Kalau suka makan sayur peria, kena cuba buat peria goreng telur pecah bersama udang ini. Memandangkan dimasukkan sekali udang, hidang satu lauk ini saja pun sudah lengkap untuk makan tengah hari atau malam. Rasanya pahit-pahit manja tapi sedap.
Resipi Peria Goreng Telur Pecah Bersama Udang
Bahan-bahan
1kg peria katak -dipotong nipis
200 gram udang -dibuang kulit
3 biji telur
1sudu besar cili kisar
Bahan kisar kasar atau tumbuk
1 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
Cara membuat
1. Rendam peria yang dipotong dalam air garam. Ramas-ramas peria dan basuh dua hingga tiga kali. Kemudian tos.
2. Panaskan minyak dalam kuali masuk bahan yang ditumbuk, kacau rata hingga naik bau.
3. Selepas itu masuk cili kisar, kacau lagi hingga pecah minyak.
4. Kemudian pecahkan telur dalam tumisan, tunggu sekejap dan barulah kacau.
5. Masuk udang, kacau kaup balik hingga rata. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
6. Akhir sekali masukkan peria, kacau rata. Bila peria sudah sedikit layu tutup api siap.
Kredit resipi: Azizah Daud
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI