Tercari-cari menu yang sedap, mudah dimasak serta tak guna banyak bahan? Resipi Daging Goreng Kentang perkongsian saudari Nadia Mohamad ni tersangatlah mudah. Sesuai dijadikan sajian makan tengah hari. Kalau suka makan lauk pedas, sesuai sangat cuba menu ni. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK DAGING GORENG KENTANG 5 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji ubi kentang | dipotong kecil
- Sedikit daging | dihiris dan digaul garam serta kunyit
- 1 biji bawang holland | dikisar
- 5 biji cili merah | dibuang biji dan dikisar
- Sedikit garam dan serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Gaul ubi kentang yang telah dipotong bersama garam. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat.
2. Kemudian goreng pula daging yang telah digaul bersama kunyit. ( seeloknya rebus daging dengan sedikit air tanpa minyak dulu. bila kering, masuk minyak lebihan gorengan kentang tadi. Ini petua nak bagi daging empuk)
3. Apabila daging telah masak, angkat. Masukkan cili dan bawang holland yang sudah dikisar dalam minyak lebihan gorengan tadi.
4. Gaul rata dan tunggu sampai garing. Seterusnya masuk garam dan sedikit perasa.
5. Akhir sekali, masukkan daging dan ubi kentang. Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nadia Mohamad
Peti sejuk tak muat & nak cari FREEZER baru? Pilih je DISINI. Banyak pilihan & harga pun murah.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Cara Buat Kuih Tepung Pelita Dalam Jumlah Sedikit & Tak Perlu Kukus.
Petua Simpan Lengkuas Agar Tahan Lama, Lembut & Mudah Dipotong.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Naik Bas Datang Mydin” – Asmahani Mohamed
Demi pertandingan Riuh Rempah Rasa Baba’s, peserta dari Kuala Terengganu ini, sanggup beli tiket bas untuk datang ke Mydin Tunjong, Kota Bharu!
Sudah tertulis rezeki, usaha Asmahani Mohamed terbalas apabila dipilih top 2 wakil Zon Pantai Timur.
“Saya memang dah mula berjinak-jinak dengan dunia pertandingan secara online (fb/ig) sejak 2020. Tapi belum pernah sertai pertandingan anjuran Majalah Rasa mahupun Baba’s.
“Tak ingat bila saya daftar untuk menjadi ahli Rasa, tapi setelah dapat kiriman WhatsApp dari Majalah Rasa berhubung peraduan, dan kebetulan hari tersebut hari terakhir untuk hantar sesi Pantai Timur, jadi tanpa fikir panjang terus hantarkan penyertaan.
Rempah Baba’s sudah ada lama dah tapi idea selalunya akan datang last minute. Mulanya ingat nak hantar satu saja tapi kebetulan datang pula idea, jadi hantarlah dua menu untuk pertandingan
Asmahani menyediakan menu Kari Kofta Baba’s dan Focaccia Kari Baba’s.
Bukan mudah ye nak cipta resipi sendiri, tapi kalau kata dah minat, idea muncul bagaikan juara! Kata Asmahani, hidangan berasaskan kari/gulai selalu yang paling digemari di rumah.
“Kari yang paling laris di rumah adalah kari daging. Jadi terciptalah Kofta Kari Daging. Saya pun belum pernah makan kofta, jadi dengan sedikit ubah suai, saya buatlah resipi kofta daging yang ada gabungan daging serta sayuran dalam bebola dagingnya tu.
“Manakala roti pula memang sesuai dicicah bersama kari. Jadi untuk kelainan, maka saya cipta roti Focaccia perisa kari,” kata Asmahani.
Apabila ditanya apa harapannya jika menang hadiah utama pertandingan ini. Asmahani memberitahu, dia ingin menunaikan ibadah umrah kerana sudah lama menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.
FOCACCIA KARI BABA’S
BAHAN (A) ADUNAN FOCACCIA:
3 sudu besar minyak zaitun
245gm gm air
350gm tepung gandum
2 sudu besar serbuk kari ikan BABA’S
1 sudu besar serbuk kari daging BABA’S
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil gula
6gm garam
BAHAN (B) TOPPING & SAPUAN:
3 sudu besar minyak zaitun
½ sudu kecil jintan putih
Bebola berperisa ketam
1 biji bawang merah
Daun kucai | dicincang
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air, minyak, gula dan yis ke dalam mangkuk. Kacau rata.
