
Keema daging selalunya di makan bersama nan cheese atau roti prata. Adunan daging bersama rempah ratus memang membangkitkan selera, selain penggunaan daging kisar dan kacang peas segar di dalamnya.
Resipi keema daging

BAHAN-BAHAN:
400gm -daging kisar atau daging batang pinang kalau teringin buat masakan daging potong.
1 tin kecil kacang peas dalam tin
3-4 sudu minyak sapi (boleh juga guna minyak masak dan masuk 2 sudu minyak sapi)
1/2 mangkuk- daun ketumbar
3 biji tomato dicincang
Bawang merah biji yg besar.
1/2 cawan air kosong
Bahan rempah ratus

- 1 sudu besar (tsp) serbuk ketumbar.
- 1 sudu besar jintan putih.
- 2 helai daun kering bay leave (daun salam).
- 4 biji bunga cengkih.
- Stgh inci kulit kayu manis.
- 2 biji buah pelaga.
- 1/2 sudu teh garam secukup rasa
- 1/2 inci halia yang ditumbuk (pes lebih baik).
- 4 biji bawang putih (pes lebih baik).
- Serbuk cili merah 1/2 sudu besar
- Serbuk kunyit 1/2 sudu besar
- 3 sudu serbuk Keema Masaala.
Cara memasak
- Panaskan kuali, masuk 3 sudu minyak sapi. Sekiranya tidak suka minyak sapi, gunakan minyak masak. Rasa lebih kepada masakan Melayu kalau guna minyak masak.
- Panaskan minya, masukkan bahan kering dahulu seperti daun bay leaf, bunga cengkih, buah pelaga. Masukkan juga jintan putih, bawang putih, halia. Bawang merah juga boleh dimasuk ketika ini.
- Masukkan tomato, goreng hingga tomato hancur dan layu. Masukkan daging kisar dan gaul. Biar daging sedikit kenyal dan kacau. Jika masakan terlalu kering, masukkan 1/2 cawan air dan tutup kuali.
- Masukkan kacang peas dan tutup kuali semula. Untuk yang gemar masakan sedikit basah, boleh tambah sedikit air lagi dan sedikit garam sebagai perasa dan kacau kuali sebelum masakan diangkat utk dihidangkan.
- Masukkan daun ketumbar.
Sedap juga jika dimakan dengan nasi minyak atau nasi putih.
Selamat mencuba.
Kongsi resipi: Eira Prislla
ANDA MUNGKIN MEMINATI RESIPI INI :
Resipi Daging Goreng Kentang 5 Bahan. 15 Minit Dah Siap Masak.
DAN JUGA VIDEO MASAKAN INI :
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Wanita Ini Kongsi Resipi Masakan Kelantan Yang Sedap & Unik.

Masakan Kelantan memang cukup terkenal dengan aneka pilihan yang enak serta membuka selera. Dari lauk pauk hinggalah ke kuih muih. Semuanya memang sedap dan unik.
Kalau nak disenaraikan, memang panjang senarai makanan Kelantan ni. Ada diantaranya yang jarang dijumpai. Untuk memartabatkan kembali sajian asli Kelantan kepada generasi muda, saudari Wan Nor Susy Susanthy bermurah hati untuk berkongsian sajian warisan negeri Cik Siti Wan Kembang ini bersama para pembaca RASA. Semuanya resipi turun temurun yang sangat enak dan mudah disediakan.

1. TERESEK JANTUNG PISANG KELANTAN

BAHAN-BAHAN:
- 1 biji jantung pisang
- 500gm tulang / tengkuk/kaki ayam
- 10 tangkai kacang panjang – potong panjang 2 inci
- 6 tangkai cili kering
- 10 biji cili padi
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia 1 inci lengkuas
- 5 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu makan kerisik
- 1 biji kelapa – ambil santannya
- 1-2 keping asam gelugur @ asam jawa secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Ambil jantung pisang dan hiris halus. Rendam dalam air garam anggaran 30 minit untuk membuang getahnya. Kemudian perah dan keringkan airnya. Ketepikan.
2. Kisar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, cili kering dan cili padi hingga halus.
3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
4. Seterusnya masukkan rempah kari. Masak lagi seketika. 5. Masukkan tulang, tengkuk dan kaki ayam. Masak hingga empuk.
6. Kemudian masukkan santan dan masak lagi hingga pecah minyak.
7. Tambahkan hirisan jantung pisang dan kacang panjang. Kacau hingga sebati.
8. Masukkan kerisik, asam gelugur, garam dan gula secukup rasa.
9. Masak lagi hingga mendidih dan terbit minyak. Angkat dan boleh dihidangkan.
INFO:
* Hidangan ini sangat terkenal di negeri Kelantan. Kebanyakan dihidangkan semasa kenduri@sebagai juadah harian.
*Ada sesetengah masak hidangan ini menggunakan Kacang Panjang@Cendawan Sisir sahaja (hanya pada musim tengkujuh di Pantai Timur)
2. BUDU TUMIS KELANTAN

