Sedapnya kalau dapat makan Lepat Pisang tradisi ni. Lemak manis cukup rasa. Menerusi hantaran di grup masakan di laman sosial, saudari Shai Anne Ahemed kongsikan resipi Lepat Pisang terbaik yang boleh dicuba. Kuih tradisional ni mudah je nak buat. Sangat berbaloi untuk anda ‘try’. Cara masaknya pun cukup mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK KUIH LEPAT PISANG TRADISI YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
3 cawan pisang lemak manis – dilenyek
1 cawan gula – jika tak suka manis, boleh kurangkan ikut selera masing-masing – beli online disini
1 sudu teh garam – beli online disini
1 kotak kecil santan – boleh guna santan segar – beli online disini
1 cawan kelapa parut
2 1/4 cawan tepung gandum – beli online disini
Daun pisang secukupnya – dilayur terlebih dahulu
CARA MEMASAK:
1. Dalam bekas besar, satukan kesemua bahan (kecuali daun pisang). Adun hingga sebati dan tepung tidak berketul.
2. Ambil daun pisang yang telah dipotong, sudukan bancuhan lepat dengan secukupnya.
Ads
3. Bungkus lepat dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.
4. Didihkan air dalam pengukus, susun bungkusan lepat di dalamnya dan masak selama 40 minit.
5. Angkat kuih dan biarkan seketika hingga suam sebelum dinikmati.
Anda suka makan Popia Sira Sambal? Ni ada resipi mudah, sedap dan ringkas perkongsian saudari NoraFiza Kamarin yang boleh dicuba. Istimewanya resipi ni, sukatannya adalah untuk 50 biji popia. Sesuai sangat dijadikan sajian jamuan atau untuk jualan. Senang nak agak kalau dah ada sukatan macam ni. Jom cuba buat. Pasti puas hati.
RESIPI POPIA SIRA SAMBAL UNTUK KUANTITI 50 BIJI
BAHAN – BAHAN ( untuk 50 biji popia):
1 paket kulit popia( 50 keping)
1 biji sengkuang saiz sederhana
3 batang lobak merah saiz sederhana
2 sudu makan udang geragau
Sedikit serbuk perasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan sengkuang dan lobak merah kemudian sagat panjang-panjang.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Kemudian tumis sengkuang. lobak merah dan udang geragau. Perasakan secukupnya. Bila dah layu, angkat.
3. Tos dan sejukkan bahan tumisan tadi di dalam raga berlubang supaya lebihan air dari bahan-bahan tumis dapat dibuang. Jika inti tidak kering, kulit popia akan koyak dan tidak rangup.
4. Bila inti sudah kering, boleh mula menggulung. Sudukan inti diatas kulit popia dengan secukupnya. Pastikan tidak terlalu banyak.
5. Gulung popia jangan terlalu ketat atau padat. Sapu air pada hujung gulungan supaya gulungan tidak terbuka.
6. Panaskan minyak masak dan goreng popia menggunakan api sederhana.
7. Bila dah garing, toskan popia dan biarkan sejuk sebelum disira.
BAHAN SAMBAL SIRA ( 50 biji):
5 sudu makan cili kisar ( kisar: 10 tangkai cili kering + 1/2 labu bawang putih + air ( paras-paras bahan sahaja). Kisar halus & ambik 5 sudu makan dari bahan kisar ni.)
15 sudu makan @ 1 1/2 cawan kopi gula pasir
2 sudu makan sos cili
1 sudu teh serbuk perasa
2 sudu makan bijan
5 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis cili kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan serbuk perasa, gula, sos cili dan bijan. Kacau hingga pekat dan berbuih. Pastikan masak guna api sedang sahaja. Jangan tambah air.
3. Bila sambal sudah pekat dan meletup-letup, matikan api dan biarkan suam.
4. Bila sambal sudah suam, masukkan popia goreng dan gaul sampai rata.
5. Susun popia di dalam dulang atau talam. Pastikan ia tidak bertindan atau bertindih-tindih. Ia bagi memastikan popia kekal rangup. Bila dan sejuk, barulah boleh disusun dalam bekas.
6. Sedia untuk dinikmati.
INFO:
1. Pastikan tidak memasukkan air di dalam sambal kerana sudah ada air dalam kisaran cili.
2. Gula memang guna lebih berbanding cili. Ia merupakan tip supaya popia kekal rangup. Sos cili pula bagi menghasilkan sambal yang cantik berkilat.
3. Pastikan sambal suam atau sejuk sebelum digaul bersama popia. Ia bagi memastikan popia tidak cepat lembik.
4. Bahan inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing seperti ayam, daging, udang, kubis atau tauge. Cuma pastikan inti di tos hingga kering sebelum digulung dalam kulit popia.
Wow, sesekali nak buat kuih talam pulalah. Nampak sedap talam jagung coklat ni. Warnanya pun cantik. Melalyu facebook Rasa Share Resepi, seorang pengguna dengan nama Iedaa Jahaya telah berkongsi resipi membuat talam jagung coklat ini.
Warna kuning dan coklat memang sangat membangkitkan selera. Apatah lagi cita rasanya. Jom cuba!
TALAM JAGUNG COKLAT
BAHAN-BAHAN
200 gram tepung beras
40 gram tepung jagung
25 gram tepung kastad
400 ml santan pekat
450 ml santan cair
3 sudu besar pencelup jagung
200 gram gula halus
3 sudu besar krim jagung
CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, campur semua bahan kecuali krim jagung. Gaul sebati.
2. Tapiskan adunan. Masukkan ke dalam bekas krim jagung. Kacau sebati. Ketepikan.
3. Buat lapisan coklat pula.
BAHAN LAPISAN COKLAT
75 gram tepung gandum
40 gram tepung kastad
3 biji telur ayam
Esen vanilla
159 gram gula halus
250 ml santan pekat
400 ml santan cair
1 sudu besar serbuk coklat (bancuh dengan sedikit air panas)
CARA MEMBUAT LAPISAN COKLAT
1. Bancuh semua bahan. Tapiskan.
2. Bahagikan kepada dua bahagian iaitu lapisan bawah dan atas.
3. Masak lapisan atas dahulu.
CARA MEMASAK TALAM
1. Panaskan pengukus. Sapu minyak masak pada loyang 10 inci.
2. Masak lagi lapisan coklat untuk bahagian atas.
3. Sentiasa kacau sehingga pekat. Tutup api.
4. Tuang dalam loyang kukusan. Kukus selama 20 minit.
5. Sementara tunggu lapisan coklat atas masak, masak lapisan jagung dalam periuk.
6. Kacau sentiasa supaya adunan tidak berketul. Tutup api selepas adunan pekat.
7. Cakar-cakar lapisan coklat dalam loyang pengukus sebelum dituang lapisan jagung.
8. Kukus lagi selama 20 minit.
9. Masak lapisan coklat yang satu lagi bahagian untuk lapisan bawah.
10. Tuang atas lapisan jagung. Jangan lupa cakar dahulu lapisan jagung supaya setiap lapis melekat.
11. Kukus selama 20 minit.
12. Matikan api dan tunggu sejuk barulah dipotong.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Cara simpan cili padi ini sesuai untuk yang selalu beli tapi akhirnya terbiar lembik dan busuk dalam peti ais.Kaedah menyimpan cili padi perkongsian Mazeline...