2. Masukkan pula tepung, serbuk kari dan garam. Gaul hingga sebati. Tutup dan rehatkan selama 30 minit.
3. Lapik loyang dengan kertas parchment kemudian oleskan dengan 1 sudu besar minyak. Kemudian tuang adunan dan ratakan.
4. Tutup dan peram selama 2 jam. Selepas itu tekan keseluruhan adunan dengan hujung jari. Taburkan pula dengan jintan dan susun topping.
5. Kemudian tuang 3 sudu besar minyak. Tutup dan peram lagi selama 1 jam.
6. Panaskan ketuhar pada suhu 220°C api atas dan bawah selama 10 minit. Kemudian bakar focaccia selama 20 minit.
KARI KOFTA
BAHAN (A) KOFTA:
200gm daging kisar
½ cawan kobis | dicincang
1 labu bawang besar | dicincang
2 sudu kecil serbuk lada putih
4 sudu kecil serbuk kari ikan BABA’S
½ sudu kecil garam
1 biji telur
10 sudu kecil tepung kacang kuda
Sedikit serbuk perasa
Sedikit minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan dan gaul hingga sebati. Kemudian bulatkan menjadi 13 biji bebola sama saiz.
2. Panaskan sedikit minyak dalam non-stick pan dan goreng kofta sehingga perang. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
BAHAN (B) KARI KOFTA:
1/3 cawan minyak
1 labu bawang besar | dimayang
½ sudu kecil biji jintan putih
4 ulas bawang putih | ditumbuk
1 biji tomato | didadukan
1 inci halia | ditumbuk
2 biji cili padi | dibelah dua
1 peket kecil serbuk kari daging BABA’S
½ sudu besar serbuk ketumbar
½ sudu besar garam masala
2 sudu besar pes cili kering
1-2 cawan air (anggaran untuk kuah)
2 sudu besar daun ketumbar | dicincang
Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, cili padi serta jintan hingga wangi. Masukkan pula halia serta bawang putih, tumis lagi hingga wangi.
2. Masukkan cili kering, serbuk kari, serbuk ketumbar, tomato serta sedikit air. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan kofta dan gaul hingga mesra. Kemudian tambahkan air. Perlahankan api dan renehkan hingga pekat (sesuai citarasa).
4. Tambahkan garam masala, gula serta garam sesuai citarasa. Akhir sekali masukkan daun ketumbar, kacau hingga layu dan matikan api.
JAGOH RASA BABA’S
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.
Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.
JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.
Tempat Pertama: RM10,000
Tempat Kedua: RM5,000
Tempat Ketiga: RM3,000
Tempat Keempat: RM1,000
Saguhati: RM500 x 8 peserta
Mudahnya Masak Nasi Arab Dengan Pes Arabian Kitchen!
Menu Nasi Arab dan rakyat Malaysia memang tak dapat dipisahkan. Apabila tiba bulan Ramadan, pasti Nasi Arab antara yang menjadi pilihan.
Kalau anda teringin untuk masak Nasi Arab di rumah sebagai juadah buat keluarga, boleh cuba dengan Pes Arabian Kitchen!
Sesuai dengan tagline, “Dari Dapur Arab Ke Dapur Anda”, pes Arabian Kitchen ini memudahkan proses penyediaan Nasi Arab di rumah.
Terdapat dalam tiga jenis pes iaitu Pes Nasi Arab Yemeni Mendhi, Pes Nasi Arab Qatari Majboos dan Pes Nasi Arab Mesri Bookhari.
Pes Nasi Arab Arabian Kitchen dibekalkan sekali bersama beras basmathi parboiled extra long berkualiti tinggi dan saffron (pewarna) beraroma mawar.
Dengan hanya 5 langkah, anda mampu menyediakan Nasi Arab tanpa perlu menumis, tanpa perlu tahu resipi dan tanpa perasaan takut nasi arab anda tak jadi.
Hanya mengikut sukatan dan langkah yang disediakan, pasti hasilnya tidak mengecewakan.
