Resipi Sos Thai Homemade Sedap & Tak Guna Banyak Bahan

Share

Sedapnya Sos Thai ni. Bahan-bahan serta cara membuatnya pun sangat mudah. Makan bersama aneka makanan bakar dan bergoreng seperti lokching, sosej pulut, sotong bakar, keropok lekor goreng, sosej bakar dan sebagainya memang sedap. Sos Thai ini juga boleh dijadikan stok di rumah. Tak perlu beli lagi. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Mansor

. Pasti puas hati.

 

CARA BUAT SOS THAI SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan tepung ubi – bancuh dengan sedikit air

BAHAN KISAR:

  • 4 biji cili merah besar
  • 1 genggam cili padi merah dan hijau
  • 6 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

1. Masukkan bahan kisar, gula, cuka dan garam ke dalam kuali. Masak hingga semua bahan larut dan sedikit mendidih.

2. Kecilkan sedikit api kemudian tuang air bancuhan tepung ubi secukupnya. Kacau dan padam api.

3. Sejukkan sos dan sedia untuk dinikmati bersama aneka masakan bakar atau bergoreng mengikut selera masing-masing.

INFO: Pastikan tepung ubi dibancuh dengan air terlebih dahulu. Elak letak terus ke dalam kuali kerana sos akan berketul.

 

Kredit resipi & foto: Nurul Mansor

 

Tak nak goreng? Bolehlah masak guna AIR FRYER. Dapatkan DISINI dengan harga yang berpatutan & berkualiti. 

 

Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:
https://www.rasa.my/baru-tahu-ini-cara-buat-sup-dumpling-homemade-yang-sedap/
https://www.rasa.my/menu-istimewa-ayam-masak-vanggey-sedap-hingga-menjilat-jari/
https://www.rasa.my/cara-buat-ibu-sambal-kicap-memang-sedap-tahan-lama/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN