Sambal telur hancur adalah lauk paling senang nak dimasak ketika dah tak ada idea nak masak apa. Rasanya pedas dan cukup berperisa. Boleh dimakan dengan nasi panas mahupun lempeng. Boleh juga dimakan dengan roti.
SAMBAL TELUR HANCUR
BAHAN TUMIS
Minyak masak untuk menumis
3 labu bawang merah (mayang kasar)
BAHAN KISAR
10 tangkai cili kering (gunting & rendam air panas )
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
BAHAN PERASA
1/2 kiub ikan bilis
Garam
Gula
BAHAN LAIN
4 biji telur ayam
1 sudu bawang goreng (optional)
CARA MEMASAK
1. Panaskan sedikit minyak.
2. Tumis bawang merah.
3. Masukkan Bahan Kisar dan tumis sampai terbit minyak. Gunakan api sederhana.
4. Sambal sudah garing boleh masukkan kiub ikan bilis, garam dan gula.
5. Kecilkan api bila sambal sudah terbit minyak. Tumis dalam 4 minit lagi.
6. Bila sambal garing, masukkan telur. Kacau telur perlahan dengan api sederhana.
7. Sudah masak boleh taburkan dengan bawang goreng.
Selamat mencuba!
INFO:
- Boleh juga campur tomato, basil, asparagus, terung pipit, kentang dan sebagainya ( ikut kreativiti anda)
- Jika sambal ada lebihan, esok campak dalam kuali dengan nasi dan ikan bilis garing, Sudah jadi NASI GORENG SEMPOI.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Sue M Shauhki
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri Colek Buah & Serbuk Colek Macam Dekat Thailand. Mudah Je!
Sedapnya kalau dapat makan Colek Mangga Muda, buah jambu,nanas atau sebagainya. Sangat mengiurkan. Biasanya kalau buat kuah colek atau rojak ni, kita guna gula, asam jawa, kicap, cuka, belacan dan beberapa bahan lain. Pernah tak cuba kuah colek Thailand? Kalau belum cuba, saudari Fia Sofia ada kongsikan cara-caranya. Sia pada resipi serbuk colek Thai lagi. Best kan? Jangan lupa simpan resipinya. Dijamin tidak menyesal kalau cuba nanti.
RESIPI COLEK BUAH & SERBUK COLEK THAILAND
RESIPI COLEK THAILAND
BAHAN COLEK THAI:
1 cawan air
6 ketul gula melaka / manisan kelantan – beli online disini
Sedikit belacan – beli online disini
1 sudu makan garam halus – beli online disini
1/2 – 1 sudu makan sos ikan – beli online disini
4 biji bawang merah – hiris halus – beli online disini
Udang geragau kering / udang baring secukupnya – beli online disini
Cili padi secukupnya – ikut citarasa masing-masing
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dan gula melaka ke dalam periuk. Masak sampai mendidih.
2. Kemudian masukkan belacan, garam dengan sos ikan. Kacau sebati dan tutup api.
3. Seterusnya masukkan semua bahan-bahan lain seperti udang kering, hirisan bawang merah dan juga cili padi. Kacau sampai sebati.
4. Biar kuah colek sejuk terlebih dahulu sebelum dicicah dengan apa-apa jenis buah.
RESIPI SERBUK COLEK THAILAND
BAHAN-BAHAN:
3 biji cili padi merah
4 sudu makan gula – beli online disini
1/2 sudu makan garam – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Buang biji cili padi kemudian tumbuk halus.
2. Masukkan gula dan garam. Gaul hingga sebati.
3. Serbuk colek Thailand sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Fia Sofia
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ayam Goreng Serai Thai Sedap (Thai Lemongrass Fried Chicken)
Makan Licin Sampai Ke Tulang. Resipi Siakap Sambal Kicap Pedas Thai Ni Memang Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Sambal Belacan Sedap, Mudah Buat & Tahan Lama.
Ramai yang suka makan sambal belacan tapi tak tahu cara nak hasilkan sambal yang sedap. Jika google resipi, tentunya terlalu banyak yang ada. Jenuh pula nak tengok satu-satu kan? Min ada terjumpa satu resipi Sambal Belacan perkongsian saudari Cik CA. Nampak mudah dan sedap. Persis resipi dan cara orang tua dulu-dulu. Bagi anda yang nak cuba, boleh share resipi ni.
SAMBAL BELACAN SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 4 ulas bawang merah saiz 50 sen ( kalau saiz besar bawang bombay, guna 2 biji dah cukup )
- 2 ulas bawang putih
**( Alirkan @ basuh bawang bawah air paip sekejap, belah dua dan bakar atas pan sampai perang.Bawang merah tak perlu kupas sebab bahagian yang sebelah tu tebal jadi ambik masa lama sikit untuk masak.Takpa bagi hangit kulit tu. Nanti nak kisar baru kupas. Tak perlu basuh dah)
- 1 inci belacan bakar juga ( alirkan bawah air juga sebelum bakar )
- 5-6 biji cili merah besar
- 9-10 biji cili padi hijau thai – buang tangkai
- 3 sudu makan gula putih
- 2 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk perasa
- 2 sudu makan cuka
- 9-10 biji limau kasturi saiz kecik ( kalau saiz sederhana besar guna 6/7 biji sahaja)
- 1 sudu makan gula perang – untuk cantikkan sambal
CARA MEMASAK:
1. Potong cili, alirkan bawah air sekejap sambil gosok dan tos biar kering.Boleh lap dengan tisu juga. Itu tips juga nak bagi sambal sedap.
2. Dalam pengisar,masukkan bawang bakar, gula, garam, gula perang, air perahan limau kasturi, belacan,bawang putih dan tapis ketika perah limau kasturi untuk elak biji masuk.