Berikut cara masak Nasi Arab Yemeni Mendhi menggunakan Pes Arabian Kitchen 500g:
1. Rendam beras basmathi selama 30 minit.
2. Didihkan air mengikut sukatan 700ml dan masukkan pes nasi arab.
3. Masukkan beras basmathi yang telah direndam tadi.
4. Titiskan saffron (pewarna) yang dibekalkan sekali ke atas nasi yang telah masak.
5. Tutup semula periuk selama 5-10 minit. Kemudian kacau rata.
Nasi arab siap untuk hidangan 6 orang. Nasi arab sangat sesuai digandingkan bersama lauk ayam bakar atau kambing bakar. Cara membuat salsa (sos arab) juga disediakan di bungkusan produk.
Produk terbaik pasti mendapat sambutan. Buktinya, Pes Nasi Arab Arabian Kitchen ini mendapat komentar yang sangat positif daripada pengguna.
Lebih istimewa, ada juga mertua minta masakkan Nasi Arab di kampung sebagai menu utama hidangan sekeluarga. Mesti seronok dapat menambat hati mertua dengan Pes Nasi Arab Arabian Kitchen.
Pes nasi arab ini juga sangat sesuai untuk dijadikan juadah utama majlis berbuka puasa, jamuan hari raya, sambutan hari lahir, majlis aqiqah dan majlis keraian keluarga.
Untuk mendapatkan Pes Nasi Arab Arabian Kitchen, boleh dapatkan daripada pengedar berdekatan anda di seluruh Malaysia.
Rujuk website nasiarabsegera.com atau boleh dapatkan di shopee atau Lazada. Sekiranya ada sebarang persoalan, boleh hubungi +60 11-3989 9338.
“Dari Dapur Arab Ke Dapur Anda”.
3 Resipi Mudah & Sedap Boleh Masak Di Bulan Ramadan dengan Yogurt
Ibu-ibu yang bekerjaya lebih menggemari sajian yang mudah, sedap dan tidak memerlukan masa memasak yang lama. Namun pada masa yang sama mereka peka dalam aspek pemilihan bahan-bahan supaya sajian yang disediakan lebih berkhasiat dan memberikan banyak manfaat buat keluarga.
Terdapat pelbagai pilihan yang ada dan bagi yang belum pernah merasa, usah takut untuk mencuba. Contohnya dengan menggantikan penggunaan santan kepada yogurt asli yang lebih sihat.
Kini tidak perlu lagi menikmati yogurt begitu sahaja. Hanya menggunakan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli and Lactel Yogurt ‘Set’ Perisa Vanila anda boleh menghasilkan pelbagai menu yang sedap, mudah dan sihat untuk keluarga.
Lactel Yogurt adalah pilihan terbaik di bulan Ramadan ini. Asli dan rendah lemak, ia adalah produk yang dihasilkan dari susu, air dan kultur hidup. Setiap hidangan 100gm mengandungi 57kcal tenaga dan 1.6gm lemak sahaja. Malah tiada penambahan gula di dalamnya menjadikan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli sebagai sumber kalsium yang bagus untuk tubuh.
Rasai kebaikan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli di waktu sahur dengan menikmatinya bersama oat, buah-buahan dan juga kekacang untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Memang sedap dan perut pun rasa kenyang lebih lama.
Malah jika terasa nak berbuka dengan juadah Ayam Percik, Daging Bakar Berempah atau Kambing Golek yang sedap, tambahkan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli dalam kuah percik dan juga perapan. Hasilnya memang sedap malah lebih berperisa.
Seusai solat terawih pula, aneka kuih muih, manisan serta minuman sejuk pastinya menjadi pilihan ramai. Inilah masanya untuk anda jadi lebih kreatif dalam menyediakan menu yang lebih sihat. Dengan menggunakan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli dan Lactel Yogurt ‘Set’ Perisa Vanila, anda boleh menghasilkan puding, aiskrim ‘homemade’, salad buah, kek malah aneka minuman ‘smoothies’ pelbagai perisa. Sedap dan pada masa yang sama anda boleh kawal jumlah gula yang digunakan. Sekali buat, satu keluarga boleh nikmati. Memang jimat.
