Sedap Tauhu Telurhomemade ni. Macam-macam menu boleh dimasak menggunakan bahan ini. Boleh dimasak sup, dijadikan inti dumpling atau dimasak bersama sayur pun sedap. Tauhu ini mudah diperolehi di pasaraya namun ia juga sangat mudah disediakan sendiri di rumah. Benda boleh jimat, tidak salah untuk mencuba kan? Malah rasanya juga lebih sedap, bersih dan dijamin halal. Jom cuba! Saudari Zaimah Zakaria ada kongsikan cara-caranya.
RESIPI TAUHU TELUR HOMEMADE YANG MUDAH, SEDAP DAN DIJAMIN HALAL
1.Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan garam.
2. Masukkan air soya dan kacau semua bahan dalam mangkuk tadi hingga sebati.
3. Tapis bancuhan telur supaya tiada buih.
Ads
4. Masukkan bancuhan telur tadi ke dalam plastik aiskrim.
5. Ikat muncung plastik dengan kemas.
6. Panaskan air di dalam periuk namun tidak perlu sampai mendidih.
7. Masukkan bungkusan Tauhu Telur tadi. Masak selama 30 minit menggunakan api yang perlahan.
8. Bila tauhu sudah bertukar warna, maknanya ia sudah masak sempurna.
9. Angkat Tauhu dan sejukkan terlebih dahulu.
Ads
10. Bila Tauhu Telur sudah sejuk, baru dipotong.
11. Bila hendak digoreng, tabur dan salut kepingan tauhu dengan sedikit tepung jagung.
12. Goreng dalam minyak hingga keperangan. Begini rupa Tauhu Telur yang siap digoreng.
13. Tauhu Telur homemade sedia untuk dimasak dan digunakan dalam pelbagai jenis masakan sama ada sayur, sup, sambal atau apa-apa sahaja sajian kegemaran keluarga.
Ikan bilis sering menjadi pilihan sebagai juadah pemecah selera terutamanya bila takda selera makan. Buat sambal tumis, atau tumbuk mantah, ikan bilis tetap sedap janji ada bilis dan cili padi, memang padu bila makan. Apa kata salah satu dari empat sambal bilis ni…
SAMBAL BILIS GARING
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | dikopek
1 biji bawang besar | dihiris
6 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
15-20 tangkai cili kering | dikisar
1 sudu makan sos cili
3 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARAMEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa gula secukupnya.
Kecilkan api dan terus kacau sehingga pes cili agak pekat.
Masukkan pula hirisan bawang besar.
Apabila pes telah pekat dan secukup rasa masam, masin dan manisnya tutup api.
Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata.
SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis telah dikopek | dikisar kasar
150 gm terung pipit | dibelah tengah tidak putus
6 ulas bawang merah | dikisar kasar
2 ulas bawang putih | dikisar kasar
10 tangkai cili kering | dikisasr halus
10 biji cili padi | dikisar halus
1 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng terung pipit lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar kasar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering dan padi yang dikisar halus.
Masukkan air asam jawa dan terung pipit yang telah digoreng tadi.
Kecilkan api dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
Angkat dan hidangkan.
SAMBAL BILIS GESEK
BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis | dikopek
10 tangkai cili padi
1/2 biji tomato | dibuang biji dadu kecil
1 biji limau nipis
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Cuci ikan bilis dan toskan.
Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar.
Keluarkan dari lensung batu dan masukkan dalam mangkuk.
Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu.
Gaul rata, dan sedia dihidangkan.
Jika terlalu masam boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.
SAMBAL BILIS TELUR KACAU
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis | dikopek
2 biji telur
20 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar .
Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing.
Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula.
Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis.
Tutup api angkat dan hidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Telur bungkus ni bolehlah dikatakan sebagai lauk yang cukup segalanya. Ada ayam, ada telur dan ada sayur. Lengkap. Kalau nak cepat masak dan lauk tersedia di atas meja sesegera mungkin, hidanglah telur bungkus.
TELUR BUNGKUS
Bahan-bahan
• Minyak masak untuk menumis
• 1/2 biji bawang holland (dicencang halus)
• 2 keping isi ayam dipotong kecil
• 1 biji tomato (dibuang biji dan didadu kecil)
• 1/2 batang daun saderi didadu kecil
• 1 biji cili merah
• 1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang pis)
• 2 sudu sos cili
• 2 sudu sos tomato
• 1 sudu sos tiram
• Secubit garam (jika perlu)
• Sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
• 2 biji telur ayam
Cara membuatnya
1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu.
2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masa.
3. Masukkan hirisan tomato, batang saderi, cili merah dan sayur campur. Kacau rata.
4. Perasakan dengan sos cili, sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
5. Taburkan secubit garam jika perlu.
6. Sebelum diangkat bolehlah ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali.
8. Pukul telur ayam dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata.
9. Letakkan inti di tengah-tengah dan bungkuskan telur tersebut.
10. Biarkan telur garing seketika dan bolehlah di terbalikkan ke dalam pinggan.
Nampak macam ais krim Malaysia kan tapi inilah tofutelur atau tofu Jepun yang sedap dibuat lauk ni. Nak beli yang dah siap tentulah tak segar dan buatan homemade.Buat sendiri lagi jimat kan
.
Jom tengok resipi yang dikongsikan dalam FB:Resepi Isteri Viral ni. Korang boleh cuba memang terjamin kelazatan dan kesegarannya.
.
TOFU JEPUN @ TOFU JEPUN
.
BAHAN-BAHAN :
2 cawan air soya | yang pekat
4 biji telur
Garam secukup rasa
3 sudu makan tepung jagung | untuk kentalkan tofu
Lada sulah secukup rasa | opsyen jika suka
CARA MEMASAK:
Telur dipukul sedikit tetap tidak perlu sampai kembang.
Kemudian masukkan air soya dan tepung jagung, kacau sampai rata.
Tapiskan bancuhan, kemudian masukkan bancuhan dalam plastik ais krim.
Tinggalkan sedikit ruang udara sebelum mengikat.
Masukkan dalam pengukus dan kukus dengan api perlahan selama 30 minit atau sehingga masak.
Mudah sangat buatnya, cubalah ya.
Kredit FB : Resepi Isteri Viral
Ni respi bonus untuk penggemar tofu atau disebut jugak tau foo .
STEW TAU FOO MERAH
.
BAHAN-BAHAN :
5 peket tau foo | potong bulat dan disalut dengan tepung jagung
2 batang saderi
1 peket sayur campuran
2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
6 ulas bawang putih | dicincang
120gm halia | dimayang
4 sudu makan sos tiram
Sedikit tepung jagung | larutkan dengan sedikit air
1 biji telur
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan minyak dan tumiskan semua bahan bawang diikuti halia hingga naik bau, dan masukkan air secukupnya. 2. Masukkan sayur campuran, batang saderi.Campur sos tiram, garam, sedikit gula dan perasa . 3. Pekatkan sup dengan tepung jagung. Tuangkan telur dan kacau perlahan. Padamkan api. 4. Tau foo digoreng terlebih dahulu dengan tepung jagung, dan letakkan dalam satu bekas 5. Titiskan sedikit minyak bijan di atas stew/kuah ini tuangkan ke atas tau foo tadi.
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Lauk utama, stew Keistimewaan : Sup tau foo sesuai untuk mereka yang mengelakkan protein daging Anggaran kos : RM 8
INFO CHEF: Boleh menggunakan pelbagai jenis tau foo. Sesuai dijadikan juadah untuk mereka yang tidak mahukan juadah yang berat atau vegetarian.
ANDA INGIN MENCARI PERKAKAS DAPUR & RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA RUMAH ANDA, JOM LAYARINYA DI SINI.
Cuba resipi Cha Bang Ang viral dari Thailand yang sedap, segar dan sangat mudah disediakan. Dessert ais popular ini hanya perlukan bahan ringkas. Memang puas hati!