1.Mula-mula tumiskan bawang putih. Tumiskan sampai dia naik bau.
2.Bila bawang putih dah kekuningan, masukkan cili api, chili flake dan lada hitam. Kalau suka pedas boleh gandakan jumlah cili api.
3. Semua dah garing dan wangi, masukkan susu segar. Bila susu dah mendidih masukkan keju keping. Gaul-gaulkan supaya semua rata. Kena adil dan saksama.
4. Bila keju dah cair elok, masukkan lala dalam kuali. Gaul-gaulkan biar lala masak.
Ads
5.Tuangkan dalam mangkuk cantik yang tahan ketuhar.
6. Taburkan keju mozarella dan daun bawang. Bakar dalam ketuhar 180C selama 25 minit sampai keju cair.
Bagi penggemar sajian Ayam Pandan, pasti mengetahui keenakan hidangan ini. Sebenarnya, menu ni sangat mudah disediakan secara homemade. Bahan-bahan tak banyak malah cara memasaknya pun sangatlah mudah. Tapi resipi perkongsian saudari Elaine Tanni lagi mudah! Hanya guna Pes Bihun Goreng je, anda boleh hasilkan menu istimewa ini untuk keluarga tanpe perlu kisar rempah lain. Wow… Sesuai sangatlah masak ni bila kesuntukan masa. Jom cuba!
RESIPI AYAM PANDAN AIR FRYER, GUNA OVEN PUN BOLEH
BAHAN-BAHAN:
500gm dada ayam – dibersihkan 2 bungkus Perencah Bihun Goreng segera – beli online disini 2 sudu makan minyak masak Daun pandan secukupnya Toothpick/lidi sate
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ayam dan potong kiub. Boleh dapat dalam 25 ketul asam.
2. Satukan ayam dengan Perencah Bihun Goreng dan juga minyak masak. Gaul sebati dan perap selama 3 jam.
3. Ambil daun pandan, bersihkan dan potong ikut saiz yang sesuai. 4. Ambil isi ayam dan gulung dengan daun pandan. 5. Cucuk dengan lidi supaya kemas dan daun pandan tidak terburai. Lakukan hingga habis isi ayam.
6. Susun Ayam Pandan dalam Air Fryer. Jika tiada, boleh guna ketuhar atau digoreng pun boleh.
7. Masak ayam selama 20 minit dengan suhu 180°C. 8. Selepas 10 minit, pusing ayam dan bakar lagi hingga habis masa supaya semua bahagian masak sempurna. 9. Ayam Pandan paling simple dan mudah sedia untuk dihidangkan.
Apa menu yang buat kecur liur anda? Menucolek kaki ayam air asam ni pastikan dalam list menu. Sekali makan confirm ketagih nak nikmatinya. Mudah saja buat hanya perlu seimbangkan rasa masam,manis dan masin dan pedas. Barulah kaw rasanya.
COLEK KAKI AYAM AIR ASAM
Bahan-bahan:
Kaki ayam dipotong kuku/ cuci bersih/rendam air garam kemudian basuh balik
Kaki ayam direbus (masukkan garam halia dan bawang putih) boleh masak guna periuk noxxa/ pressure cooker,masak selama 20 minit.(bila kaki ayam lembut baru sedap dimakan)
Bahan air asam:
Air asam jawa (lebihkan air asam bagi pekat,lagi padu rasanya)-beli online di sini
Kata orang makan kalau tak pedas memang tak berselera. Sebab tulah pelbagai menu kampung mesti pedas dan sambal antara menu wajib ada di meja hidangan. Sebagai perkongsian bersama, berikut dikongsikan empat menu berasaskan sambal yang sekali makan menang boleh menghabiskan dua pinggan nasi. Tak percaya korang boleh cuba.
SAMBAL TUMIS PETAI BILIS CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
200 gm ikan bilis | kopek
3 papan petai muda| kikis kulit ari dan potong dengan kulit-kulit
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
20 biji cili padi
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit ikan | ambil dari yang telah dikopek tadi
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak secukupnya, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak dan tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan hirisan bawang dan petai.
Kacau rata hingga petai berubaah warna, masukkan air asam Jawa.
Setelah kulit petai bertukar warna, masukkan ikan bilis, kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkkan api dan terus kacau hingga pecah minyak.
Tutup api dan sambal sedia dihidangkan.
SAMBAL BILIS JERING
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan | kopek
6 biji jering tua | hiris nipis
1 biji bawang besar | hiris
6 ulas bawang merah | kisar kasar
2 ulas bawang putih | kisar
1 sudu makan air asam Jawa
5 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak, angkat dan toskan.
Seterusnya goreng jering juga separuh masak, angkat dan tos.
Keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis bahan kisar bersama bawang besar hingga layu.
Masukkan pula pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan air asam Jawa, kacau seketika masukkan pula ikan bilis dan jering goreng tadi.
Kecilkan api, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah garing dan cukup rasa, tutup api.
Sambal sedia dihidangkan.
IKAN MASIN SEPAT SAMBAL CILI
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan masin | potong atau tiga setiap ekor ikan
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam Jawa
1 biji bawang besar | hiris
5 ulas bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
3 biji cili merah | kisar
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Cuci ikan masin kemudian toskan.
Panaskan minyak, kemudian goreng ikan masin (guna api sederhana) hingga garing, kemudian angkat dan tos.
Keluarkan minyak tinggal sedikit.
Tumiskan bawang besar bersama bahan kisar hingga wangi.
Masukkan pula pes cili kering bersama air asam Jawa.
Terus kacau hingga pecah minyak, perasakan dengan gula dan sedikit garam.
Setelah cukup rasa, masukkan ikan masin dan kecilkan api.
Kacau rata dan tutup api.
Ikan masin sambal sedia dihidangkan.
IKAN TALAPIA SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan Talapia | siang, cuci bersih dan tos
1/2 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
15 biji cili padi
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan yang telah dicuci bersih tadi dengan garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan hirisan bawang besar.
Kacau rata dan masukkan air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa dan timbul minyak, masukkan ikan goreng.
Tutup api dan gaul rata, kemudian ikan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nikmati Final Muzikal Lawak Superstar 2025 dengan tema “Clash of Empire”, gabungan komedi, muzik dan persembahan epik untuk tontonan keluarga. Jangan terlepas malam paling lucu musim ini!