Nah..sebenarnya dengan yogurt asli ni macam-macam menu boleh anda hasilkan. Jadi usah ragu-ragu kerana dengan adanya Lactel Yogurt ‘Set’ Asli dan Lactel Yogurt ‘Set’ Perisa Vanila dalam peti sejuk anda, kerja menyediakan juadah di bulan Ramadan tentunya lagi lebih mudah dan cepat.
Istimewa buat anda, Lactel menambah keceriaan Ramadan dengan berkongsi tiga resipi mudah, sedap dan cepat masak yang boleh dihasilkan menggunakan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli dan Lactel Yogurt ‘Set’ Perisa Vanila. Moga Ramadan kali ini lebih ceria. Selamat mencuba!
BUTTERMILK YOGURT CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
- 400gm ayam – potong kecil
- 500ml susu cair
- 100ml Lactel Yogurt ‘Set’ Asli
- 2 sudu makan mentega
- 1 sudu makan rempah kari
- 1 tangkai daun kari
- 4 ulas bawang putih – cincang halus
- 6 biji cili padi – ketuk kasar
- 1 sudu makan gula perang
- 1/2 sudu teh lada sulah
- Tepung jagung secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Lumurkan sedikit garam, lada sulah, Lactel Yogurt ‘Set’ Asli dan rempah kari ke atas ayam. Lumurkan tepung jagung lalu goreng ayam hingga garing dan kekuningan.
- Panaskan mentega di dalam kuali hingga cair. Masukkan bawang putih, daun kari dan cili padi. Tumis hingga wangi.
- Tuang susu cair, gula perang dan sedikit bancuhan tepung jagung (tepung jagung yang dilarutkan dengan sedikit air) dan sebatikan kuah hingga agak pekat. Sesuaikan rasanya.
- Masukkan ayam goreng dan kaup-balikkan. Hidangkan dengan nasi putih.
KURMA KAMBING YOGURT
BAHAN- BAHAN:
- 500gm daging kambing – potong kecil
- 4 biji ubi kentang saiz medium – potong dadu besar
- 800ml susu segar
- 200gm Lactel Yogurt ‘Set’ Asli
- 1 biji bawang besar – belah empat
- 6 ulas bawang merah – kisar
- 4 ulas bawang putih – kisar
- 3 biji buah keras – kisar
- 4 sudu makan rempah kurma
- 2 tangkai daun kari
- 2 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 2 sudu makan minyak sayur/sapi
- Garam dan gula secukup rasa
- Tomato & cili hijau (pilihan) – untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk, campurkan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli dengan daging kambing lalu digaulkan sebati. Perap selama 30 minit.
- Di dalam periuk, panaskan minyak sayuran/minyak sapi di dalam periuk. Tumis bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis hingga wangi.
- Masukkan bawang kisar dan buah keras kisar lalu tumis hingga naik bau.
- Masukkan rempah kurma, daun kari dan daging kambing yang telah diperap.
- Masukkan susu segar dan ubi kentang. Didihkan hingga daging empuk.
- Tambah bawang besar, tomato yang dibelah empat dan cili hijau yang dibelah tengah.
- Apabila semua bahan telah masak, sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
KEK YOGURT BUAH-BUAHAN
BAHAN-BAHAN:
- 100gm mentega
- 210gm tepung naik sendiri
- 180gm gula kastor
- 50gm Lactel Yogurt ‘Set’ Perisa Vanila
- 3 biji telur – gred A
- 1 sudu teh parutan kulit lemon
- Buan-buahan – pic/blueberi/strawberi (hiris & toskan)
- Gula aising – untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega berjenama PRÉSIDENT ®️ bersama gula hingga kembang dan ringan.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga kembang.
- Masukkan Lactel Yogurt ‘Set’ Perisa Vanila dan parutan lemon. Kacau lagi adunan.
- Masukkan tepung, kaup-balikkan rata.
- Tuang adunan ke dalam acuan pilihan yang telah disapu mentega dan dialas dengan kertas parchment.
- Satukan buah-buahan yang telah dihiris dan ditapis tadi lalu tabur sedikit gula.
- Susun buah-buahan yang telah dihiris ke atas adunan mengikut citarasa.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 50-60 minit atau hingga kek masak. Sejukkan dan hias mengikut citarasa (tabur gula aising diatasnya).