Bunga kantan memang bahan penyedap untuk masakan berkuah seperti laksa, asam pedas dan sebagainya. Tapi selain itu bunga kantan juga enak jika dijadikan sambal, antaranya sambal bilis bunga kantan.
Kalau dapat lauk ini memang, tak pandang lauk lain dah. Selain dimakan dengan nasi, boleh juga dihidangkan bersama bubur. Memang ‘meletup’ rasanya.
Resipi sambal bilis bunga kantan
Bahan-bahan
3 kuntum bunga kantan – hiris
2 genggam ikan bilis
2 senduk kecil cili kisar
1 biji bawang besar – dikisar
5 ulas bawang putih – dikisar
Gula kelapa & sedikit garam
Minyak untuk menumis
Cara memasak
1. Ikan bilis dibilas dan ditos. Renjis sedikit cuka, dan goreng. Fungsi cuka supaya ikan bilis kekal rangup.
2. Tumis cili kisar bersama bawang yang ditumbuk sampai pecah minyak dan sambal bertukar jadi warna gelap.
3. Kemudian masukkan hirisan bunga kantan, garam dan gula. Masak sampai agak kering. Rasa dan tambah apa yang kurang. Tutup api dan biarkan sambal sejuk.
4. Selepas sambal sejuk, baru masuk ikan bilis digoreng. Kacau sebati.
TIP: Pastikan sambal betul-betul sejuk sebekum masukkan ikan bilis, supaya ikan bilis kekal rangup.
Kredit resipi & foto: Nazz Mernas
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI