Sedapnya Pepes Ikan. Kalau makan panas-panas memang nikmat. Sesuai dijadikan sajian minum petang atau sajian makan malam bagi anda yang tak suka menu berat. Pepes ni kalau beli, harganya boleh tahan. Jadi jom belajar buat sendiri guna resipi perkongsian dari saudari Azizah Haji Mohd Asah. Tak guna banyak bahan pun. Selamat mencuba!
CARA MASAK PEPES IKAN SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 kg ikan kembung @ ikan selayang – asingkan isi dan tulang.
500gm tepung ubi
1 kiub ayam
1 kotak santan kara
Secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
Daun pisang untuk membungkus
BAHAN KISAR:
4 batang serai
5-6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
Segenggam cili kering
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan-bahan kisar hingga lumat.
2. Tuang ke dalam kuali dan masukkan sedikit minyak, kiub ayam, cukup rasa, garam, gula dan santan.
3. Kacau rata dan masak semua bahan hingga pekat. Sejukkan sambal.
4. Ambil isi ikan yang dikisar dan gaulkan dengan tepung ubi.
5. Setelah sambal sejuk, campurkan dengan ikan kisar tadi. Gaul hingga isi ikan dan sambal sebati. Pepes ikan ni perlu rasa pedas-pedas manis, lebih kurang macam rasa otak-otak.
Ads
6. Letakkan 1 sudu teh adunan pepes atas daun pisang dan bungkus macam membuat kuih koci.
7. Kemudian kukus selama 20 minit. Selain kukus, Pepes Ikan ini juga boleh dibakar.
Lama pula tak rasa bengkang pandan. Kuih ni buat banyak kali pun tak pernah jemu. Rasanya lemak-lemak manis memang disukai ramai. Jika tak suka manis, kurangkan penggunaan gula.
Bengkang Pandan Bahan-bahan:
3 biji telur – kisar 3-4minit 1 1/2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 3/4 cawan gula (kalau suka manis buat 1 cawan)- BELI ONLINE DI SINI 1 cawan santan kotak kecik (saya guna KARA) 2 cawan air daun pandan 1 sudu kecil garam 2 sudu makan minyak masak Pewarna hijau (kalau air pandan tak cukup hijau)
Cara memasak:
1.Kisar semua bahan-bahan sekali dengan telur yang dah dikisar awal tadi 2.Sapu loyang dengan minyak atau marjerin, saya guna loyang 8×8. 3.Bakar 180°c selama 1jam. 4.Bila dah sejuk baru potong. Sumber : Imah Akmal
Mulut teringin nak mengunyah kek . Kalau beli pun belum tentu dapat memenuhi citarasa. Kek Span Marble susu ni tak rugi membuatnya memang nyata sedap. Mana taknya bila campuran tepung jagung, susu tepung dan susu segar bersatu. Memang lemak berkrim dan nikmat terasa.
Batuk dan rasa badan tak selesa disebabkan angin boleh mengganggu rutin harian.Cuaca sekarang ni sekejap panas dan sekejap hujan, ada kalanya membuatkan seseorang itu mudah terkena batuk. Cuaca panas yang berhabuk dan berdebu mudah menyebabkan batuk bagi mereka yang sensitif.
Makan sup ayam dengan halia yang agak banyak boleh bantu legakan batuk dan sekali gus buang angin dari dalam badan. RASA berikan resipi sup ayam halia untuk korang semua. Cubalah.
SUP AYAM HALIA
BAHAN-BAHAN
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah kecil
Rempah 3 serangkai
Minyak masak untuk menumis
3 inci halia (hiris nipis)
1 liter air
1/2 ekor ayam dipotong kecil (basuh bersih)
2 biji kentang (1 biji dipotong 4)
Garam secukupnya
Daun sup
Bawang goreng
CARA MEMBUAT
1. Bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk atau dicencang halus. Kemudian panaskan minyak masak. Tumiskan bersama rempah 3 serangkai.
2. Masukkan halia. Tumis lagi sampai naik bau harum.
3. Masukkan air dan ayam. Biarkan mendidih.
4. Masukkan kentang dan garam. Biarkan mendidih lagi.
5. Setelah masak, matikan api. Letakkan daun sup dan bawang goreng.
Resipi Udang Sambal Kantan yang padu, beraroma dan menggoda selera! Gabungan udang galah segar, bunga kantan, dan kuah sambal pekat menjadikan hidangan ini lauk kampung yang wajib dicuba.