Biasanya telur masin dibuat menggunakan telur itik. Ha..Jangan tak tahu, guna telur ayam pun boleh tau. Hasilnya memang sama macam yang menggunakan telur itik. Sedap! Tengoklah kuning telur masin tu. Berminyak je. Menurut empunya resipi iaitu saudara Are Peace, untuk 30 biji telur masin telur ayam gred B ni, kos yang digunakan hanyalah lebih kurang RM10. jimat! Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
TELUR AYAM MASIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
30 biji telur ayam gred B – basuh bersih dan keringkan.
1kg garam kasar
Air secukupnya (anggaran hingga telur tenggelam)
Ads
CARA-CARA:
1. Masukkan garam kasar dan air dalam periuk. Masak hingga garam larut.
2. Padamkan api dan biarkan air garam tadi sejuk sepenuhnya. Jangan guna air garam yang masih panas kerana ia hanya akan merosakkan telur.
3. Masukkan telur yang telah dibasuh bersih ke dalam bekas bersesuaian. Sebaiknya bekas plastik yang mempunyai penutup. Tuang air garam hingga paras menenggelamkan telur.
4. Tutup bekas dan biarkan telur masin anda di tempat gelap selama 14 hari.
5. Bila dah cukup tempoh, tukar air rendaman dengan air biasa. Ia bagi mengelakkan telur terlebih masin. Kemudian bolehlah disimpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, baru keluarkan dan rebus seperti biasa.
Ads
INFO: Petua nak bagi telur kuning jadi warna oren. Masa peram pastikan simpan bekas telur di tempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Empunya resipi simpan dalam kabinet dapur.
Jika ke kedai makan atau restoran, menu tauhu telur bersama kuah pekat dan sayur ni antara yang jadi pilihan ramai. Budak-budak pun suka. Teksturnya yang lembut dan enak. Memang tak puas makan. Anda suka menu ni tapi tak tahu nak masak macam mana? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Shaiela Ehin ni.
BAHAN-BAHAN:
Tauhu telur – dipotong
1 tangkai daun bawang – dihiris
Sedikit serbuk lada hitam
1 ulas bawang putih – diketuk sedikit
Kiub pati ayam secukup rasa
1 biji telur
Cendawan – boleh dipelbagaikan dengan aneka sayur lain
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan goreng tauhu telur hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Kemudian tumis bawang putih hingga keperangan.
Masukkan air ikut sebanyak mana kuah yang anda nak. Biarkan mendidih.
Seterusnya masukkan cendawan, lada hitam dan kiub pati ayam.
Bila sayur dah masak, perlahankan api dan masukkan telur yang telah dipukul. Kacau cepat telur tadi bagi mengelakkan ia berketul-ketul.
Masak lagi kuah hingga mendidih.
Jika kurang rasa, boleh tambah garam dan perasa secukupnya.
Padamkan api dan masukkan daun bawang. Tuang kuah ke dalam pinggan berisi tauhu telur.
Bentuk dan warna makanan adalah tarikan utama seseorang itu untuk menjamahnya, bila mata tergoda, selera melonjak untuk menjamahnya. Apa lagi anak-anak mesti suka punya, Mak-mak boleh cuba buat, boleh buat bekal anak ke sekolah. Selain sedap Loli Pop ini juga berkhasiat dan sangat mudah disediakan.
LOLI POP TELUR BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
1 sudu makan mayones
Sedikit parutan lobak merah
Sedikit hirisan daun bawang
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Pecah telur dalam mangkuk dan campurkana mayones. Kacau rata.
asukkan parutan lobak merah dan daun bawang.
Tambahkan garam dan kacau lagi.
Panaskan kuali non stick, kemudian dadarkan telur hingga masak.
Keluarkan telur dadar tadi dan gulungkannya.Hiris lebih kurang 1 cm, kemudian cucukkan 3 hirisan telur pada lidi pencucuk satey seperti bentuk loli pop.
Acar rempah timun telur puyuh ni memang sedap dimakan dengan nasi tumis sperti Nasi Minyak, Nasit Tomato dan juga nasi biasa. Lagi lama disimpan lagi sedap rasanya.
Keenakkan hidangan ini bila sayur dikunyah rangup dan telur puyuh rebus lembut. Rasa rempah diseimbangkan dengan rasa masam cuka.
ACAR REMPAH TIMUN TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN
BAHAN A:
Telur puyuh (rebus dan kopek kulit)
1 biji timun – di potong jejari
1 biji lobak merah – di potong jejari
Bawang merah ros – dibelah dua
Cili merah dan hijau
3 sudu besar rempah kurma
3 sudu besar kerisik
Cuka
Garam
Gula
Biji Sawi
BAHAN-BAHAN B (DIHIRIS):
2 biji bawang merah ros
2 ulas bawang putih
1 inci halia
BAHAN-BAHAN C (DIKISAR):
3 biji bawang merah ros
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
Segenggam udang kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan-bahan hirisan hingga naik bau.
2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar (Bahan C) kemudian masukkan rempah kurma. Tumis hingga garing.
3. Masukkan sedikit air dan kerisik
4. Masukkan semua bahan-bahan utama (Bahan A)
5. Perasakan dan biar hingga kuah agak pekat.
6. Akhir sekali, taburkan biji sawi
7. Siap dan boleh dihidangkan.