BAHAN-BAHAN:
- 1 kg santan pekat (1 Biji Kelapa)
- 8 ulas bawang merah – kisar
- 2 ulas bawang putih – kisar
- 2 inci halia – kisar
- 3 batang serai – kisar
- 3/4 senduk kecil cili kering kisar lumat
- 3 keping asam gelugur
- 1 botol budu kampung @ budu botol
- Gula dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan-bahan kisar hingga halus. Kemudian masak dengan santan serta cili kering hingga pecah minyak.
2. Masukkan budu. Masak hingga terbit minyak.
3. Tambahkan asam gelugur, gula dan serbuk perasa secukupnya. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
4. Bila budu tumis kelihatan agak pekat, padamkan api dan sejukkan.
5. Hidangan ini enak dimakan bersama nasi putih. Untuk menikmatinya, ambil budu tumis, patahkan cili, perah limau nipis dan cicah bersama ikan panggang tawar.
6. Jika ada lebihan, simpan dalam bekas bertutup dalam peti sejuk. Ia boleh bertahan selama 6 bulan.
INFO:
*Jika nak buat dalam jumlah yang banyak, tambah kuantitinya.
* Budu Tumis ini sesuai untuk Nasi Putih. Budu Tumis untuk Nasi Kerabu, resipi dan cara masaknya berbeza.)
* Hidangan ini sangat terkenal di kalangan generasi lama kerana cara membuatnya agak rumit.
3. JERUK PETAI

BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat petai
- 6-8 biji cili padi
- Garam kasar secukupnya
- Air masak
CARA MEMASAK:
1. Rebus@celur petai bersama kulitnya seketika. Angkat dan toskan air.
2. Bila petai telah sejuk, picit kulit petai dan ambil isinya. Basuh dan toskan sekali lagi.
3. Masukkan isi petai ke dalam botol bersih bersama dengan air masak, sedikit garam dan cili padi. Elak letak garam terlalu banyak kerana ia akan masin.
4. Simpan botol petai jeruk di tempat kering supaya tahan lama.
5. Sedia untuk dinikmati mengikut selera masing-masing.
INFO:
*Petai jeruk biasanya diperam 2-3 hari @ seminggu supaya rasanya lebih sebati.
*Sedap dimakan bersama Ikan Panggang Tawar@Ikan Rebus dan dipenyek cili.
*Jeruk Jering juga boleh dibuat cara yang sama cuma Jering tidak perlu direbus. (guna jering semai baru sedap dimakan kerana rasanya yang lebih rangup.)
4. SOLOK LADA KELANTAN

BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg ikan selayang /sardin – direbus dan ambil isinya
- 14 biji cili solok @ cili hijau – buang biji
- 1 biji kelapa muda – diparut (separuh kelapa parut disangai hingga agak kekuningan (dijadikan Kelapa Goreng)
- Santan secukupnya – anggaran 1/2 – 1 cawan
- 7 biji bawang merah – tumbuk halus
- 2 ulas bawang putih – tumbuk halus
- 1 inci Halia
- 2 batang serai – ditumbuk halus
- 1/2 sudu teh lada hitam
- Sedikit Jus Asam Jawa
- 10-12 tangkai kacang panjang @ pucuk Ubi Kayu
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan cili hijau, belah panjang bagi membentuk poket dan buang bijinya. Ketepikan.
2. Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih, serai,halia garam dan gula hingga halus.
3. Tambahkan isi ikan rebus yang telah dibuang tulang dan kulit. Tumbuk lumat. Masukkan ke dalam bekas besar.
4. Seterusnya masukkan kelapa parut dan kelapa goreng ke dalam lesung. Tumbuk lagi hingga lumat. Tuang ke dalam bekas berisi ikan tadi.
5. Gaul rata semua bahan dan kelapa tadi hingga rata.
6. Ambil bahan tumbuk dan isikan ke dalam cili hingga mampat. Lakukan hingga habis.
7. Ambil periuk bersesuaian, susun(lapik) kacang panjang@pucuk ubi di dasarnya sebagai alas. Fungsinya supaya manis air kacang@pucuk ubi menyerap pada Solok Lada.
8. Tuang santan, tutup periuk dan rebus Solok Lda Periuk guna api sederhana hingga cili masak dan lembut.
9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
5. SIRA ROTI GULA

BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus roti bata @ roti babu
- 3 biji telur
- 1 cawan air – boleh lebihkan
- 1/2 cawan gula
- 1 helai daun pandan
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1-2 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
1. Ambil roti dan hiris nipis-nipis. Kemudian celup dalam telur yang telah dipukul.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng roti yang dicelup tadi. Lakukan hingga habis. Angkat dan letak dalam pinggan.
3. Dalam periuk berlainan, rebus air bersama daun pandan, gula, bunga cengkih dan sedikit air gula untuk dijadikan air gula.
4. Bila gula telah larut, tuang air gula tadi pada roti yang telah digoreng tadi.
5. Sedia untuk dihidangkan. Hidangan ini enak dimakan panas dan mempunyai rasa lemak manis.
6. SIRA ROTI SANTAN

BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus roti bata @ roti Babu
- 2 cawan santan
- Sedikit air
- 2-3 biji telur
- 1 helai daun pandan
- Secubit garam
- 1/2 cawan gula
- 1-2 kuntum bunga cengkih
- 1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
1. Potong kecil roti dan celup dalam bancuhan telur yang telah dipukul.
2. Panaskan kuali tanpa minyak dan goreng roti telur tadi sekejap sahaja (hingga sedikit garing). Ketepikan.
3. Untuk menyediakan kuahnya, masukkan santan, gula, garam, daun pandan dan bunga cengkih ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
4.Masukkan roti yang digoreng tanpa minyak tadi. Masak sehingga roti sedikit lembut.
5. Angkat dan sedia dinikmati. Hidangan ini sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut. Enak Dinikmati Sejuk
7. PINDANG TAPAI UBI (PENCUCI MULUT MUSIM TENGKUJUH)

BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan santan
- 1/2 cawan gula
- Tapai Ubi Kayu
- 1 helai daun pandan
- Sedikit kiub ais
CARA MEMASAK
1. Masak santan bersama gula hingga larut. Kemudian masukkan daun pandan.
2. Bila santan kembali mendidih, masukkan tapai masak seketika.
3.Angkat dan masukkan sedikit kiub ais. Sedia untuk dinikmati. Sedap dimakan sejuk-sejuk.
INFO:
Pencuci mulut ini popular semasa musim tengkujuh di negeri pantai timur..Enak dimakan bersama pulut putih@Kosong
Kredit resipi & foto: Wan Nor Susy Susanthy Bt Wan Abdul Nasir ( FB: Susy Susanthy)
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resepi Sos Sotong Stim Limau Ala Thai Paling Sedap. Mudah Je Caranya
Resipi Pai Ayam Terlajak Mudah & Sedap. Kalau Jual, Pasti Laris
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Begedil Daging Sedap. Rasa Sempoi & Sangat Mudah

Tercari-cari resipi Begedil Daging yang sedap, mudah dan tidak menggunakan banyak bahan? Resipi perkongsian saudari Liza Idris ni boleh dicuba. Sangat sesuai disajikan dengan hidangan Soto dan Bihun Sup. Kalau ratah macam tu je pun dah enak. Menarik kan? Selamat mencuba!
CARA MASAK BEGEDIL DAGING SEDAP

BAHAN-BAHAN:
200gm daging kisar
1 biji bawang besar -hiris nipis
Sedikit garam – beli online disini
1 sudu makan lada sulah (untuk perasakan daging) – beli online disini
2-3 biji ubi kentang – buang kulit – beli online disini
2 pokok daun sup & bawang – hiris halus
2 biji cili merah – hiris halus
1 genggam bawang goreng – beli online disini
2 sudu makan lada sulah (untuk perasakan kentang)
1 biji telur
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, tumis bawang besar yang dihiris nipis sampai kekuningan.

2.Masukkan daging yang dikisar. Kacau dan biar sedikit masak.

3. Masukkan sedikit garam ikut cita rasa masing-masing.

4. Kemudian masukkan pula 1 sudu makan lada sulah. Kacau lagi hingga sebati.

5. Bila daging sudah kering begini, tutup api dan ketepikan seketika.

6. Ambil ubi kentang yang telah dibuang kulit dan potong sederhana nipis. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.

7. Angkat kentang dan toskan. Masukkan ke dalam mangkuk yang bersesuaian dan boleh lenyekkan.

8. Rupa ubi kentang yang telah dihancurkan.

9. Dalam mangkuk yang sama, satukan daun sup, daun bawang, cili merah, bawang goreng, lada sulah dan daging yang telah dimasak tadi.

