Sospencicah Thai ni memang serbaguna. Bagi yang suka makan hidangan rebus dan bakar seperti sotong bakar, daging bakar, kerang rebus dan sebagainya, sesuai sangat nikmati bersama sos ni. Memang sedap. Fuh…memang tak sedar makan banyak. Bagi anda yang tercari-cari resipi Sos Pencicah Thai, saudari Siti Zubaidah Ibrahim ada kongsikan resipinya. Istimewa, sukatan ni untuk jumlah yang banyak. Jadi bolehlah simpan dalam peti sejuk dan guna banyak kali. Jimat masa & lebih mudah.
Sedapnya Yong Tau Foo. Hidangan ini sememangnya tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia dan ia mudah didapati di pasar-pasar malam. Rahsia keenakan hidangan ini terletak pada sosnya. Jika sedap rasa sos, makan enaklah sajian Yong Tau Foo yang disediakan. Bagi anda yang nak sediakan sendiri hidangan Yong Tau Foo untuk ahli keluarga, resipi kuah hitam dan kuah merah perkongsian saudari Adnilsam Apat ni antara yang boleh dicuba.
BAHAN KUAH HITAM
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan taucu
2 sudu makan sos masam manis
3 sudu makan kicap pekat manis
3 sudu makan sos tiram
4-5 sudu makan gula melaka/gula perang
3 1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
Masukan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga taucu halus.
Masukkan bahan yang sduah dikisar ke dalam periuk.
Kemudian masak dengan api perlahan sambil dikacau supaya sos tak berketul-ketul. Masak sehingga kuah mendidih sesuaikan rasa ketepikan.
BAHAN KUAH MERAH
3 ulas bawang putih- ketuk
3 sudu makan cili kisar
1/2 cawan kacang tanah yang telah digoreng garing dgn sedikit minyak
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan sos masam manis
4- 5 sudu makan gula
3 cawan air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan-bahan diatas kecuali bawang putih dan cili kisar. Kisar hingga kacang halus.
Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumiskan bawang putih yang diketuk. Tumis hingga naik bau dan kemudian masukkan cili kisar. Kacau dalam 3 minit.
Setelah itu masukkan semua bahan-bahan yang telah dikisar. Masak hingga kuah agak pekat dan sentiasa kacau.
Bila sudah mencapai kepekatan yang anda mahukan sesuaikan rasa. Siap.
Boleh makan dengan apa-apa yang anda suka seperti bebola seafood, sayur-sayuran, sotong kangkung atau apa-apa bahan-bahan yong tau foo kegemaran anda.
Campur kuah hitam dan merah mengikut citarasa anda. Untuk sesuaikan rasa pedasnya, taburkan bijan sangai, sedikit bawang goreng dan kacang goreng yang telah ditumbuk.
Kalau anda hanya larat masak ikan goreng sahaja disebabkan ingin berehat atau keletihan hendak memasak, cuba buat sambal belacan. Itupun sudah cukup menambah selera makan. Apatah lagi kalau ada buah kuini.
Kuini adalah sejenis buah yang bentuknya lebih kurang seperti mangga atau mempelam. Namun, kuini mempunyai bau yang sangat wangi apabila buahnya masak. Buahnya yang masak juga menjadi lembut dan berair.
Buah kuini sedap dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan sambal belacan. Melalui facebook, Sue Sera Saira berkongsi resipi sambal belacan kuini. Jom kita lihat resipinya.
SAMBAL BELACAN KUINI
BAHAN-BAHAN
1 tangkai cili merah besar
3 tangkai cili api
2 inci belacan
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
Ikan bilis secukupnya (basuh)
1 biji kuini (kupas kulitnya)
CARA MEMBUAT
1. Dalam lesung batu, masukkan cili merah besar, cili api, belacan, gula dan garam. Tumbuk sampai lumat.
2. Masukkan ikan bilis. Tumbuk lagi.
3. Hiris halus buah kuini. Masukkan dalam lesung batu. Gaul rata dengan cili dan ikan bilis yang telah ditumbuk.
4. Buah kuini jangan ditumbuk hancur. Biar kasar-kasar sahaja.
5. Sedia dimakan.
Siap!
Dari lesung batu, hidangkan ke dalam piring.Nampak sedap, kan? Boleh perahkan limau sedikit.
Sambal kuini sedap dimakan dengan nasi panas dan ikan goreng.
Sedapnya Colek Mangga Muda empat rasa ni ni. Kalau biasa anda makan manga atau jambu cicah dengan gula dan kicap je, apa kata lepas ni cuba resipi pencicah perkongsian saudari Azira Mamat ni. Bahan tak banyak tapi hasilnya memang mengecurkan liur. Selain manga muda, kalau nak cicah dengan jambu batu, jambu air, kedondong atau nanas pun boleh. Tidak perlu beli lagi kuah rojak di kedai. Buat sendiri pencicah ringkas macam ni sudah membuka selera. Selamat mencuba!
RESIPI COLEK MANGGA MUDA GUNA 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
3 sudu gula
1 sudu garam kasar
1 sudu cuka
3 sudu kicap kicap
3 biji cili padi – dipotong halus
1 inci belacan – beli online BELACAN KAMPUNG sedap DISINI
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan-bahan diatas. Kalau nak tambah udang kering dan kacang sangai tumbuk pun boleh.
2. Gaul semua bahan hingga sebati.
3. Kuah pencicah ni biar pekat dan tak cair. InsyaAllah baru sedap.
4. Rasa colek ni masin, manis, masam, pedas semua ada. Selamat mencuba!
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...