Ayam masak apa pun tetap sedap . Dalam sajian barat pun ada macam-macam idea juadah yang dibuat berasaskan ayam dan menu ini sesuai untuk berbuka.
Ni min kongsikan tiga idea sajian barat dari Chef Mohd Zamri yang juga pensyarah di Taylor’s University.
Tengok rupa pun dah meleleh air liur dibuatnya, gerenti lazat. Cubalah nanti ya.
1.BEGEDIL AYAM BERKEJU
BAHAN-BAHAN :
Bahan begedil :
Ads
100gm isi ayam ayam | dicincang
4 biji ubi kentang | dipotong dan rebus hingga empuk
100gm serbuk keju Parmesan
5 ulas bawang putih | dicincang kasar dan digoreng hingga kuning
80gm keju ‘gruyere’ | dipotong dadu
½ sudu teh serbuk perasa
50gm tepung gandum
2 biji telur | dipukul sedikit
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Bahan Sos :
80gm tepung keju segera
150ml air panas
CARA MEMASAK: Cara membuat begedil: 1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masakkan ayam bersama garam dan lada sulah hingga kering. 2. Ubi kentang yang telah dimasak dilenyek halus dalam satu bekas. 3. Kemudian masukkan ayam ke dalam ubi kentang, keju parmesan dan bawang putih goreng. 4. Masukkan sedikit tepung, serbuk ketumbar dan serbuk perasa. 5. Gaulkan hingga sebati. 6. Bentukkan bulat, masukkan keju gruyere yang dipotong dadu dan tekan rata sedikit, taburkan sedikit tepung dan celupkan ke dalam telur yang telah dipukul. 7. Panaskan kuali dan goreng sehingga kuning keemasan. 8. Hidangkan begedil dimakan bersama sos keju dan sos cili Thai.
Cara membuat sos keju segera : 1. Gaulkan serbuk keju segera bersama air panas.
Saiz hidangan : 4 orang Waktu memasak : 30 – 50 minit Cara memasak : Menggoreng Jenis masakan : Sajian asia fusion Keistimewaan : Sajian ringkas dan cepat dimasak lagi dan mengenyangkan
INFO CHEF : Hati-hati bila menambah tepung ke dalam begedil kerana jika terlebih akan menyebabkan begedil menjadi keras.
2.CASSEROLE CHICKEN WITH ZUCCHINI & SPINACH
BAHAN-BAHAN :
4 bahagian kaki ayam | telah dibuang tulang
50gm daun bayam | direbus hingga masak
60gm zucchini | dipotong nipis
100gm bawang Holland | dicincang
30gm bawang putih | dicincang halus
350gm krim masakan
½ sudu teh garam
½ sudu teh lada sulah
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK: Cara membuat Casserole Ayam: 1. Ayam diperap dengan garam dan lada sulah 2. Bakar atas kuali dengan sedikit minyak untuk dapatkan warna kuning keemasan. Ketepikan. 3. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang Holland dan bawang putih dan masukkan krim masakan. 4. Masukkan keju parmesan sedikit demi sedikit dan terus kacau hingga pekat. Ketepikan sos keju ini sebentar. 5. Masukkan ayam yang sudah dibakar tadi dalam mangkuk casserole bersama zucchini dan bayam yang telah direbus. 6. Ambil sos keju dan taburkan sos keju di atas ayam dan bakar didalam ketuhar 180°C selama 30 minit. 7. Boleh dihidangkan semasa panas.
Saiz hidangan : 4 orang Waktu memasak : 30 – 40 minit Cara memasak : Bakar dalam ketuhar Jenis masakan : Sajian barat Keistimewaan : Sajian ini sesuai untuk makan malam
Ads
INFO CHEF : Usah membuat sos yang terlalu pekat kerana ia menenggelamkan keenakan rasa bayam dalam ayam.
HONEY LEMON CHICKEN
BAHAN-BAHAN :
Bahan honey lemon :
70gm madu
300gm jus lemon
70gm sos plum
20gm tepung jagung
Garam secukup rasa
Bahan ayam :
Ads
4 ketul drumstick ayam
4 keping kepak ayam
½ labu bawang Holland | dicincang halus
2 ulas bawang putih | dicincang halus
80gm tepung jagung | campur dengan sedikit air
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK: Cara membuat sos honey lemon: 1. Masak jus lemon, sos plum dan madu sehingga pekat dalam periuk. 2. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air. 3. Kacau adunan hingga sebati. 4. Biarkan adunan seketika untuk sejuk
Cara membuat honey lemon chicken: 1. Ayam dibasuh dan keringkan. 2. Gaulkan ayam dengan tepung jagung dan garam. 3. Panaskan minyak dan masukkan bawang holland dan masak sehingga ianya layu. 2. Masukkan ayam, bawang putih dan garam. 3. Selepas itu masukkan sos honey lemon 4. Kacau hingga sos melekat pada ayam 5. Susun ayam dalam dulang pembakar dan bakar didalam ketuhar 180°C selama 30 minit 6. Setiap 6 minit salut ayam dengan sos dan bakar hingga kuning keemasan, 7. Hidangkan ketika panas bersama sos.