3. Lepas tu kisar bagi lumat atau hingga dapat tekstur yang anda mahu.
4. Kemudian barulah masukkan cili bersama 1 1/2 biji kulit limau kasturi ( tanpa sebarang biji dan tangkai). Kisar ikut tahap lumat yang andaCA suka 80-85% lumat je.
5. Seterusnya tabur parutan kulit limau kasturi yang diparut daripada 3 biji yang diperah tadi (kalau suka.) Lepas tu boleh rasa sambal dan ubahsuai rasa ikut citarasa masing-masing.
6. Simpan sampan dekat luar semalaman. Esok baru simpan dalam peti dan mula makan.Makin lama makin sedap rasa sambal ni.
SILAKAN SHARE TAK PERLU MINTA IZIN YA. CA HALALKAN.
INFO DARI CIK CA:
- CA sekeluarga ni jenis hantu sambal belacan. Sekali buat stok tu dia. Buat cicah dengan ikan sardin goreng,ulam. Aduhhh pekat kaw. Makan dengan semua benda sambal ni.
- Tak guna air kosong masa kisar sambal. Air hanya dari air bawang, cuka, air asam limau kasturi.
- Sambal dalam gambar ni CA buat 5 kali ganda sukatan. Kalau nak buat banyak, gandakan sahaja sukatan di bawah. Sambal ni pedasnya level rendah sebab guna cili merah besar banyak dari cili padi hijau thai.
- Sambal ni tak perlu tumis ya. Memang warnanya cantik macam tu sebab ia akan masak sendiri perlahan-lahan hasil air perahan limau. Makin lama makin sedap rasanya.
- Resepi CA bgi ni untuk 1 sukatan senang nak buat sikit. CA buat dalam gambar tu 5 kali ganda .
Kredit resipi & foto: Cik CA
3 Gaya Masak Omelet Kreatif & Pasti Kaw…
Di rumah kalau ada banyak lagi telur, mulalah tangan ni nak menggoreng.Buka freezer ada pulak sosej, daging, keju dan sayur. Wah, bila dimasuk dalam bancuhan telur, punyalah sedap rasanya..
Omelette atau telur dadar disebut orang kita, makin sedap bila dicampur pelbagai perencah tambahan menjadikan ia makanan paling berkhasiat, namun kosnya murah aje.
Ni min kongsikan tiga resipi Omelet yang pasti anda puas hati. Cubalah ya.
OMELET SOSEJ DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN :
- ½ bahagian mi *mi telur kerinting
- 3 biji telur
- 2 sudu makan tepung gandum
- 4 sudu makan susu cair
- 1 keping smoke beef @ daging salai | dihiris
- 1 tangkai daun bawang | dihiris halus
- 1 ½ batang sosej | sekitara 1.5sm
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
- Serbuk perasa stok cendawan secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Rebus mi (jangan terlalu lembik), potong pendek dan ketepikan.
2. Larutkan tepung gandum dengan susu cair, dan kacau sampai tidak berketul.
3. Masukkan telur, daging smoked beef, daun bawang, garam, serbuk stok cendawan, kacau sebati
4. Masukkan mi dan kacau rata.
5. Tuangkan ke dalam kuali bulat saiz kecil (bertangkai), masukkan sosej di tengahnya.
6. Masak dengan api kecil dan tutup.Angkat dan hidangkan
Kredit : FB :Resep Makanan
OMELET TELUR SAYUR DAN DAGING
BAHAN-BAHAN :
- 2 sudu makan minyak sayur
- 1 ulas bawang putih | dicincang
- 30gm bawang Bombay | dicincang
- 200gm daging lembu | dicincang
- 100gm terung ungu | dipotong
- 1 biji tomato | dibelah-belah
- 1 sudu teh daun parsli | dicincang
- 1 sudu makan sos tiram
- ½ sudu teh serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
- 2 biji telur | dipukul hingga berbuih
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang Bombay hingga layu.
- Masukkan daging cincang, masak dan kacau sehingga keperangan.
- Tambahkan terung dan tomato, biar masak hingga layu
- Masukkan daun parsli, garam, sos tiram, serbuk lada hitam.
- Tuangkan telur yang telah dipukul dan kecilkan api
- Tudungkan kuali sehingga permukaan omelette masak. Angkat dan sedia untuk dihidang dengan sos sambal.
FB : kumpulan resep masakan
OMELET TELUR TAUHU
BAHAN-BAHAN :
- 4 keping tahu | dihancurkan
- 5 biji telur, ukuran besar | dipukul
- 1/3 cendawan telinga kera (hitam)
- 5 biji cendawan butang | dihiris
- 2 tangkai daun bawang | dicincang
- 3 biji cili merah besar | dihiris
- 3 biji cili hijau besar | dicincang
- 4 ulas bawang putih | dicincang
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
- Serbuk perasa stok cendawan secukupnya
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK :
- Campurkan semua bahan jadi satu sehingga tercampur rata
- Panaskan minyak di dalam kuali.Masukkan campuran bahan omelette
- Masak dengan api kecil dan tutup kuali agar masak rata.
- Apabila bahagian bawah omelette yang sudah masak dan terbalikkan.
- Jika takut terkoyak angkat dan terbalikkan ke atas pinggan terlebih daulu. Setelah itu dimasukkan balik dalam kuali.
- Biarkan memasak dengan api kecil, dan biarkan masak rata
- Saji semasa hangat dan sedap diratah begitu sahaja. Saiz hidangan 6-8 bahagian.
Resipi :@banususanto
Fb :Makan Makan Enak