Kalau anda pencinta Teh Tarik, wajib cuba Teh Tarik Butter yang creamy ni. Bila ditambah Anchor Salted Butter, memang wangi terus Teh Tarik kita. Rasa pun lemak-lemak berkrim. Memang wajib cubalah nanti.
TEH TARIK BUTTER
Bahan-bahan:
6 uncang teh
800ml air
15gm Anchor Salted Butter
6 sudu besar susu pekat manis
1 cawan Fernleaf Susu UHT
1 sudu teh esen vanilla
Cara Memasak:
Di dalam periuk, panaskan air dan masukkan uncang teh. Reneh atas api sederhana selama 10 minit sehingga teh pekat. Bila sudah mendidih, masukkan susu pekat manis, Fernleaf Susu UHT dan esen vanilla. Kacau rata.
Tuangkan ke dalam jug dan boleh ‘tarik’ teh tadi
Letakkan potongan Anchor Salted Butter di atasnya di dalam setiap cawan dan sedia untuk dinikmati.
Jika anda suka makan Bubur Jagung, kena cuba tambahkan Anchor Cheddar Cheese Slices di dalam hidangan ini. Memang lemak berkrim. Anda pasti suka dengan rasanya, kombinasi rasa manis dan masin yang seimbang. Selamat mencuba.
Lompat tikam merupakan pemanis mulut yang menjadi kegemaran seluruh masyarakat majmuk di Kelantan. Kuih ini merupakan pemanis santapan diraja suatu ketika dahulu dan menjadi kuih pertukaran menandakan jalinan hubungan diplomatik dengan kerajaan Siam.Kuih ini agak sukar ditemui kini atas faktor kekurangan tenaga mahir untuk menghasilkannya.
Olahan Chef Amrin memberi kelainan rasa pada kuih lompat tikam yang dihasilkannya. Keju Perfect Italiano Parmesan yang digunakan menambah rasa dan memikat selera.Jom kita cuba.
LOMPAT TIKAM CHEESE
Bahan-bahan:
Untuk Pulut Merah:
500g beras pulut
100 ml santan cair
Sedikit pewarna merah
Air
Cara membuat:
1.Basuh beras pulut dan rendam dengan sedikit pewarna merah selama 15 minit.Toskan beras pulut.
2.Masukkan beras pulut dalam acuan bersama santan cair.
3.Kukus sehingga masak.
Gula nisan:
7 keping gula nisan
500 ml air
Cara membuat:
1.Larutkan nisan dalam air di atas api perlahan sehingga sedikit pekat.
Kepala santan:
250 ml santan pekat
2 sudu tepung beras
100 gm Keju Perfect Italiano Parmesan
Cara membuat:
1.Kacau sebati di atas api perlahan sehingga mendidih. Tutup api dan terus kacau sehingga suam supaya tidak bergentel.
Untuk warna hijau:
1 cawan tepung beras
1/3 air pandan
1/3 pewarna hijau pekat
2/3 air biasa
Sedikit air kapur
Cara membuat:
1.Masukkan semua bahan sekaligus dalam periuk.
2.Kacau di atas api perlahan sehingga berkilat lalu sejukkan dan tunggu hijau warna daun mengeras.
Cara hidangan:
Hidangkan pulut bersama hijau warna daun lalu curahkan kepala santan dan siramkan air nisan sebagai pemanis serta taburkan Keju Perfect Italiano Parmesan sebagai penambah rasa (additional seasoning).
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Dah bosan asyik makan biskut yang sama? Apa kata kita cuba buat Buttery Orange Sugar Cookies pula. Biskut yang rangup dengan keharuman bau oren ni memang membuka selera. Sekali gigit, berkali-kali datang rasa nak makannya. Paling penting, gunakan Mentega Anchor untuk rasa yang lebih enak serta menambah aroma pada biskut kita.