Saiz hidangan : 4 orang Waktu memasak : 30 – 45 minit Cara memasak : Tumis dan Bakar Jenis masakan : Sajian Asia Keistimewaan : Sajian ayam bermadu yang masam manis.
INFO CHEF : Jika sos terlalu masam, campurkan lebih madu atau masukkan gula sehingga mendapat rasa yang diinginkan.
RESIPI : CHEF MOHD ZAMRI IDRIS, Pensyarah di Taylor’s University
Tajaan Pinggan Mangkuk : RUSLIZA MD DRUS
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Hidangan mi memang menjadi kesukaan ramai. Ada yang suka mi berkuah dan ada yang suka digoreng. Hari ni untuk minum petang teringin pula mi goreng daging yang dah lama tak buat. Stok daging pun masih ada. Air daging yang direneh melazatkan lagi mi goreng ini nanti.
Buat pencinta kopi, muffin ini pasti menjadi kesukaan anda. Menurut chef Sue espresso yang digunakan dalam bahan muffin ini sebaiknya guna kopi yang baru brew, untuk dapatkan rasa kopi sebenar. Kopi yang berkualiti akan menghasilkan espresso yang sempurna dan memberi rasa yang enak pada muffin. Jika tiada atau tak pandai brew kopi sendiri, boleh beli espresso di mana-mana kedai kopi (San Francisco Coffee/coffee bean/Starbucks dan lain-lain). Juga tidak digalakkan untuk ganti espresso dalam resipi ni dengan kopi segera atau kopi emulco, rasanya akan jadi lain nanti.
**tbsp – tablespoon (measuring spoon ya bukan sudu makan nasi ) ***tsp – teaspoon (measuring spoon, bukan sudu kopi).
Cara membuat: 1. Buat streusel dulu. Caranya campurkan semua bahan A dalam mangkuk. Gunakan hujung jari, ramas-ramas lembut hingga jadi seperti bread crumbs. Ketepikan. 2. Di dalam mangkuk besar, satukan telur, susu segar, minyak jagung, esen vanilla dan espresso. Pukul dengan whisk (hand whisk saja) hingga semua bahan sebati. Jangan pukul berlebihan. 3. Masukkan tepung gandum, baking powder dan garam ke dalam adunan. Kaup-balikkan sebati guna spatula.Jangan kacau berlebihan, hanya satukan semua bahan hingga sebati. 4. Sediakan acuan muffin yang disapu sedikit minyak atau boleh juga guna paper cupcakes. Tuang adunan muffin tadi ke dalam acuan hingga 3/4 penuh. Kemudian tabur streusel yang dah siap awal tadi secukupnya. 5. Bakar muffin dalam ketuhar yang dah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 20-25 minit atau hingga muffin masak (test dengan mencucuk lidi dalam muffin, kalau lidi keluar bersih tak melekat maknanya muffin dah masak sempurna). 6. Sementara itu, dalam mangkuk lain, satukan bahan C lalu kacau rata hingga likat. Tuang (drizzle) ke atas muffin tadi dan hidangkan. Kredit: Sue M Arukin
Kali ini RASA nak kongsikan satu lagi resipi berasaskan kulit popia yang sangat sedap, rangup dan manis berkaramel. Mana tau ia boleh dijadikan sebahagian koleksi kudapan raya anda semua, hanya guna tiga bahan je dan jadi. Anda untuk kerana kos murah, buat senang, kudapan raya bertambah. Jom cuba.
POPIA KARAMEL BAHAN-BAHAN: 15 keping kulit popia 3 sudu makan gula pasir 2 sudu makan tepung gandum | bancuh dnegan 3 sudu makan air Kacang tanah secukupnya | goreng tanpa minyak/sangai dan buang kulit luarnya Minyak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMBUAT:
Gunting kulit popia menjadi 4 atau 6 bahagian. Disarankan potong 4 bahagian.
Ambil satu keping kulit popia yang sudah digunting, sapukan bahagian hujung atas dan bawah dengan larutan tepung gandum tadi (berfungsi sebagai gam supaya kulit popia yang digulung melekat).
Letakkan kacang tanah di bahagian bawah lalu gulung ke atas. Lakukan hingga habis.
Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali (mesti betul-betul panas).
Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula larut.
Kemudian masukkan popia dan goreng hingga kuning keperangan. Angkat dan toskan.