Sotong Goreng Kunyit Berempah. Sesekali makan menu ringkas sebegini sedap juga. Biasanya menu Sotong Goreng Kunyit ni ringkas sahaja penyediaannya, letak serbuk kunyit, garam dan sayur, dah siap. Tapi kali ni apa kata anda cuba resipi perkongsian saudari Aisyah Humaira ni. Tambah dua bahan ringkas iaitu serbuk kari ikan dan serbuk cili, hasil masakannya memang lagi wow! Memang padu. Jom lah cuba. Anda pasti sukakannya.
CARA MASAK SOTONG KUNYIT BEREMPAH
BAHAN-BAHAN: 1/2kg sotong – potong besar 1 sudu makan serbuk kari ikan – beli online disini 1 sudu makan serbuk cili – beli online disini 1 sudu makan serbuk pati ayam – beli online disini 1 senduk teh minyak masak Serbuk kunyit dan garam secukupnya – beli online disini (sukatan bahan-bahan boleh agak sendiri bergantung kepada jumlah sotong yang digunakan)
BAHAN SAYUR: Bunga kubis secukupnya Bawang merah secukupnya Kacang panjang secukupnya
CARA MEMASAK: 1.Gaulkan sotong dengan semua bahan diatas kecuali sayur dan minyak. Tidak perlu letak air sebab masa ni sotong masih berair. Kalau nak letak pun boleh, tapi sedikit sahaja.
Ads
2. Panaskan minyak masak dan tumis bawang hingga layu. 3. Masukkan sotong dan ratakan. Jangan terus kacau nanti melekat, jadi biarkan ia masak dulu sekejap. Guna api kecil atau sedang sahaja untuk bagi air sotong keluar.
4. Bila sotong sudah separuh masak, masukkan sayur-sayuran. Kacau semua bagi sebati dan masak.
5. Sotong Goreng Kunyit Berempah sedia untuk dihidangkan.
Menu ni gerenti semua yang dengar kecur liur, itu belum lagi rasa. Memang kalau dimakan dengan nasi panas, bertambah nanti. Tambah enak cabai picit ni dicampur dengan ikan rebus atau ikan bakar.
Cabai Picit
Bahan-bahan:
12 biji cili merah dan hijau
1 sudu besar asam jawa
Belacan bakar
½ biji asam limau (kami suka aroma limau nipis ni dalam ayaq asam ni)
½ cawan air kosong (ikut suka, nak pekat letak sikit. Nak cair sikit,letak banyak)
Garam, gula dan ajinomoto (jika suka letak) – kami letak gula ja sikit sebab nak bagi seimbang rasa.Belacan kami guna dah cukup masin.
Cara membuat:
1.Picit semua semua bahan-bahan tadi, bukan tumbuk,bukan blend.
2.Ikan tu dibakar kosong. Kalau korang suka yang rebus, korang rebus. Saya suka bakar kosong.
Sambal pembuka selera yang terkenal di negeri Pahang. Ini cara paling mudah dan cepat untuk anda cuba buat sendiri sambal hitam Pahang dalam portion yang sedikit.
SAMBAL HITAM PAHANG
BAHAN-BAHAN:
Minyak masak
Belimbing buluh yang sudah di rebus
1/2 cawan cili padi (ikut kepedasan masing korang)
1. Tumbuk cili padi sehingga halus. Tumbuk 5 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih sehingga lumat. Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat. Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
2. 2 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih di hiris nipis.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan putih yang di hiris sehingga bau wangi.
4. Masukkan bahan bahan tumbuk sekaligus & tumislah bahan bahan tersebut sehingga pecah minyak.
Salah satu hidangan Thailand yang sedap adalah Pad Gra Prow atau Thai Basil Beef. Daging yang dimasak macam ni, dimakan pula dengan nasi panas, memang cukup menyelerakan.
Thailand memang terkenal sebagai syurga makan yang lazat. Memang patutlah kalau negara Thai ini dikatakan syurga makanan. Korang yang belum berkesempatan ke Thailand, boleh cuba masak sendiri.
PAD GRA PROW (THAI BASIL BEEF)
BAHAN-BAHAN:
150gm daging | hiris nipis & gaul dengan 1 sudu teh minyak dan 2 sudu teh tepung jagung
4 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit hirisan cili benggala
1/2 biji bawang besar | hiris
1 sudu teh kicap cair
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh gula
1 sudu makan sos ikan
1 cawan daun selasih Thai
Sedikit daun ketumbar | untuk hiasan
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan daging hingga berubah warna. Keluarkan dan ketepikan.
2. Masukkan sedikit minyak lagi, kemudian tumiskan bawang putih dengan cili benggala.
3. Kacau seketika, masukkan pula bawang besar.
4, Tumis hingga wangi dan bawang layu.
5. Masukkan semula daging, diikuti kicap, kicap pekat, sos tiram, sos ikan dan gula.
6. Apabila bahan sos sebati dengan daging, masukkan daun selasih.
7. Gaul lagi hingga daun selasih layu.
8. Tutup api dan daging sedia dihidangkan dengan nasi putih.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!