Tengah cari menu berbuka ke tu? Kalau anda nak resepi sedap untuk berbuka puasa nanti, boleh buat sup siam ni. Ada budu dan ulam, fuhh boleh bertambah-tambah makannya.
Resipi yang dikongsi Ben Safwan ini sangat mudah nak buat dan sesuai untuk seisi keluarga.
SUP SIAM
BAHAN-BAHAN:
500-800gm daging lembu (rebus dengan 200ml air selama 35-40 minit dengan api kecil dan tutup periuk. Buka sikit je bagi ruang keluar. Saya guna daging lembu tempatan. Guna pressure cooker pun boleh) 500ml air kosong 1 ½ pek perencah sup siam Adabi 2 ulas bawang putih | ketuk – beli online di sini 1 batang saderi panjang 1 batang akar daun ketumbar | ketuk 4-5 tangkai daun ketumbar 1-2 tangkai daun bawang 2-3 cili Thai | ketuk ½ bawang Holland saiz besar – beli online di sini 2 biji tomato | belah 4 1 biji besar asam limau 3 sudu makan sos ikan – beli online di sini Garam Serbuk perasa Bawang goreng secukupnya
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, hirisan bawang Holland, lada Thai ketuk, akar daun ketumbar, 2/3 bahagian tomato hingga bawang betul-betul layu.
2. Baru tambah 700 ml air (air +air rebusan daging), daging rebus, daun ketumbar, perencah, sos ikan dan tomato. Buka api besar, tutup periuk dan didihkan.
3. Bila dah mendidih, perasakan ikut tekak dengan serbuk perasa, garam sikit, hirisan asam limau hingga rasa masam pedas aroma sup. Air jangan kurang jangan lebih seperti di atas untuk sukatan ini.
Sambal Hitam Pahang ini memang cukup popular di negeri Pahang Darul Makmur. Ramai yang suka makan Sambal Hitam Pahang ini terutama ketika di bulan Ramadan, sebagai pembuka selera. Kalau hendak beli boleh tahan juga harganya. Apa kata kita cuba buat sendiri mengikut resipi Koleksi Resipi Puan Sharifah Shaari
RESIPI SAMBAL HITAM PAHANG
BAHAN-BAHAN:
1 semangkuk ikan bilis, dibersih dan dicuci –BELI ONLINE 1/2 mangkuk asam belimbing (belimbing buluh) direbus 1 1/2 genggam cili padi –BELI ONLINE 2 sudu penuh gula-BELI ONLINE 1 1/2 biji bawang besar atau 5 biji bawang merah, dimayang nipis. Bawang boleh juga ditumbuk bersama cili.
Nota: Semua bahan adalah anggaran sahaja. Boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kesukaan masing-masing.
CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk cili padi dan apabila lumat masukkan belimbing dan tumbuk lagi.
2. Masukkan ikan bilis dan tumbuk manja. Jangan sampai terlalu hancur.
3. Gaul sebati dengan cili dan belimbing tadi.
4. Panaskan kuali dan tuang minyak 1 cawan dan goreng bawang hingga layu.
5. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi dan kacau. Masukkan gula. Tambah minyak kalau perlu.
6. Kacau selalu.
7. Apabila garing sedikit, angkat. Bolehlah dihidangkan bersama nasi dan lauk pauk yang lain. Selamat mencuba.
Macam-macam cara orang buat Kuih Kaswi ni, tapi ini resipi paling mudah yang dikongsikan oleh Noriza Awang Hamat dan hasilnya tidak mengecewakan. Anda yang tak pernah masak kuih ni pun boleh cuba. Bahan mudah, cara buat senang dan sukat pun guna cawan je. Tak perlu risau gagal ye, resipi penuhnya ada dikongsikan di bawah ini.
KASWI GULA MERAH BAHAN-BAHAN: AIR GULA: 1 cawan gula merah 1/2 cawan gula pasir 1 cawan air sedikit garam 1 helai daun pandan BAHAN LAIN: 2 cawan tepung gandum 1 cawan tepung ubi 3 cawan air biasa 1 sudu besar air kapur
1 mangkuk putih kelapa + sedikit garam dan kukus sekejap | untuk urap dengan kuih
CARA MEMBUAT:
Campur gula merah, gula putih, air, secubit garam dan daun pandan dalam periuk dan renehkan hingga gula larut.
Tapiskan dan jadikan 2 cawan air gula, ketepikan dan biarkan sejuk.
Masukkan air gula bersama tepung gandum, ubi, air dan air kapur dalam blender. Kisar hingga halus.
Sapukan loyang (saya gunakan loyang 9 X9) dengan sedikit minyak, kemudian tuangkan adunan tadi.
Kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan hingga masak lebih kurang 45 minit.
Setelah masak, tutup api dan biarkan kuih dalam pengukus hingga hilang wap baru keluarkan.
Setelah sejuk boleh potong dan hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan dikukus sekejap.
Telur mata sweet sour ini memang paling sesuai dimasak waktu sahur. Kebiasaannya waktu ini kebanyakan kita suka hidangan ringkas dan mudah masak.
Jadi menu telur ini memang akan kena pada tekak kita. Tapi yang risaunya lauk ringkas ini cukup sedap dan kemungkinan menambah nasi memang besar. Awas ya.
Cara buat telur mata sweet sour
Bahan bahan
5 biji telur ayam -dibasuh
10 sudu makan sos cili
2 udu makan sos tiram
1 sudu kecil serbuk perasa
1 tangkai cili merah -hiris nipis
2 ulas bawang putih -dicincang
1 tangkai cili hijau -hiris nipis
1/2 bawang merah -hiris nipis
Sedikit minyak masak
Gula
Garam
1/2 cawan air
Cara memasak
1. Basuh telur ayam terlebih dahulu kemudian goreng telur mata
2. Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
3. Masukkan bawang merah dihiris, cili merah,cili hijau dan masak sekejap. Masukkan air biarkan mendidih.
4. Seterusnya masukkan sos cili, sos tiram, serbuk perasa, garam dan gula. Kacau sebati dan rasa kuah, tambah apa yang kurang.
5. Biar kuah sedikit pekat masukkan telur mata tadi. Tutup api, sedia dihidangkan.
Tip Eksra: Cara tentukan telur elok atau busuk
Masukkan telur dalam bekas berisi air dan lihat tindak balasnya.
Jika telur yang dimasukkan dalam air terapung dipermukaan itu tandanya telur sudah lama dan busuk. Biasanya telur ni turut dipenuhi bitnik hitam.
Sekiranya telur tenggelam tapi dalam keadaan ‘menegak’ atau ”berdiri’ itu bermaksud telur sudah kurang segar. Ia masih boleh dimakan tapi perlu dihabiskan secepatnya.
Jika telur tenggelam di dasar dan dalam keadaan melintang itu bermakna telur segar.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.