Selalu kalau nak makan mi kung fu, kita akan cari di kedai. Apa kata kali ini kita buat sendiri? Puas makan tau. Senang je nak buat mi kung fu ni. Ini resipi untuk buat sepinggan besar mi kung fu. Memang sedap dan senang. Boleh dibuat untuk makan pada bila-bila masa. Sesuai untuk sarapan, makan tengah hari, minum petang atau makan malam.
MI KUNG FU
BAHAN MI
• Minyak masak untuk menggoreng
• 200 gram mi kuning
• 2 biji telur ayam
BAHAN HIASAN
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Limau nipis
BAHAN KUAH
• Minyak masak untuk menumis
• 3 ulas bawang putih (diketuk)
• 100 gram isi ayam (dipotong kecil)
• 5 ekor udang (dibuang kulit)
• 2 ekor sotong dipotong bulat
• 2 cawan air
• Garam dan gula secukup rasa
• 2 sudu makan sos tiram
• 3 batang baby corn (dipotong memanjang)
• Lobak merah (dipotong panjang dan halus)
• Brokoli (dihiris kecil)
• Bunga kobis (dihiris kecil)
• 3 tangkai cili padi (diketuk)
• Serbuk lada sulah
• 1 sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan 1/2 cawan air suam)
Ads
CARA MEMBUAT MI
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan mi. Kemudian masukkan telur ayam.
2. Goreng mi sehingga kekuningan. Kemudian masukkan ke dalam pinggan dan ketepikan.
CARA MEMBUAT KUAH
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan keperangan.
2. Masukkan ayam, udang dan sotong. Kacau sehingga masak.
3. Masukkan air, garam, gula dan sos tiram. Biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan semua sayur, cili padi, lada sulah dan bancuhan tepung jagung. Kacau selama 2 minit dan angkat.
5. Tuangkan kuah ke atas mi kungfu tadi.
6. Letakkan bahan hiasan. Sedia untuk dihidang.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Idea bento comel bekal anak ke sekolah. Sesi persekolahan penggal baru akan bermula esok.
Tentu mak-mak tengah sibuk cari idea untuk memasak bekalan untuk dibawa anak-anak ke sekolah esok.
Apatah lagi bagi anak-anak yang masih di sekolah rendah. Biasanya susahnak suruh makan. Jadi, mak-mak kena berusaha lebih untuk mencari idea untuk bekal anak.
Salah satunya adalah menyediakan bento. Ia merupakan Bento atau o-bentō adalah istilah bahasa Jepun untuk makanan bekal berupa nasi dan lauk-pauk dalam bungkusan praktikal yang boleh dibawa dan dimakan di tempat lain.
Seperti nasi bungkus, bento boleh dimakan sebagai makanan tengah hari, makan malam, atau bekal perkelahan.
Pasti anak-anak akan tertawan saat melihatnya. Anda boleh bereksperimen mengikut kreativiti masing-masing dalam menghias bento untuk anak-anak sebagai bekal ke sekolah. Tiga idea bento ini mungkin boleh dijadikan inspirasi.
1 cawan kertas kecil – untuk letak kacang panggang
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan kentang Hashbrown sehingga menjadi kuning keemasan. Ketepikan.
Kemudian ambil sekeping kentang Hashbrown dan bulatkan potongan menjadi dua acuan roda. Ketepikan.
Belah telur puyuh yang telah direbus terlebih dahulu untuk dijadikan roda. Ketepikan.
Rebus sosej ke dalam stok ayam seketika. Bila masak, ketepikan.
Kemudian gaul brokoli dan Brussel Sprout bersama sedikit mentega dan perasa dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Ketepikan.
Buah tomato dibelah dua. Separuh dihiris nipis untuk hiasan. Ketepikan.
Manakala yang sebahagian lagi, dipotong empat segi sama dan diperasakan dengan sedikit garam dan lada sulah. Panggang seketika tomato tersebut di atas kuali leper. Ketepikan.
Setelah itu, tumiskan bawang besar bersama kacang panggang di dalam kuali seketika. Selepas masak angkat dan ketepikan.
Kemudian, gandingkan kesemua bahan ke dalam bekas makanan mengikut gambar.
BENTO FETTUCHINI CARBONARA BERSAMA NUGET AYAM MINION
Untuk memasak Fetthuchini: Masukkan air ke dalam sebuah periuk, masukkan minyak Zaitun dan sedikit garam. Apabila mendidih, masukkan Fetthuchini dan biar seketika hingga masak Al dente (jangan terlebih masak). Angkat dan tos.
Kemudian panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar yang telah dicincang hingga harum baunya.
Masukkan Sosej dan Roti Daging Ayam yang telah dipotong dan perasa dengan garam secukup rasa.
Setelah itu masukkan Double Cream dan biarkan ia hingga mendidih.
Tutupkan api dan masukkan kuning. Kacau sekata.
Masukkan Fetthuchini dan gaul sebati. Ketepikan.
Untuk memasak nuget ayam: Goreng nuget sehingga kuning keemasan. Ketepikan.
Untuk menghidang, gunakan kulit sushi nori untuk jadikan cermin mata. Kemudian gunakan tomato ceri untuk membuat mata.
Masukkan Fettuchini ke dalam bento dan kemudian susun nuget ayam yang telah dibentuk menjadi Minion di bahagian atasnya.
Bagi penggemar sajian Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan pasti mengakui keenakan hidangan ini. Mudah dimasak, pedas dan tidak menggunakan banyak bahan, ia memang menjadi buruan pengemarnya. Istimewa sajian asli Negeri Sembilan tidak menggunakan bawang. Namun rasanya memang cukup padu. Nak cuba masak hari ni? Saudari Norlailanazira Mohd Agos ada kongsikan resipinya. Namun resipi yang dikongsi ini bukan resipi asli Negeri Sembilan. Beliau hanya masak stail Negeri Sembilan kerana ia tidak menggunakan bawang. Selamat mencuba!
RESIPI AYAM MASAK LEMAK CILI API ALA NEGERI SEMBILAN
BAHAN-BAHAN: Ayam secukupnya 2 batang serai – dititik 20-30 biji cili api Kunyit hidup secukupnya 1 kotak kecil santan @ santan segar – beli online disini 1-2 biji ubi kentang – beli online disini 2-3 helai daun limau purut 1-2 keping asam gelugur – beli online disini Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Basuh bersih ayam. Letak dalam kuali atau periuk yang bersesuaian. Ketuk serai dan masukkan sekali bersama ayam.
2. Kisar cili api bersama kunyit hidup. Tuang ke dalam kuali berisi ayam tadi. Masak guna api perlahan hingga air ayam keluar dan isi ayam menjadi kecut. Ini adalah rahsia kesedapan masak lemak.
3. Bila ayam sudah kecut dan sebati dengan cili api, barulah masukkan santan. Nak lagi sedap guna santan segar.
4. Seterusnya masukkan hirisan ubi kentang. Masak lagi.
5. Bila ubi kentang sudah empuk, masukkan daun limat purut dan asam gelugur. Perasakan dengan garam secukupnya.
6. Ayam Masak Lemak Cili Api ala nogori @ Negeri Sembilan sedia untuk dihidangkan.
Kudapan viral untuk minggu ini. Apa kata sediakan bahan kita buat untuk minum petang nanti, mesti berebut dibuatnya. Cekodok stick sangat mudah penyediannya bahan pun senang dapat, kalau tak nak buat stick bukan cekodok stick lah namanya hehe.. Sedap,rangup di luar,lembut di dalam, jom buat!
RESIPI CEKODOK STICK
2 cawan air*
1 ketul kiub pati ayam*
2 sudu besar minyak masak*
1 sudu kecil maggi cukup rasa*
sedikit serbuk kunyit*
2 cawan tepung gandum
Bahan2 di bawah ni didadu halus ye
1 batang sosej
1 pokok daun sup
3 tangkai cili kering ( dibuang biji)
2 hiris carrot
2 biji bawang merah
Cara2nya
Masukkan bahan yg Bertanda(*)ke dlm periuk…
Masak sehingga mendidih..
Kemudian masukkan tepung gandum,kacau dgn senduk kayu..nmpk adunan berketul2..tutup api
Sambung kacau lagi,sehingga adunan jadi doh..( Ala2 macam nk buat creampuff gitu😜)
Keluarkan doh cekodok td,masukkan dlm bekas lain..
Gaul dgn bahan2 yg di dadu..gaul sebati ( agak liat sedikit ye) gaul ala kadar je…doh dah suam2,boleh pegang dgn tgn boleh uli sekejap nk bg bahan2 dadu masuk dlm doh je..
Bulat2kan doh kpd 3 bahagian..(nk buat bentuk 4 segi pun boleh)
Sediakan alas utk nk gelek adunan..& sekeping plastik utk alas bahagian atas doh..
Ambil seketul doh,lapik plastik atas doh..gelek sehingga leper..( jangan nipis sangat)
Potong & kemaskan bahagian tepi sehingga jadi bentuk segiempat
Potong memanjang,kemudian gentel @ gelek dgn kedua2 belah jari,sehingga jadi macam keropok lekor..
Ulang sehingga doh habis
Panaskan minyak yg banyak di dlm kuali,
Apabila minyak dah betul2 panas..goreng sehingga masak
Nak jimat dan tetap rasa sedap? Cuba resipi beef prosperity burger homemade dengan sos blackpepper pekat dan daging juicy. Mudah, berbaloi dan sesuai untuk satu keluarga!