1. Putar marjerin dan gula hingga putih dan kembang sedikit. 2. Untuk perisa, boleh guna emulco. Untuk coklat, saya guna emulco coklat. 3. Untuk jagung, saya guna emulco, kordial jagung dan esen jagung.
*Air sukatan anggaran sahaja, jadi masukkan air sikit-sikit ikut kelembutan doh masing-masing. *Telur ikut suka nak letak pun boleh, tak nak pun tak ada masalah
(resepi ban roti untuk sukatan 250gm) 250gm tepung roti 45gm gula halus 4gm garam halus 14gm shortening 4gm yis 1gm magic improver 133ml air sejuk *Air sukatan anggaran sahaja. Jadi masukkan air sikit dulu ikut kelembutan doh masing-masing
CARA-CARA:
1. Campur semua bahan kecuali yis dan air sejuk. Putar sebati, masukkan air sejuk dan adun. 2. Kemudian, akhir sekali masukkn yis dan adun hingga elastik.
3. Bakar di dalam ketuhar sehingga masak. Bila dah masak, keluarkan dan sejukkkan. Kemudian, belah tengah roti dan letak isi krim yang telah dibuat awal tadi.
Sambal dan kerabu memang merangsang selera. Kadang-kadang nasi panas dengan dua jenis sajian ringkas ini sahaja sudah cukup menjadikan hidangan cukup menyelerakan.
Tahan lama pulak tu. Buat lebih nanti boleh simpan dalam peti sejuk. Ok jom tengok resipi yang dikongsi dari Hotel Pearl KL dan Hotel Grand Blue Wave Shah Alam. Mudah sangat .
1. SAMBAL TUMBUK BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN :
1 kuntum bunga kantan
3 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
30 gm ikan bilis (Jika suka digoreng dahulu)
10 biji cili padi
1 biji jus limau nipis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Satukan semua bahan di atas dan tumbuk menggunakan lesung batu hingga lumat.
2. Simpan di dalam peti sejuk
Saiz hidangan : 5 orang Masa memasak: 5 minit Cara memasak :Dihidang mentah Jenis masakan : Sambal Keistimewaan: Sambal ini tidak ditumis dan dihidang mentah
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama nasi putih sahaja. Jika buat lebih bakinya boleh dijadikan rencah nasi goreng bunga kantan.
2. SAMBAL JERING BERLADO IKAN TALANG MASIN
BAHAN-BAHAN :
10 biji jering /dibuang kulit dan belah dua
100 gm ikan masin talang /digoreng terlebih dahulu
Bahan dikisar:
10 biji cili merah
10 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 biji jus lemon
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak.
2. Masukkan jering dan ikan talang masin yang telah digoreng tadi.
3. Gaul sebati dan masukkan sedikit garam dan gula dan masukkan jus lemon yang telah diperah.
4. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan: 3- 4 orang Masa memasak :15 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Sambal Keistimewaan : Jangan dikisar terlalu halus, seeeloknya cili ditumbuk kasar sahaja
INFO CHEF :Pilih jering yang tua kerana rasanya lebih enak. Jering dipercayai mempunyai khasiat kesihatan dan nilai perubatan.
3. KERABU DIY MANGGA
BAHAN-BAHAN :
1 biji mangga muda /dihiris
1 batang lobak merah /dihiris
1 batang timun /dihiris
10 tangkai cili padi/ hiris halus
1 biji bawang merah /dimayang nipis
1 biji jus limau nipis
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
2 sudu makan sos ikan
1 sudu kacang tumbuk (kasar) /sudah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya
10 gm suhu /direndam lembut
Sedikit udang kering
Sedikit kelapa parut
CARA MEMASAK :
1. Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus.
2. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan lobak merah. Gaul rata. Ketepikan.
3. Satukan sos ikan, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata2 dan masukkan dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan-bahan lain. Gaul rata.
4. Tambah kacang tanah dan udang kering, gaul lagi dan sesuaikan rasa.
5. Kerabu mangga siap dihidangkan.
Saiz hidangan : 3- 4 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Gaul dan di saji mentah Jenis masakan : Kerabu Keistimewaan :Menu sihat dan sesuai untuk mereka yang berdiet
INFO CHEF : Anda boleh menambah kacang panjang, taugeh dan tomato dan sayuran lain ikut suka. Boleh dihidang sejuk.
4. KERABU DAGING SEGAR
BAHAN-BAHAN :
300 gm daging/direbus sampai lembut
1 biji bawang besar/dihiris
1 batang serai /dihiris nipis
1 biji tomato /dihiris nipis
5-7 biji cili padi /dihiris nipis
2 sudu makan sos ikan
1 biji limau nipis/perah jusnya
3 helai daun limau purut /dihiris halus
Garam secukupnya
Gula secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Hiris daging rebus nipis-nipis dengan cara melintang urat.
2. Gaulkan daging bersama kesemua bahan di atas
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan sedikit gula kerana dapat mengimbangi rasa masam dan pedas.
Pisang muda masak lemak cili api tempoyak ini adalah salah satu masakan orang dulu-dulu. Kata orang, masakan yang penuh nostalgia sangat!
Masakan ini memang sedap. Pekat elok kuahnya. Ada rasa lemak, masin dan pedas. Selain itu, aroma dan rasa tempoyak menambah kesedapan masakan. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan SuiSan Aliezsha ini ye. Makan pula dengan nasi putih panas-panas. Peh!
Orang Johor ni kalau makan goreng pisang ,karipap, popia dan lain-lain mesti lengkap dengan sambal kicapnya. Maka sambal kicap ni memang wajib ada di rumah, mudah nak menyicah nanti. Kalau mereka yang tidak biasa boleh cuba rasa. Boleh buat sendiri sambal kicap yang sedap ni.
Cinnamon roll memang sedap jadi hidangan waktu petang. Memang boleh buat sendiri tapi mengenangkan nak membuatnya kena uli doh bagai ramai yang lebih suka...