Menu bakeri dan pastri dari Hotel Armada PJ ini memang cukup popular. Dibuat khusus atas permintaaan majalah RASA. Chef Chong See Yee dan rakannya Chef Chin Yee Chia berjaya meneroka pastri baru di antaranya dengan menghasilkan bombolini iaitu donut Itali yang popular dan Cronut gabungan donut dan croissant.

Inspirasi Donut Alaf Baru…Cronut dan Bombolini , Hotel Armada PJ

Kalau nak tahu Cronut dicipta di Dominique Ansel Bakery. New York, Amerika Syarikat pada tahun 2013 oleh pemilik bakerinya Dominique Ansel. Dan kini sangat popular di merata dunia.

CRONUT

Inspirasi Donut Alaf Baru…Cronut dan Bombolini , Hotel Armada PJ

BAHAN-BAHAN :

Bahan doh cronut:

IKLAN
  • 150ml susu segar
  • 10gm yis kering
  • 50gm mentega
  • 35gm gula
  • 350gm tepung roti
  • 6gm garam
  • 1 biji telur

Bahan lapisan cronut :

  • 100 gm pastri marjerin | dicanai nipis

Bahan inti cronut (coklat ganache):
150gm coklat masakan
100gm krim putar
10gm mentega

CARA MEMASAK :
Membuat inti :
1. Panaskan krim putar sehingga mendidih sedikit
2. Tuang ke atas coklat dan kacau hingga sebati
3. Masukkan mentega dan sebatikan
Membuat cronut :
1. Masukkan tepung, yis, gula, telur dan garam. Gaulkan hingga sebati.
2. Masukkan susu segar dan uli lama 5 minit sehingga menjadi doh.
3. Masukkan mentega ke dalam doh tersebu dan uli sekali lagi selama 7 minit.
4. Rehatkan selama sejam.
5. Setelah itu mulai memproses lapisan demi lapisan cronut dengan membuat lipatan antara doh dengan mentega tawar yang dilakukan berulang.
6. Bentukkan menjadi doh bersegi, giling hingga tipis dan kemudian sapukan mentega di atas permukaan doh tepat di tengah-tengah dan lipatkan balik dan canai hingga mentega tertutup rapat.
7. Canaikan dan lipat berulang-ulang sampai mentega dan doh tercampur dan membentuk lapisan-lapisan.
8. Masukkan doh dalam peti sejuk seketika
9. Seteleh dikeluarkan dari peti sejuk. mulai menerap dan membentuk bulat doh dengan acuan donut.
10. Panaskan minyak penuh dalam kuali dan goreng hingga keperangan
11. Paipkan coklat ganache ke dalam cronut
12. Sediakan gula yang digaulkan bersama sedikit serbuk kayu manis..Golekkan cronut dalam gula tadi.
13. Sedia untuk dihidangkan.

Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Goreng minyak penuh
Jenis masakan : Gabungan donut dan croissant
Keistimewaan : Rapuh dan garing dan rasa yang kaya bercoklat

Info Chef : Pemilik bakeri Dominique Ansel, menggunakan doh berupa pasteri  lapis atau puff (ala croissant) berinti krim dan rupanya pula menyerupai donut, yang dikenali sebagai cronut. 

IKLAN

BOMBOLINI

Inspirasi Donut Alaf Baru…Cronut dan Bombolini , Hotel Armada PJ

BAHAN-BAHAN :

Bahan doh :

IKLAN
  • 250gm tepung roti
  • 110ml susu segar
  • 1 biji telur
  • 60gm mentega
  • 35gm gula
  • 15gm yis kering
  • 2 gm garam
  • 2 biji kuning telur

Bahan untuk inti (krim kastad) :

  • 100ml susu segar
  • 1 biji kuning telur
  • 20gm gula halus
  • 9gm tepung jagung
  • 1ml esen vanila
  • 30gm krim putar (whipping cream)

CARA MEMASAK :
Krim kastad :
1. Didihkan susu di dalam bekas, atas api yang sederhana.
2. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk dan satukan dengan kuning telur dan gula, kacau hingga sebati.
3. Campurkan tepung jagung dan terus kacau hingga sebati
4. Tuangkan larutan susu mendidih tadi ke dalam campuran di dalam mangkuk tadi. Biarkan masak hingga pekat.
5. Biarkan kastad sejuk sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang sejam.
6. Pukul krim putar sehingga mencapai ‘stif peak’ (bertanduk).
7. Kaup balik krim putar ke dalam adunan kastad yang telah sejuk hingga sebati.
8. Ketepikan

Bombolini:
1. Masukkan tepung, yis, dula telur dan garam. Gaullkan sehingga sebati.
2. Masukkan susu segar dan mentega. Uli sehingga menjadi doh.
3. Rehatkan selama dua jam, sehingga saiz doh naik dua kali ganda dari doh yang asal.
4. Giling sehingga nipis dan terap bentuk bulatan
5. Goreng dalam minyak panas sehingga menjadi warna keperangan.
6. Biarkan sejuk seketika. Setelah itu lubangkan bahagian tengah dan diisi dengan krim kastad.
7. Taburkan gula di atasnya dan sedia untuk dihidangkan.

Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 2 jam
Cara memasak : Goreng minyak penuh
Jenis masakan : Donut Itali
Keistimewaan : Gebu lembut dan berkrim

Info Chef : Goreng antara 5- 10 minit sahaja. Kerap dibalik- balikkan supaya masak sekata dan berwarna perang keemasan.

Terima kasih : Hotel Armada, Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, Darul Ehsan, 46200 Petaling Jaya, Selangor. www.armada.com.my

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI