Agar-agar serbuk 10g (pilih yang plain) – beli online di sini 4 cawan air 1 tin susu cair – beli online di sini 1 ½ cawan susu pekat (ikut kemanisan tekak masing-masing ya) – beli online di sini 3 ½ sudu besar tepung kastard – beli online di sini 1 sudu kecil esen vanilla Sedikit garam (untuk melemakkan rasa puding)
CARA-CARA:
1. Masukkan gula di dalam periuk dan masak sehingga cair serta menjadi keperangan. Guna api perlahan ya.
2. Tutup api dan tuang air secara perlahan-lahan ke dalam gula tadi. Kemudian buka semula api dan kacau karamel tadi sehingga larut. 3. Sejukkan karamel tadi dan baru di isi dalam bekas ya.
4. Masukkan air dengan serbuk agar-agar serta masak sehingga mendidih.
5. Campurkan susu cair, tepung kastard, susu pekat, garam serta esen vanilla kacau sehingga sebati terlebih dahulu masukkan ke dalam agar-agar. Biarkan mendidih. 6. Siap untuk dituang ke dalam bekas dan sejukkan di dalam peti ais.
Gulai ayam kalau dimasak dengan betul, memang akan jadi sedap teramat sedap. Tengok gambar pun tak terjentik urat selera nak makan. RASA kongsikan resipi daripada Azira Mamat. Resipi gulai ayam yang dimasak ini memang nampak sedap sungguh. Walaupun bahan-bahan yang digunakan agak banyak, namun sangatlah berbaloi sebab warna, rasa nak harumannya pasti membuka selera
GULAI AYAM
BAHAN KISAR
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup.
BAHAN LAIN
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar cili boh
Rempah 4 sekawan
2 sudu besar rempah kari
3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
Setengah ekor ayam
Sedikit air
Gula melaka secukup rasa
1 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
2 biji kentang (dipotong dadu)
1 cawan santan
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumis cili boh, bahan kisar, rempah 4 sekawan, rempah kari dan rempah gulai cap bunga rose sehingga naik minyak. Masukkan satu demi satu bahan ni.
2. Masukkan ayam dan sedikit air.
3. Masukkan gula melaka, kerisik dan asam keping.
4. Apabila ayam telah separuh masak, masukkan kentang dan santan. Perasakan dengan garam. Siap.
.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Jika anda sukakan sandwic, resipi sandwi telur perkongsian saudari NaNie ini boleh anda cuba. Mudah dan ringkas sahaja cara penyediaannya. Kalau nak buat untuk meniaga pun boleh. Selamat mencuba!
Info: Resipi ini adalah untuk inti roti 2 paket jumbo.
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur | direbus dan dilecek
1 senduk mayones
1 sudu teh lada sulah ajishio
inti yang telah siap diadun
CARA-CARA:
1. Campur semua sekali dan gaul sebati.
BAHAN SAMPINGAN:
Tomato | dipotong bulat
Salad (Ikut suka nak guna salad pokok atau salad biji@bulat)
CARA MELAPIS:
Sapu roti dengan mentega.
Ambik sekeping roti, letakkan tomato.
Letakkan sesudu bumbu bancuhan telur dan letak atas tomato tadi. Ratakan.
Letakkan sekeping salad di atas bancuhan telur dan akhir sekali letakkan roti.
Jika anda suka makan Daging Dendeng dan Sambal Udang, anda wajib cuba resipi ini. Mungkin nampak pelik tetapi rasanya memang sedap. Resipi dari Mexico dan Itali ini memang tidak mengecewakan apabila dioleh mengikut tekak orang Malaysia. Masak pula menggunakan Keju Perfect Italiano Mexican Style dan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes, memang terliur dibuatnya.
TACO BERKEJU DAGING DENDENG
Bahan-bahan A:
Kepingan taco secukupnya
150gm Perfect Italiano Mexican Style
Cincangan daun bawang dan cili merah – untuk hiasan
Bahan-bahan B (Daging Dendeng):
800gram daging
5 batang serai – hiris
8 helai daun limau purut
1 cawan stok/air rebusan daging
1 cawan bawang goreng
4 sudu makan kicap manis
4 sudu makan kicap masin
3 sudu makan air asam jawa (cair sedikit)
2 sudu makan gula
Bahan-bahan C (Untuk dikisar):
1 cawan minyak
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
4 batang serai
Cara-cara:
Rebus daging hingga empuk (jangan buang air rebusan). Hiris daging nipis (ikut size yang disukai) lalu gaul dengan separuh kicap manis.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng daging tadi hingga agak perang. Angkat dan tumbuk daging hingga agak nipis. Ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, tambah sedikit lagi minyak lalu goreng hirisan serai hingga layu dan wangi. Ketepikan.
Kisar bahan C hingga lumat lalu tuang di dalam kuali besar. Tumis hingga bahan masak dan wangi.
Masukkan daun limau purut, serai yang digoreng lalu renehkan hingga semua bahan kisar masak sempurna.
Masukkan gula, air asam jawa, air rebusan daging, garam masin dan lebihan kicap manis. Jika perlu boleh tambah garam. Masak hingga kuah pekat dan hampir kering.
Berita gembira buat semua pencinta makanan! Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek...