Biasanya bila buat Sambal Tempoyak, anda akan guna cili padi. Tapi menerusi perkongsian saudari Fairuz Abu Hassan beliau menunjukkan cara-cara membuat Sambal Tempoyak Petai Bilis yang sedap menggunakan cili besar.
Ha…Walaupun stok cili padi tiada di rumah, masih boleh masak sambal sedap ni tau. Tak payah susah hati kalau bahan tak lengkap, masih boleh masak lagi ya. Anda semua bolehlah cuba. Pasti makan nasi bertambah-tambah.
CARA MASAK SAMBAL TEMPOYAK PETAI BILIS SEDAP
BAHAN-BAHAN: Tempoyak 8 biji cili besar – dikisar 7 biji bawang merah – dikisar – beli online disini 4 ulas bawang putih (ambil yang kecil sahaja untuk elak lebih rasa bawang putih) – dikisar – beli online disini Petai yang siap dikupas Ikan bilis yang telah digoreng – beli online disini Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Tumis bahan yang dikisar dengan minyak gorengan ikan bilis tadi.
2. Masak sampai agak-agak kering. 3. Masukkan tempoyak. Gaul sebati.
4. Masukkan ikan bilis dan petai. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
5. Masak sambal hingga pekat. Siap dan sedia untuk dihidang.
Ads
6. Jika mahukan sambal yang kelihatan berminyak, boleh masukkan lebih sedikit minyak masak sewaktu menumis.
Sambal Ikan Masin @ Ikan Keringni memang pembuka selera. Makan dengan nasi panas, boleh makan nasi berpinggan-pinggan dibuatnya. Cukup berselera walaupun hanya dengan sajian lauk yang sangat ‘simple’. Sambal Ikan Masin ni memang cukup segala rasa. Ada pedas, masam, masin dan manis. Nak buatnya pun tidaklah susah, senang sahaja. Bahan-bahan ringkas dan sentiasa ada di rumah masing-masing. Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Nooraini Ramly. Anda pasti sukakan rasanya.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Masukkan belacan, bawang merah dan gula ke dalam lesung batu dan tumbuk.
2. Kemudian, masukkan ikan kering. Masukkan terus kepala ikan kerana kepala ikan yang buat sambal berlemak.
3. Masukkan buah mangga yang dicincang halus dan akhir sekali baru masukkan cili padi.
Jika tekak Melayu, tak ada stok sambal di rumah memang tidak sah. Rasa tak lengkap je bila makan. Selain sambal belacan, terdapat pelbagai lagi sambal homemade yang mudah dan sedap. Malah cara penyediaannya pun ringkas. Jadi, bolehlah pakat cuba. Cikgu Afy Al Habibi ada kongsikan resipi-resipinya.
Oh ya…Pasti ramai yang ragu-ragu untuk buat stok sambal ini kerana bimbang tidak tahan lama. Cikgu Afy berpesan, ada petua supaya stok sambal yang dibuat tahan lama tanpa kulat atau rosak. Caranya ialah guna sudu kering dan bersih setiap kali mengambil sambal. Beliau sendiri telah amalkan petua ni sekian lama. Memang menjadi. Jadi, cubalah!
KOLEKSI RESIPI STOK SAMBAL HOMEMADE PALING SEDAP
1. SAMBAL BELACAN MENYENGAT
BAHAN A: 2 genggam cili padi merah & cili padi hijau *2 biji bawang merah (saiz bola ping pong) *1/4 bawang Holland – beli online disini *1 biji tomato saiz kecil *1 ulas bawang putih *2 inci belacan – beli online disini (bahan bertanda (*) dibakar atas pan terlebih dahulu)
BAHAN B: 3 sudu makan cuka – beli online disini 1/2 sudu teh garam – beli online disini 2 sudu makan gula – beli online disini Secubit dua MSG Sedikit air masak (jangan letak banyak. Nanti cair sangat) Garam dan gula secukup rasa
BAHAN C: 1-2 hiris limau nipis
CARA MEMASAK: 1. Masukkan bahan A ke dalam pengisar bersama bahan B. Kisar hingga lumat. 2. Tuang ke dalam bekas dan perah 1-2 hiris jus limau nipis. Sebatikan. 3. Sedia untuk dinikmati.
CARA MEMASAK: 1.Goreng cili padi dan bawang putih seketika. Tujuannya supaya sambal kicap lebih sedap dan tahan lama. Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa digoreng.
2. Setelah layu, masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
3. Tambahkan kicap lemak manis. Kuantiti kicap adalah menutupi paras bahan tadi.
4. Tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.
5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, tambahkan kismis dan bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.
6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
CARA MEMASAK: 1.Gorengkan bahan-bahan A untuk seketika. Cili perlu digoreng asing dengan bahan-bahan lain. Setelah siap digoreng, sejukkan seketika. 2. Masukkan semua bahan yang digoreng tadi ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untyk melumatkan bahan. Simpan juga 1 genggam bilis goreng untuk ditabur dalam sambal selepas ini. 3. Panaskan kembali minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga sedikit garing. 4. Masukkan lebihan ikan bilis goreng. Biarkan sambal dimasak dengan api perlahan. 5. Perasakan sambal dengan nise @ gula melaka, gula, garam bukit dan secukup rasa. Kuantiti terpulang kepada cita rasa sendiri.
6. Masak kira-kira 30-45 minit dalam api perlahan. Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak sepenuhnya.
BAHAN B: 5 biji limau kasturi 2 biji limau nipis – perah jusnya. Asingkan biji 5 tangkai cili padi hijau 5 tangkai cili padi merah
BAHAN C: 1 1/2 gelas air asam jawa.(segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air) 1 sudu makan garam bukit – beli online disini 1/2 sudu makan gula perang – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Belah dua bahan A kecuali belacan. Bakar dalam kuali non-stick. 2. Masukkan ke dalam pengisar bersama bahan B. 3. Tambahkan air asam jawa.Boleh kurangkan jumlahnya mengikut kepekatan sambal yang diingini. 4. Masukkan juga garam bukit dan gula perang. Kemudian kisar selumatnya. 5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
CARA HIDANGAN UNTUK KESEGARAN AIR ASAM YANG BERPANJANGAN
5. SAMBAL JANTAN POWER
BAHAN-BAHAN:
2 genggam cili padi merah 2 sudu makan gula – beli online disini 3/4 sudu kecil garam – kuantiti rasa boleh ditambah@dikurangkan mengikut citarasa sendiri. Cuka secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan ke dalam bekas pengisar. 2. Cuka sukatannya adalah hingga paras 1/2 dari sukatan cili dalam blender. Boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka. 3. Kisar semua bahan hingga lumat. Biarkan sambal selama 1-2 hari sebelum dimakan supaya rasanya lebih sedap.
Ketahui bagaimana santan pekat, santan cair, kelapa putih, kelapa coklat dan kerisik memainkan peranan penting dalam masakan Melayu. Panduan lengkap ini membantu anda memahami bahan dengan tepat.