sup | dikisar
8 keping keju Chesdale Smoked
2 sudu besar Anchor Salted Butter
Cara Memasak:
Gaulkan mayones, tuna, bawang putih, bawang merah, cili merah dan daun sup.
Sapukan Anchor Salted Butter, letakkan keju Chesdale Smoked serta campuran tuna tadi di atas tortilla dan gulung kemas.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 170°C selama 10 minit.
Siap dan boleh dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango.
Kalau anda suka makan Roti John, anda perlu cuba resipi Burger John Leleh yang dikongsi oleh Chef Brian ni. Resipi yang dikongsi sangat mudah untuk dimasak. Walaupun ringkas, tapi rasanya memang sedap. Daging burger yang berjus dengan lelehan keju memberi kepuasan yang berganda dalam setiap gigitan. Lepas makan tu, jangan lupa minum Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Tropical Fruits terbaru ni. Confirm puas hati.
BURGER JOHN LELEH
BAHAN-BAHAN:
¼ cawan bawang | dicincang
250gm daging cincang pilihan
Perasa
1 sudu besar serbuk kari
½ sudu besar serbuk jintan putih
½ sudu kecil garam
¼ sudu kecil gula
½ sudu kecil serbuk cili
2 telur
4 biji roti burger
1 sudu besar Anchor Unsalted Butter
KuahKeju Chesdale Burger*
Sos cili
2 cawan kubis | dihiris
8 kepingkeju Chesdale Burger
BAHAN KUAH KEJU CHESDALE:
1 ½ sudu besar Anchor Unsalted Butter
1 ½ sudu besar tepung gandum
1 cawan susu
Garam dan lada hitam, secukup rasa
(4 keping) 75gKeju Chesdale Burger
CARA MEMASAK:
Tumiskan bawang sehingga lembut. Masukkan daging, perasa, serbuk kari, serbuk jintan putih, serbuk cili, garam serta gula dan masak sehingga daging keperangan. Tutupkan api, masukkan telur and gaulkan bersama.
Sapukan mentega pada roti burger dan panaskan atas kuali leper.
Untuk Kuah Keju Chesdale Burger; Dalam periuk kecil, cairkan mentega. Masukkan tepung gandum dan panaskan sehingga bau tepung kurang kuat. Masukkan susu sambil mengacau. Panaskan sehingga memekat. Masukkan bahan kuah keju Chesdale lain termasuk kepingan keju Chesdale Burger.
Untuk sediakan burger john, letakkan campuran daging atas kuali leper, letakkan 2 keping keju Chesdale burger dan belah bawah burger bun. Panaskan sehingga keju cair. Terbalikkan, letakkan 2 sudu besar kuah keju Chesdale Burger, sos cili, kubis dan tutupkan burger dengan bun burger belah atas.
Hidangkan panas-panas! Enak dinikmati bersama Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Tropical Fruit.
Nak tahu cara hilangkan kerak periuk dan kesan hangus tanpa guna sabun keras? Cuba 6 bahan dapur ini seperti garam, lemon dan soda bikarbonat — mudah, berkesan dan selamat!