Bila duduk di rumah ni, kaki asyik nak ke dapur saja kan. Mulut pula tak berhenti nak mengunyah. Habislah berat badan naik!

Tapi jangan risau. Makan pun boleh kurus tau tapi kenalah pandai pilih resipi. Hidangan siakap stim lemon, perkongsian daripada Afy AL Habibi ini sangat mudah dan boleh dimasukkan dalam menu diet anda.

Tengok gambar, fuhh rasa macam mesti tip top resipi ni. Jom kita cuba!

BAHAN-BAHAN UTAMA:

1 ekor ikan siakap (dibersihkan dan dikelar)* – beli online di sini 
2 ulas bawang putih (diketuk)* – beli online di sini 
1 batang serai (diracik*) – beli online di sini
5 hiris halia* – beli online di sini
2 helai daun limau purut* – beli online di sini 
½ sudu kecil garam bukit* – beli online di sini 
1 kecil cawan air
1 sudu kecil kicap cair – beli online di sini 

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Masukkan semua herba (yang bertanda *) tadi ke dalam perut ikan.Garam bukit tadi dilumur di atas badan ikan.

  1. Letakkan dalam pan. Yang nak kukus, silakan. Masukkan air. Kemudian, perasakan dengan kicap cair.

  1. Tutup pan. Masak kira-kira 15 minit atau sehingga ikan masak dalam api perlahan.

BAHAN UNTUK KUAH:

Air rebusan ikan tadi
1 inci hirisan halia – beli online di sini
2 ulas bawang putih (diracik) – beli online di sini 
½ batang serai muda – beli online di sini 
1 biji lemon
Sehiris limau nipis
1 biji asam limau kasturi – beli online di sini 
Secubit garam bukit – beli online di sini 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan ke dalam mangkuk. Kacau rata bahan tadi. Sedia untuk dituang atas badan ikan.

  1. Hiaskan dengan hirisan cili padi merah, hirisan daun ketumbar, tomato ceri, bawang putih goreng, hirisan lemon dan limau nipis.

Apa macam rupa hidangan siakap stim lemon? Nampak betul-betul sedap kan.

IKLAN

Semoga bermanfaat. Selamat mencuba.

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat masak di Rasa

Daun Kesum 2 Minggu Masih Segar. Begini Cara Simpan Supaya Tahan Lama

IKLAN

Resipi Kari Mamak Sedap Ala Restoran Nasi Kandar

Resipi Kuih Limas. Kuih Tradisional Negeri Perak Yang Sangat Sedap

Snek Kudapan Ala KFC Yang Umphh!

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube https://www.youtube.com/c/MajalahRasaOfficial