Jika suka makan lauk-lauk sambal, sangat memudahkan jika kita hasilkan siap-siap stok ibu sambal ini. Bila dah ada ibu sambal ini, kerja memasak memang lebih senang. Goreng ayam, ikan, udang atau lain-lain kemudian gaul dengan ibu sambal yang sudah dipanaskan. Letak perasa yang disukai. Siap lauk sambal.
Hujung minggu ini memang masa yang sesuai untuk kita membuat stok ibu sambal ini. Caranya dikongsi oleh Maestro Wan Ateh.
Cara buat ibu sambal, senang nak masak macam macam lauk sambal
Ads
Bahan-bahan
150gm cili kering direbus dan dipotong
3 labu bawang besar
3 ulas bawang Merah
2 labu bawang Putih
2 keping asam keping
Minyak masak secukupnya (jangan kedekut)
Garam (sedikit sahaja)
Gula dan serbuk perasa
Cara memasak
1. Kisar semua jenis banyak dengan minyak. Sukatan minyak 3/4 daripada bawang dalam balang blender
2. Blend cili kering yang sudah dipotong dan rebus. Sukatan minyak 3/4 cili dalam balang blender (sekiranya kuantiti sedikit boleh kisar sekali bawang dan cili).
3. Masukkan bawang kisar ke dalam periuk. Kacau seketika.
4. Bila sudah menggelegak masukkan cili kering pula. Kacau selalu supaya tak hangit. Bila guna minyak sepenuhnya potensi untuk hangit sangat tinggi tapi bagusnya sambal ini tidak merecik dan cepat masak.
5. Masukkan garam, gula dan asam keping serta serbuk perasa. Kacau lagi sampai sejam atau dua jam terpulanglah kepada kekuatan tenaga masing-masing.
Ads
6. Kemudian sejukkan sambal sebelum dimasukkan dalam bekas. Untuk stok boleh simpan dalam ruang sejuk beku, bagi yang selalu digunakan boleh simpan dalam chiller (boleh tahan sebulan).
7. Bila mahu membuat masak sambal kaup sedikit dan masukkan minyak jika perlu. Boleh tambah belacan, sos, serta serai mengikut resipi masing-masing.
Ads
Pastikan tidak masukkan garam banyak kerana belacan dan sos tiram itu sendiri sudah masin. Jangan lupa tambah hirisan bawang Holland jika buat masakan sambal.
Sos pencicah serbaguna perkongsian saudari Mummy Violet ini memang bagus dibuat dan disimpan kerana boleh dimakan dengan pelbagai jenis makanan pada bila-bila perlu. Bahan-bahan juga senang didapati. Jika suka pedas boleh banyakkan jumlah cilinya. Pastikan cilinya benar-benar masak agar tahan lama dan tidak sakit perut pula memakannya. Jom cuba. Lepas ni tak perlu beli lagi.
CARA BUAT SOS PENCICAH SERBAGUNA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1/4kg @ 250gm cili kering | buang biji, rebus & kisar
Cili padi secukupnya | tambah jika mahu lebih pedas. Kisar bersama cili kering
2kg gula
Garam secukup rasa
Cuka makan secukupnya
Air secukupnya
Tepung jagung | bancuh dengan sedikit air
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan ( kecuali tepung jagung) ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Kemudian rasa. Pastikan rasa manis, pedas, masam dan masin cukup.
3. Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung. Masak lagi hingga mendapat kepekatan sos yang dikehendaki.
4. Sejukkan sos dan simpan dalam bekas bertutup yang sesuai. Enak dinikmati dengan pelbagai jenis makanan bergoreng.
Tips: Simpan dalam botol kedap udara dan letakkan dalam peti sejuk untuk tahan lama.
Hati lembu masak apa pun memang sedap, termasuklah dijadikan sebagai perencah dalam sayur bergoreng. Apa kata kali ini kita masak sambal hati. Sambal ini memang sedap sebab rasanya yang pedas-pedas manis, sesuai dimakan bersama nasi putih atau nasi lemak. Tak percaya! Cubalah…
BAHAN-BAHAN:
1kg hati lembu | rebus dan potong dadu
5 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan pes asam jawa
1 sudu makan cili sos
1 biji bawang besar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk mengoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Sementara itu gaul hati yang telah dipotong dadu dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
Kemudian goreng hati seketika, jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar bersama pes cili hingga pecah minyak, seterusnya masukkan hati.
Kacau sebati supaya hati sebati dengan bahan tumisan.
Seterusnya masukkan air asam, cili sos dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Tips: Jangan rebus atau goreng hati terlalu lama, ia boleh sebabkan hati menjadi keras
Sedapnya Yong Tau Foo. Lebih sedap lagi jika dapat makan ramai-ramai bersama keluarga. Hidangan ini jika dibeli, agak mahal harganya lebih-lebih lagi jika dibeli dalam kuantiti yang banyak. Jika keluarga besar, memang tak puas makan. Cubalah masak sendiri. Tak susah pun untuk buat kuahnya. Lagi jimat malah boleh makan puas-puas. Puan Fara Bakri ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!