Kuih Seri Muka ni memang ada ramai peminat. Kalau beli kuih yang pulutnya lembut dan lapisan santannya lemak-lemak manis, memang puas hati. Sekeping rasa tak cukup. Ramai yang nak belajar buat kuih ni tapi beranggapan ianya susah dihasilkan. Usah risau kerana resipi perkongsian Puan Fara Bakri ni antara yang mudah untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH SERI MUKA PANDAN
BAHAN LAPISAN BAWAH (PULUT):
2 cawan beras pulut – basuh bersih
1 cawan santan
1 sudu teh garam
BAHAN LAPISAN ATAS:
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung ubi
1 biji telur
1 cawan gula pasir (kalau tak suka manis boleh kurangkan)
1/2 cawan air kisaran daun pandan
Sedikit pewarna hijau
CARA MEMASAK:
Ads
1. Bagi menyediakan lapisan bawah, satukan kesemua bahan dalam loyang bersesuaian dan gaul rata. Kemudian kukus selama 20 minit.
2. Setelah pulut masak, tekan pulut hingga padat.
3. Untuk lapisan atas, campurkan semua bahan dan kacau sebati. Jika adunan terlalu pekat, tambah sedikit air.
Ads
4. Tapis adunan dan tuang ke atas pulut tadi. Kukus kembali selama 30-40 minit.
Ads
5. Sejukkan seketika kuih dan potong ikut saiz yang bersesuaian sebelum dinikmati.
Kuih Gegatas merupakan salah satu kuih tradisi masyarakat Banjar. Rasanya yang lemak-lemak manis pasti memikat selera. Namun ia agak sukar diperolehi. Jadi bagi yang nak rasa, boleh cuba resipi perkongsian saudari Nadia Ismail. Istimewanya, resipi yang dikongsi ini tidak terlalu manis kerana ia tidak disira. Sesuai sangat bagi anda yang tak berapa gemas kuih yang terlalu manis. Namun jika suka Kuih Gegatas yang disira, boleh juga buat sedemikian. Ikut cita rasa masing-masing. Selamat mencuba.
RESIPI KUIH GEGATAS KURANG MANIS
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Campurkan kelapa parut, tepung pulut, tepung gandum dan garam dalam bekas bersesuaian.
2. Uli dengan air hingga adunan menjadi sebati dan tidak melekat di tangan.
3. Bentukkan adunan menjadi leper dan lebar kemudian goreng menggunakan api sederhana hingga kekuningan.
4. Angkat, toskan kuih dan salutkan dengan gula yang telah dikisar terlebih dahulu. Ia akan menghasilkan Kuih Gegatas yang kurang manis.
5. Namun jika suka kuih yang disalut gula seperti kuih keria, boleh juga hasilkan sedemikian. Sedia untuk dinikmati.
Kuih Dangai memang sedap. Andai ke pasar malam, pasti nampak peniaga yang jual. Bau harum kelapa yang dibakar memang menaikkan selera. Kalau nak tahu, kuih ni mudah je nak buat dan boleh dihasilkan sendiri di rumah. Jom lihat resipi perkongsian saudara Akhmal Mustafa ni. Memang terbaik.
CARA MASAK KUIH DANGAI 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk dan gaul sebati. Pastikan adunan tidak berketul. 2. Sapukan sedikit minyak masak ke dalam loyang dan masukkan campuran kelapa tadi. Tekan-tekan manja supaya adunan agak padat. Fungsinya supaya bila keluarkan nanti kuih yang dah masak, ia tidak akan pecah. 3. Panaskan ketuhar / oven pada suhu 160C selama 10 minit, masukkan loyang kuih dan bakar selama 30 minit menggunakan api atas. 4. Bila Kuih Dangai dah masak dan keperangan, angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Kalau anda tengah teringin nak kudapan manis yang senang dibuat tapi tetap wow rasanya? Kuih Sagu ialah jawapannya. Lembut, kenyal, manis berlemak… memang sesuai dinikmati waktu santai sambil hirup kopi o panas atau teh o tarik buih!
Dulu-dulu, kuih ni selalu jadi hidangan lepas kelas mengaji atau majlis kecil di kampung. Kini, anda boleh hidupkan semula nostalgia itu di dapur sendiri dengan resipi yang ringkas tapi hasilnya confirm puas hati!
1 ½ cawan sagu (warna putih atau merah jambu pun boleh)
2 cawan air
¾ cawan gula
1 sudu kecil sirap ros (untuk aroma & warna menggoda)
Kelapa parut secukupnya (guna yang putih sahaja)
Sedikit garam (bagi lemak seimbang)
Cara Buat
1. Basuh sagu hingga air jernih, kemudian toskan.
2. Satukan sagu dengan air, gula, dan sirap ros dalam satu bekas. Kacau rata.
3.Rehatkan selama 30 minit supaya sagu kembang sempurna.
4. Panaskan pengukus.
5. Sapu sedikit minyak masak pada acuan loyang.
6. Tuang adunan ke dalam acuan & susun dalam pengukus.
7. Kukus selama 20 minit atau hingga sagu jernih & masak.
8. Sejukkan sepenuhnya sebelum keluarkan dari acuan.
9. Golekkan dalam kelapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam.
10. Siap! Susun dalam pinggan cantik dan sedia untuk dihidang.
Nak warna lebih menarik? Guna pewarna pink, hijau pandan atau ungu!
Boleh juga tuang dalam acuan kecil comel – senang nak hidang & makan.
Tak perlu tunggu majlis, Kuih Sagu ni memang terbaik untuk minum petang, jamuan pejabat atau bekal anak-anak. Cubalah resipi ini hujung minggu nanti — confirm jadi, confirm licin!
Kalau dah cuba, kongsi gambar dan tag kami di media sosial!
Nasi Goreng Tomyam yang sedap, pedas, masam dan menyelerakan. Ikuti resipi lengkap bersama petua memasak untuk menghasilkan hidangan yang padu dan memikat selera seisi keluarga.