1cawan gula *boleh dikurangkan tengok byk mana kelapa parut..
Secubit garam
Plastik @ daun pisang | untuk balut , tali
Pewarna Hijau
CARA MEMASAK :..
1. Pulut cuci dan rendam, bubuh pewarna hijau. Biarkan sejam dua.
2. Kukus pulut,letak santan cair. Biar nampak tenggelam pulut, masukkan secubit garam dan kukus sampai masak.
3. Pisang kukus sekejap sampai separuh masak sahaja.
4. Bila pulut hampir sejuk, mula lah gulungkan pisang dalam pulut. Diikuti proses membalut dan membungkus. Gunakan kreativiti sendiri.
.
Ads
.
5. Kukus balik sekejap utk memantapkn pulut..
6. Biar sejuk baru boleh dipotong.
7. Gula dimasak dgn hanya sedikit air..campur secubit garam..
8. Bila gula hancur..angkat dan gaulkan dgn kelapa parut..
9. Gaulkan kelapa parut dgn pulut pisang yg dipotong tadi..
Ads
kredit: zulhaijah mamat
FB : Resepi Hangat
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Salah satu kudap-kudapan tradisional yang sedap adalah rempeyek. Harga rempeyek sekarang ini pun boleh tahan. Sebab hendak membuatnya menuntut kesabaran tinggi. Perlu digoreng satu demi satu.
Jom lihat resipi yang RASA kongsikan ini daripada seorang ahli group facebook Rasa Share Resipi, Samsiah Hj Mat Ali.
REMPEYEK RANGUP
BAHAN-BAHAN
1 ulas bawang putih
1 biji buah keras
1/2 sb biji ketumbar
1/2 sb jintan manis
1/2 sb jintan putih
2 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk perasa
1 biji telur ayam
1 sudu besar air kapur
330 ml santan cair
500 gram minyak masak
Ikan bilis
Kacang tanah
CARA MEMBUAT
1. Dalam lesung batu, masukkan bawang putih, buah keras, ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Tumbuk lumat. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk, masukkan tepung beras. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi, garam, telur ayam, air kapur dan santan. Gaul sebati.
3. Masukkan lagi santan. Kacau lagi. Ketepikan.
4. Dalam kuali, panaskan minyak masak.
5. Panaskan sekali acuan bulat rempeyek selama 5 minit.
6. Keluarkan acuan. Letakkan bancuhan rempeyek ke atas acuan. Letakkan juga kacang tanah dan ikan bilis ke atasnya.
7. Masukkan acuan ke dalam minyak masak yang panas.
8. Goreng sehingga rempeyek timbul dan keperangan.
9. Ulang sehingga siap semua adunan. Siap!
Untuk lebih jelas, boleh tonton video di link ini.
Buntu nak masak apa di hari Isnin ni? Aha…Janganlah susah hati. RASA ada banyak resipi yang boleh anda cuba. Hari ni anda boleh cuba buat Daging Bakar Cicah Air Asam & Sup Ayam Kampung. Sedap! Cubalah. Anda pasti suka.
1. DAGING BAKAR CICAH AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
500gm daging tanpa lemak | bersihkan dan tos
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm kunyit hidup
3 batang serai
Sedikit garam dan gula ( sekadar bagi ada rasa)
BAHAN AIR ASAM:
150gm asam jawa
3cm belacan | bakar
Air suam secukupnya
1 biji bawang besar saiz sederhana | potong dadu
15 biji cili padi | dihiris halus
1 biji tomato | potong dadu
Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging dengan bahan kisar sehingga sebati dan perapkan 2-3 jam.
Panaskan ketuhar atau kuali pemanggang. Kemudian panggang hingga garing menggunakan api kecil.
Setelah cukup masak, angkat dan sejukkan.
Setelah sejuk, hiris daging nipis-nipis. Ketepikan.
Sementara itu siapkan air asam.
Bancuh asam jawa dengan air suam. Kemudian buang biji.
Tapiskan dalam mangkuk yang berisi belacan.
Hancurkan belacan kemudian masukkan hirisan bawang dan tomato.
Seterusnya perasakan dengan gula serta garam jika perlu.
Setelah secukup rasa, hidangkan bersama daging bakar.
2. SUP AYAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
500 ayam | potong kecil
1 batang seleri | hiris
1 batang daun bawang | hiris
5 ulas bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
3cm halia | kisar
2 batang serai | titik
1 liter air atau secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak zaitun dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Masukkan ayam, kacau rata, kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan kuah mendidik dan mereneh seketika.
Seterusnya masukkan serai, batang seleri dan lengkapkan rasa dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
Biarkan sup mereneh lebih kurang lima minit, kemudian masukkan hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
Sedia dihidangkan panas-panas bersama sambal kicap.
INFO CHEF: Boleh tambah aneka sayur-sayuran kegemaran anda.
Pernah cuba resipi Daging Singgang yang ditambah budu? Jika tak pernah, anda memang kena cuba. Sedap! Padanannya mudah sahaja. Nasi panas, singgang daging dan ulam-ulaman sahaja. Itu sudah boleh membuka selera. Cubalah! Anda pasti kagum dengan rasanya.
SINGGANG DAGING BUDU
BAHAN-BAHAN:
1/2kg daging | rebus hingga empuk
2 inci kunyit hidup | hiris nipis
2 inci lengkuas | hiris nipis
1 batang serai | titik
10 tangkai cili padi
1 biji bawang besar | belah enam
400ml air
1 biji tomato | belah empat
2 sudu makan budu
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan kunyit, lengkuas, serai, cili padi, bawang besar.
Kemudian masukkan daging yang telah direbus. Biar ia mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Akhir sekali masukkan tomato. Biar seketika dan tutup api.
Masukkan budu untuk memberikan aroma yang lebih enak.
Sedia dinikmati bersama nasi putih.
INFO CHEF: Jika masukkan budu, berhati-hati sebelum masukkan garam kerana budu sudah masin. Andai kurang menggemari budu, boleh diabaikan penggunaannya.