Teringin nak makan kek? Anda patut cuba Parmesan Cheese Cake ni yang gebu dan lembut ni. Sekali makan, pasti nak lagi. Lebih-lebih lagi bila makan panas-panas, memang tak cukup satu. Nak lagi enak, gunakan keju Perfect Italiano Parmesan untuk menambah rasa kek anda. Jom cuba.
PARMESAN CHEESE CAKE
Bahan-bahan:
4 biji telur
½ cawan gula
40gm minyak masak
40gm Fernleaf Susu UHT
100gm keju Perfect Italiano Parmesan
110gm tepung naik sendiri
Cara Memasak:
Pukul gula dengan minyak hingga sebati.
Masukkan telur dan pukul hingga kembang.
Tambahkan Fernleaf Susu UHT, keju Perfect Italiano Parmesan dan tepung naik sendiri. Gaul rata.
Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 160°C selama 15 minit.
Hidangan pencuci mulut paling sedap sewaktu berbuka tentunya Cheesekut. Memang sedap dimakan sejuk-sejuk. Mudah nak buat, tak perlu bakar atau kukus. Kalau buat guna Anchor Cream Cheese, memang bertambah padu. Untuk lebih berlemak, boleh tambah Anchor Cheddar Cheese Slices dan Anchor Unsalted Butter. Sebagai pelengkap, nikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango.
CHEESEKUT
Bahan-bahan:
250gm Anchor Cream Cheese
½ paket biskut kering | merry/biskut petak
½ tin susu pekat manis
5 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
100ml Fernleaf Susu UHT
80gm Anchor Unsalted Butter
Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango
Biskut hancur | untuk hiasan
Cara Memasak:
Campurkan cream cheese, Anchor Unsalted Butter, susu pekat manis, Fernleaf Susu UHT dan Anchor Cheddar Cheese Slices hingga sebati.
Susunkan biskut yang telah dicelup dengan susu di dalam loyang, lapiskan dengan adunan keju tadi.
Ulang langkah yang sama hingga biskut habis. Pastikan lapisan atas sekali adalah adunan cream cheese. Taburkan biskut hancur di atasnya.
Sejukkan di dalam peti sejuk selama dua jam sebelum makan.
Enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango.
Sedapnya Makaroni Bakar Berkeju ni. Jika anda penggemar hidangan ini, resipi ni wajib anda cuba. Tak banyak bahan digunakan dan cara penyediaannya juga mudah. Sesuai untuk anda yang sukakan resipi ringkas, mudah dan sedap. Anak-anak dan suami pasti suka. Jangan lupa gunakan Chesdale Topping untuk hasil yang lebih enak.
Tumis daging bersama bawang putih sehingga daging masak.
Masukkan puri tomato, mixed herbs dan garam bersama Fernleaf Susu UHT.
Masukkan 4 keping keju Chesdale Topping untuk memekatkan kuah dan masukkan makaroni. Gaul sebati.
Tuangkan makaroni tadi ke dalam baking tray, letakkan 8 keju Chesdale Topping untuk topping dan bakar pada suhu 170°C selama 15-20 minit atau sehingga keju mencair.
Resipi Pepperoni Cheesy Pizza ni nampak mudah dan sangat sedap. Toppingnya pun ringkas saja. Ada kepingan pepperoni dan lelehan keju yang sempurna. Anak-anak memang suka pizza simple begini. Nak lagi best, guna keju Perfect Italiano Mozzarella dan Perfect Italiano Perfect Pizza. Si kecil anda pasti makan tak henti. Lebih enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry.
PEPPERONI CHEESY PIZZA
Bahan-bahan:
4 keping roti wholemeal
4 sudu besar puri tomato
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar mixed herbs
100gm pepperoni
80gm Perfect Italiano Perfect Pizza
80gm Perfect Italiano Mozzarella
Cara Memasak:
Gaulkan puri tomato, sos tomato dan dry herb di dalam mangkuk. Perasakan untuk menyedapkan lagi rasa.
Sapukan sos pada roti, taburkan keju Perfect Italiano Mozzarella dan keju Perfect Italiano Perfect Pizza lalu letakkan pepperoni di atasnya.
Bakar dalam air fryer pada suhu 160°C selama 10 minit atau sehingga keju perang.
Hidangkan bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry.
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!