Anda suka makan PudingRoti? Jika ya, resipi perkongsian saudari Nurul Shafira ni antara yang paling mudah untuk dihasilkan. Nampak sedap kan? Bahan-bahannya pun tak banyak malah senang nak dihasilkan. Bolehlah cuba nanti. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Sesiapa yang suka dessert, tengok puding roti coklat ni mesti tak sabar nak rasa, lagi-lagi kalau sejuk macam dah terasa kat tekak , Sesuai sesangat ni kalau buat malam ni kemudian simpan dalam peti sejuk, tengahari esok boleh makan sebagai dessert lepas makan tengahari. Kos tak banyak, nak pun senang. Bolehlah cuba ye.
PUDING ROTI COKLAT
BAHAN-BAHAN:
5 keping roti tawar
1 liter susu coklat cair
2 bungkus agar-agar serbuk perasa coklat
1/2 bungkus coklat bar
1 biji kuning telur
200 ml air
3 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
.
1. Potong roti menjadi kepingan kecil, camapurkan dengan 800ml susu coklat. Kisar hingga halus.
2.Masukkan dua paket agar-agar serbuk dengan air, kacau rata hingga agar larut sepenuhnya. Tambahkan gula pasir.
.
3. Panaskan atas api kecil, kemudian tambahkan ke dalamnya hirisan coklat, terus kacau hingga coklat larut sepenuhnya.
.
4. Masukkan baki 200ml lagi susu coklat tadi, diikuti dengan adunan roti yang telah dikisar halus tadi. Kacau lahi.
5. Ambil satu senduk adunan masukkan ke dalam mangkuk berisi kuning telur, kacau sebati dan masukkan semula ke dalam periuk.
6. Kacau dan biarkan mereneh 1-2 minit. Tutup api.
7. Tuang dalam acuan dan biarkan sejuk sebelum sedia dihidangkan.
Pelakon kecil molek dan berbakat besar ini tampil ayu berjubah untuk sesi penggambaran Rasa Nostalgia Ramadan. Tentunya memberi lembaran baru buat Elfira kerana Ramadan kali ini lebih bermakna, diraikan bersama suami tersayang. Sebagai orang baru dalam melayari kehidupan berumah tangga pastinya hidangan dari air tangan isteri mengikat kasih sayang keduanya.
Bercerita mengenai nostalgia Ramadan, Elfira akui sangat mengujakan. “Kalau bulan Ramadan, beberapa hari sebelum raya kami akan pulang ke kampung di Kedah dan sediakan bahan-bahan memasak untuk raya. Bakar lemang, masak rendang dekat luar, kutip kayu yang kering. Semua itu kenangan sungguh bermakna.
Biasanya raya di kampung, pagi-pagi masakannya sudah berat seperti nasi dan pelbagai variasi makanan. Namun laksa Kedah seperti dessert. Walaupun nasi, rendang dan ketupat daun palas sudah ada, laksa wajib ada. Ketupat daun palas kacang soya jadi kegemaran Elfira. Perkara yang paling susah ialah nak membalutnya. Kadang boleh buat kita keliru dan kalau telalu rapat membalutnya, rasa kurang sedap.
Rendang daging tok menjadi menu yang wajib dimasak atas kayu api oleh atuk Elfira. Memasak lauk ini mengambil masa yang lama jadi Elfira akan bantu memasak dan menunggu sambil mengacau rendang tersebut panas-panas agar tidak hangit.
Kalau Ramadan biasanya kuih dibeli. “Ada banyak pilihan yang El suka. Kalau cerita pasal manisan, apa yang saya beli ialah kuih muih. El suka beli kuih bakar, tepung pelita, kuih keria, cara berlauk dan bubur.
Untuk hidangan berbuka puasa, Chef Wan menyediakan Ikan Bakar Portugis yang turut menjadi kegemaran Elfira. “Kalau tidak ada ikan besar, ikan saiz sederhana pun boleh seperti ikan siakap dan juga ikan bawal. Bawal putih atau bawah hitam pun sedap untuk dimasak sebegini.
IKAN BAKAR PORTUGIS BAHAN-BAHAN:
600g ( 1 ekor) ikan merah
1/2 sudu makan sos ikan
Gula dan garam secukup rasa
1 helai daun pisang
BAHAN SAMBAL:
4 tangkai cili merah | dibuang biji dan dikisar
8 ulas bawang merah | dikisar
1 batang serai | dihiris halus dan dikisar
1/2 sudu teh belacan
1 sudu makan serbuk cili | dikisar
4 sudu makan minyak masak
1/2 biji limau nipis | diperah jusnya
1/2 sudu makan kicap manis
Sedikit gula melaka
CARA MEMASAK:
1. Potong bahagian atas dan bawah ikan untuk isikan sambal
2. Kelar ikan agar mudah dimasak
3. Isikan sambal ke dalam bahagian ikan yang telah dipotong dan bungkus dengan daun pisang.
4. Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu 180 darjah selsius selama 30 minit.
5. Setelah masak,perah sedikit limau,sos ikan dan taburkan sedikit garam jika perlu.
Puding yang mempunyai cita rasa lemak manis memang best! Lagi-lagi kalau menggunakan merah merah seperti ini. Dengan resipi lebih kurang buat air cendol, tapi kali ini diciptakan jenis puding pula. Memang sedap!
Jom kita lihat resipinya.
PUDING CENDOL LEMBUT LEMAK MANIS
BAHAN LAPISAN SANTAN
120 gram gula pasir
1 sudu kecil serbuk vanila
1 sudu kecil garam
10 gram serbuk agar-agar
780 ml santan
2 helai daun pandan
350 gram cendol
BAHAN LAPISAN GULA MERAH
300 gram gula merah
25 gram gula pasir
1/4 sudu kecil garam
10 gram serbuk agar-agar
780 ml air
2 helai daun pandan
CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk masukkan gula pasir, serbuk vanila, gram, agar-agar serbuk, santan pekat. Gaul sebatikan tanpa buka api. Masukkan daun pandan. Barulah buka api. Kacau sentiasa.
2. Apabila santan telah mendidih dan agak pekat teksturnya, keluarkan daun pandan. Matikan api.
4. Sediakan loyang. Basahkan loyang dengan air. Masukkan cendol tadi ke dalam loyang. Gunakan sudu, buang buih-buih yang ada di permukaan.
5. Sejukkan dahulu adunan ini di dalam chiller selama 15 minit.
6. Sementara itu buat lapisan gula merah. Dalam periuk, masukkan gula merah, gula pasir, garam, agar-agar serbuk, air dan daun pandan. Hidupkan api. Kacau sehingga gula larut dalam air.
7. Masak sehingga bancuhan menjadi sedikit pekat dan gelap warnanya. Tutup api apabila air telah mendidih.
8. Tapis air gula merah tadi. Ketepikan.
9. Keluarkan adunan cendol daripada chiller. Cucuk-cucuk sedikit permukaannya dengan garpu. Perlahan-lahan, tuangkan air gula merah di atas permukaan adunan cendol. Biarkan seketika pada suhu bilik supaya sejuk sedikit air gula merah tadi.
10. Setelah sejuk, barulah masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 hingga 2 jam.
11. Keluarkan puding dari peti sejuk. Sediakan pinggan leper. Letakkan loyang berisi puding dan terlungkupkan supaya adunan keluar daripada loyang. Siap.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.