10. Gaul hingga rata.

11. Kemudian cubit adunan dan bulat-bulatkan mengikut saiz yang ada gemari.

12. Begedil Daging yang telah siap dibulatkan.

13. Pecahkan telur dan kacau. Celup kepingan begedil tadi ke dalam bancuhan telur.

14. Panaskan minyak dan goreng. Biar sudah masak, baru balik-balikkan dan masak lagi hingga sempurna.

15. Begedil Daging siap dimasak dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Liza Idris
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Mudah Nak Buat Dumpling Ayam Yang Sedap & Lembut

Bila pergi ke restoran cina muslim, memang sedap makan dumpling ayam yang lembut dan penuh dengan isi.
Sebenarnya, mudah je nak buat dumpling ayam ni. Bila buat sendiri di rumah, boleh letak inti di dalam dengan kesesuaian isi yang disukai. Isi ayam boleh diganti dengan udang ataupun daging.
Resipi yang dikongsikan Fauziah Gee ini, sesuai untuk disediakan buat hidangan sekeluarga.
DUMPLING AYAM

BAHAN UNTUK KULIT:
500gm tepung gandum – beli online di sini
150gm air panas
1 sudu teh garam halus (dimasukkan ke dalam air panas tadi & dikacau)
Dapatkan La Vinnce Blue Diamond Gas Stove dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MENYEDIAKAN:
1. Tuang air panas sedikit demi sedikt ke dalam tepung. Kacau guna sudu dahulu. Kemudian, boleh gunakan tangan dan uli sehingga menjadi doh.
2. Uli lagi sehingga tak melekat di tangan. Saya tambahkan 2 sudu teh air panas. Pastikan doh tidak terlalu lembik atau keras.
3. Dah siap uli, tutup dan rehatkan selama 1 jam. Selepas direhatkan, potong doh menjadi empat bahagian.

4. Kemudian, leperkan sedikit. Salutkan doh dengan tepung jagung atau kanji. Canaikan dulu sebelum menggunakan noodle maker nanti.
5. Dengan noodle maker, setkan pada level satu dan canaikan semua doh. Kemudian, lipat doh bahagian kiri dan kanan ke tengah dan canai lagi sekali menggunakan noodle maker.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
6. Kemudian, setkan pada level dua dan canaikan semua doh hingga selesai. Selepas itu, tukar kepada leve tiga dan canaikan lagi doh sehingga siap.
7. Tukar lagi kepada level empat dan canai lagi. Kalau doh panjang, boleh lipat dan canai lagi. Saya canai sehingga akhir sekali kepada level lima.
8. Kemudian, canai rata dan tekap menggunakan acuan bulat. Saya guna acuan bulat berukuran lapan cm. Untuk lebih jelas. boleh rujuk video di sini.
BAHAN UNTUK INTI:
413g isi ayam | dikisar halus
60g tomato | dicincang
35g bawang besar | dicincang – beli online di sini
10g bawang putih | dicincang – beli online di sini
2 sudu teh sos tiram – beli online di sini
2 sudu teh minyak bijan – beli online di sini
2 sudu besar daun bawang | dihiris
2 cubit serbuk lada hitam
½ kiub pati ikan bilis @ pati ayam maggi | dihancurkan
½ sudu teh garam halus
1 biji telur gred B
Dapatkan Telaga Biru Siri Tafsir Mini dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan semua bahan dan sebatikan saja.
2. Wrap plastik dan rehatkan dalam peti sejuk selama 30 minit.
3. Bila bahan inti dah sedia, saya gunakan acuan karipap untuk balut inti di dalam kepingan doh dumpling.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Letak inti di tengah dan rapatkan. Pastikan guna air di sekeliling doh sebagai gam untuk doh melekap dengan cantik dan rapat.
5. Sediakan pengukus. Sapukan minyak pada dasar bahagian alat pengukus.
6. Susun dumpling sudah siap di dalam pengukus dan kukus selama 20 minit.

BAHAN UNTUK SOS DUMPLING:
2 sudu besar kicap pekat ABC – beli online di sini
2 sudu besar cuka – beli online di sini
2 sudu besar air suhu bilik
2 sudu teh minyak bijan
1 sudu besar minyak cili bawang putih
Sedikit daun bawang | dihiris
Sedikit bijan putih

CARA MENYEDIAKAN:
Satukan semua bahan ini dan sebatikan saja.
MINYAK CILI BAWANG PUTIH:
7 ulas bawang putih | dicincang
3 sudu makan chili flakes
2 cawan teh minyak masak – beli online di sini
1 sudu teh maggi cukup rasa
Dapatkan Promax 4 in 1 Portable Jump Starter dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak. Bila minyak betul-betul panas, tutup api, masukkan bawang putih.
2. Bila bawang putih sudah keperangan, masukkan chili flakes. Kacau sekata dan sejukkan.
3. Bila sudah sejuk, boleh masukkan ke dalam botol untuk kegunaan.
Kredit resipi: Fauziah Gee
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Kemas & Terletak Cantik, Mr Ali Kongsi Cara Buat Puding 3 Layer
Nak Buat Mi Goreng Basah Paling Sedap? Macam Ni Rupanya Cara Masak Betul
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!


