Anda suka makan PudingRoti? Jika ya, resipi perkongsian saudari Nurul Shafira ni antara yang paling mudah untuk dihasilkan. Nampak sedap kan? Bahan-bahannya pun tak banyak malah senang nak dihasilkan. Bolehlah cuba nanti. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Kalau korang suka makan Bingka Jagung, ini resipi Bingka Jagung sukatan cawan yang mudah korang nak buat sendiri di rumah. Lagi pun nak beli bingka sepotong boleh tahan harganya, kalau buat sendiri baru puas makan. Buat lebih boleh sedekah pada jiran-jiran atau bawa bekal ke pejabat.
BINGKA JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 sudu besar mentega
4 biji telur
Secubit garam
1 tin jagung krim manis
Biijan untuk hiasan
Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK: 1. Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sampai sebati. 2. Tuangkan adunan dalam mangkuk besar dan masukkan jagung krim. Gaul sebati. 3. Tuangkan dalam periuk dan panaskan atas dapur dengan api perlahan. 4. Sentiasa kacau hingga timbul wap dan sedikit kental. Tutup api. 5. Sapikan mentega dalam loyang pembakar, tuangkan aduanan tadi di dalamnya. 6. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 45 minit hingga 1 jam. 7. Setelah masak, guna api atas selama lima minit. Kemudian tutup ketuhar. 8. Biarkan sejuk baru potong dan sedia dihidangkan.
Musim buah cempedak masih lagi ada. Buah ini kalau digoreng memang sedap. Tapi jika beli, harga cempedak goreng ini memang mahal. Kebiasaannya ia dijual seketul RM1, sampai kita berkira nak beli.
Supaya puas makan dan lebih jimat eloklah beli saja cempedak sebijik dan goreng sendiri. Nak dapat cempedak goreng yang hasilnya macam peniaga tepi jalan tu boleh saja. Ikut sukatan yang dikongsi oleh Yayar Awang Noh.
Sukatan inilah yang beliau gunakan untuk berniaga gorengan sejak 20 tahun. Ujarnya bancuhan ini boleh digunakan untuk sebiji cempedak atau dua sikat pisang.
Sukatan bancuhan tepung untuk cempedak goreng
Tepung bancuhan ini yang keluarga saya buat niaga hampir 20 tahun. Jom makan petang bertemankan cempedak goreng. Untuk cempedak bancuh kena pekat sedikit dari pisang.
Bahan-bahan
2 cawan tepung beras klik sini untuk beli secara online
Suku cawan tepung gandum
1/2 sudu serbuk kunyit
Sedikit kapur makan
1 sudu besar gula
1 sudu garam
1 biji telur ayam/itik
Kelapa parut atau bijan (jika suka)
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan.
2. Gaul sebati, boleh tambah kelapa parut dan bijan ketika ini jika suka (lagi sedap).
3. Masukkan ulas cempedak ke dalam adunan dan gaul hingga bersalut rata.
4. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan warnanya. Angkat dan tos minyak, sedia dihidang.
Miang Kham, hidangan pembuka selera dari negara Gajah Putih yang sememangnya sangat terkenal. Andai ke restoran Thai, tidak sah kalau tak cuba hidangan ni. Ia berupa daun kaduk yang diisi dengan beberapa bahan sampingan dan sos, dibungkus dan dimakan begitu sahaja. Jika tidak pernah cuba, bahan-bahan isiannya seperti hirisan cili, hirisan limau nipis dan bawang kelihatan agak ‘menggerikan’ namun bila diadun dan dimakan bersama, lain pula rasanya. Memang enak! Jadi bagi yang nak cuba, boleh try resipi di bawah ini.
BAHAN SOS MIANG KHAM:
3 ketul besar gula melaka,
2 1/2 cawan air
Bahan tumbuk @ kisar kering:
1/2 cawan udang kering
1/2 cawan kacang tanah yang telah dibakar atau digoreng
1/2 cawan kelapa goreng.
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Didihkankesemua bahan di atas dengan api perlahan sehingga agak pekat dan sejukkan. (Sos Miang kham boleh tahan lama dan sebaiknya disimpan di dalam peti )
BAHAN-BAHAN MIANG KHAM
Daun kaduk | direndam sebentar dengan garam, basuh dan toskan
Kacang tanah goreng @bakar | dibuang kulit
Kelapa goreng | sebji kelapa dihiris halus, digoreng atau dibakar
Udang kering | bersihkan dan goreng seketika tanpa minyak hingga kering
Halia | dipotong dadu kecil
Bawang besar merah | dipotong dadu
Cili api | dihiris
Limau nipis | dibuang kulitnya dan dipotong dadu
CARA MENIKMATI:
Ambil daun kaduk, isikan dengan sedikit kacang tanah, kelapa goreng, udang kering, halia, bawang besar, cili api dan l;imau nipis.
Sudukan sos dengan secukupnya. Lipat dan nikmati segera.
Nikmati kelembutan ubi keledek dalam santan lemak manis! Resipi pengat ubi keledek paling sedap, mudah dan klasik untuk minum petang atau bila teringin.