Anak-anak rajin membeli dekat foodpanda,memang lari bajet kalau hari-hari memesan dari sini. Antara yang menjadi kesukaan anak-anak ialah ayam KFC , pizza dan lain-lain. Jom hari ini kita buat menu nasi butter ala-ala KFC dan ayam panggang ala-ala Dominos, pasti berebut makan anak-anak nanti. Jimatkan poket. Mudah dan memang menjilat jari sedapnya.
Ayam Panggang Ala-ala Dominos Madu Bahan-bahan: 8-10 ketul ayam 8-10 2 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos tomato 2-3 sudu besar sos cili 1 sudu besar lada hitam( tumbuk) 4-5 ulas bawang putih( tumbuk) 2-3 sudu besar madu Minyak sikit Gula dan garam secukupnya 2 sudu besar serbuk cili 1 sudu besar butter
Cara memasak: 1.Cairkan butter dan masak semua bahan tadi. Kecuali minyak. 2.Dah suam boleh lumur pada ayam dan perap semalaman ya. Letak minyak sikit. 3.Bakar dalam pemanggang ajaib atau airfryer 180’c 30minit. Ikut korang nak garing tahap mana. 4.Setel. Boleh makan dengan nasi butter ala-ala KFC tu.
Ads
Nasi butter Ala Ala KFC
Bahan-bahan:
3 pot beras ( untuk 4 -5 orang makan) 1 sudu butter-BELI ONLINE DI SINI 3 ulas bawang putih ( hiris halus) 1 biji bawang merah 1 cawan susu segar-BELI ONLINE DI SINI 1 kiub ayam-BELI ONLINE DI SINI 1 inci halia 3 cawan air + 1 cawan susu fresh milk Air ni ikut pada beras masing-masing. Tapi dah letak susu, jangan letak air banyak pula. Nanti lembik jadi bubur nasi butter korang.
Cara memasak:
1.Cairkan butter atas kuali, masukkan bawang putih. Dah kekuningan masukkan bawang merah. 2.Masukkan susu. Biarkan 3 minit. 3.Didih, masukkan halia dan kiub ayam. 4.Semua dah sebati , goreng sekejap beras hingga sebati. Tutup api. 5.Masukkan bahan tadi dalam rice cooker. 6.Curahkan air + susu, kacau dan biarkan sampai masak.
Batuk dan rasa badan tak selesa disebabkan angin boleh mengganggu rutin harian.Cuaca sekarang ni sekejap panas dan sekejap hujan, ada kalanya membuatkan seseorang itu mudah terkena batuk. Cuaca panas yang berhabuk dan berdebu mudah menyebabkan batuk bagi mereka yang sensitif.
Makan sup ayam dengan halia yang agak banyak boleh bantu legakan batuk dan sekali gus buang angin dari dalam badan. RASA berikan resipi sup ayam halia untuk korang semua. Cubalah.
SUP AYAM HALIA
BAHAN-BAHAN
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah kecil
Rempah 3 serangkai
Minyak masak untuk menumis
3 inci halia (hiris nipis)
1 liter air
1/2 ekor ayam dipotong kecil (basuh bersih)
2 biji kentang (1 biji dipotong 4)
Garam secukupnya
Daun sup
Bawang goreng
CARA MEMBUAT
1. Bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk atau dicencang halus. Kemudian panaskan minyak masak. Tumiskan bersama rempah 3 serangkai.
2. Masukkan halia. Tumis lagi sampai naik bau harum.
3. Masukkan air dan ayam. Biarkan mendidih.
4. Masukkan kentang dan garam. Biarkan mendidih lagi.
5. Setelah masak, matikan api. Letakkan daun sup dan bawang goreng.
Bihun goreng memang jadi kegemaran ramai. Dapat pula bihun goreng yang enak rasanya. Terkenang zaman atuk nenek kita dulu, masak simple seperti bihun goreng ni memang bertambah makan. Mungkin air tangan orang lama lain macam sedapnya. Jom kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Mohd Shukur Mohd Shukur ni. Khabarnya ia juga resepi dari arwah tok neknya. Jomlah kita cuba
BIHUN GORENG UDANG KERING
BAHAN-BAHAN:
1 paket bihun (rendam air biasa)
1 paket kecil udang kering
3 biji bawang rose*
2 ulas bawang putih*
4 biji cili kering*
Belacan bakar (sikit saja)*
Asam Jawa (Agak besar duit 20 sen)*
12 sudu teh gula
2 sudu teh MSG
½ sudu teh × 7
1/2 sudu teh serbuk kunyit*
CARA MEMASAK:
Bakar belacan.
Kisar bahan yang bertanda*sampai hancur (air jangan banyak)
Goreng udang kering dalam minyak. Bila agak masak, masukkan bahan-bahan kisar tadi. Tumis sampai naik bau.
Masukkan perasa, tumis seketika lagi. Bila nampak pecah minyak baru masukkan bihun.
Kacau sebati bihun, buka api slow untuk dapatkan hasil bihun tak hancur. Biar bihun jadi lembut sendiri. Kalau perlu hanya masukkan sedikit air. Nak tahu bihun dah masak elok, kita akan nampak asap di permukaan atas bihun.
Macam mana, dah tonton Rasa Anak Emak Anak Bapak episod 11 bersama Bell Ngasri bersamanya babanya; Hj Ngasri Sain tadi? Memang lucu dan menghiburkan kan? Ada sahaja idea Bell untuk mengenakan ayahnya.
Rupanya sajian Tomyam merupakan hidangan kegemaran Hj Ngasri. Simple sahaja menunya. Walaupun hanya guna pes tomyam segera, tapi kalau silap campur bahan tanpa sukatan yang betul, memang tak menjadi masakannya. Nasib baik Bell ni boleh masak. Sedaplah juga walaupun pada awalnya si ayah agak ragu-ragu.
Nak cuba masak menu Tomyam Merah resipi Bell Ngasri ni untuk ibu bapa dan keluarga tersayang? Jom lihat resipi di bawah.
RESIPI TOMYAM MERAH CAMPUR POWER
BAHAN-BAHAN:
1.5 liter air – lebihkan jika guna banyak bahan
5-6 ekor udang- bersihkan
3 ekor sotong – bersihkan & hiris
400gm isi dada ayam – hiris nipis
1/2 biji bawang besar – hiris
1/2 batang lobak merah – hiris
2 batang serai – dititik
1 inci lengkuas – dititik
3 helai daun limau purut
10 tangkai cili padi
2 biji tomato – hiris
1-2 biji limau nipis – ambil jusnya
1 tangkai daun ketumbar – hiris
2-3 sudu makan pes tomyam – jika suka tomyam pekat, boleh lebihkan.
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, lengkuas dan serai sehingga wangi. 2. Masukkan air dan pes tomyam. Biarkan kuah mendidih. 3. Masukkan isi ayam, sotong, udang, lobak merah, daun limau purut dan cili padi. Masak hingga ayam masak dan lobak merah lembut. 4. Akhir sekali, masukkan jus limau nipis, hirisan tomato dan perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Padamkan api. 5. Sebelum dinikmati, tabur hirisan daun ketumbar untuk menyedapkan lagi rasa tomyam.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...