Kuih Peria memang sangat sedap. Bagi penggemar kuih tradisional, pasti menggemari hidangan kuih ini. Anak-anak moden, ramai yang tak kenal Kuih Peria. Sedap tau rasanya. Liat-liat sedikit, inti lemak-lemak manis. Boleh gun inti kelapa atau inti pes kacang merah. Ikut selera masing-masing. Nak cuba? Saudari Hamizah Yatim ada kongsikan cara-cara pembuatanya. Jom baca!
CARA BUAT KUIH PERIA TRADISIONAL YANG SEDAP & GERENTI JADI
1.Ambil inti kacang merah, gentel sebesar jari kelingking. Jangan panjang sangat. Ukuran dalam 1 inci. Ketepikan.
2. Untuk kulit, satukan semua bahan kecuali air dan pewarna.
3.Masukkan air sedikit demi sedikit sampai adunan tak melekat di tangan (adunan jangan lembik tau)
4. Letak pewarna pilihan. Terpulang nak Kuih Peria anda warna apa.
5. Bila adunan kulit siap, timbang doh seberat 30gm setiap satu atau terpulang nak kuih besar mana.
6. Ambil inti kacang dan letak dalam tepung dan bentukkan membujur.
7. Jika ada pembungkus buah, boleh guna untuk buat corak buah peria. Jika tiada, boleh lorek guna garpu. Pastikan tangan disapu minyak supaya adunan tidak melekat.
Ads
8. Letak kuih atas daun pisang. Lakukan hingga habis.
9. Panaskan kukusan dan kukus kuih guna api kecil selamat 5-7 minit atau hingga kuih masak.
Sedapnya KuihCakoi. Kalau makan panas-panas, makan begitu sahaja pun boleh habis 2-3 keping. Kalau cicah kuah kastard, lagilah best. Bagi anda yang nak cuba buat Kuih Cakoi secara homemade, resipi perkongsian saudari NunuPessa Hik ni antara yang mudah dicuba. Beliau tidak menggunakan yis. Nampak mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH CAKOI SEDAP TANPA GUNA YIS
BAHAN-BAHAN:
350gm tepung gandum.
250gm susu segar
1 sudu besar serbuk penaik.
1/2 sudu besar soda bikarbonat
1 sudu besar minyak masak
1/2 sudu besar garam.(kalau suka manis, boleh ganti dengan gula)
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan dan campur sebati. Pada awal, doh memang sedikit melekit.
2. Uli sampai licin dan tak melekat di tangan.
3. Kemudian ratakan minyak masak ke seluruh permukaan doh.
4. Balut dengan plastik dan simpan di dalam peti ais semalaman.
5. Canaikan doh memanjang seperti dalam gambar.Biarkan doh sehingga suhu bilik.
6. Potongkan doh berpasangan.
7. Ambil lidi celupkan ke dalam gelas tinggi yang berisi air dan tekan macam dalam gambar.
8. Kemudian ambil satu lagi potongan dan letak di atasnya.Tekan menggunakan chopstik.(atau apa-apa alat yang sesuai pun boleh)
9. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Tarik doh memanjang perlahan dan terus masukkan dalam minyak.
10. Minyak kena cukup panas dan sentiasa balik-balikkan cakoi supaya masak sekata.
11. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Anak-anak kalau sebut saja coklat mesti suka, apa kata korang buat dua kuih yang Rasa kongsikan ini, selain sedap ia sangat mudah nak buat. Lagi pun seronok juga cuba resipi baru, sekurang-kurangnya anak yang susah nak boleh cuba. Kalau ada tetamu nak datang hujung minggu ni pun bolehlah hidangkan. Apa lagi, cuba jangan tak cuba, tak rugi masak sendiri korang.
DONAT TAPAI BERCOKLAT BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
200gm tapai pulut | kisarhalus
100gm gula pasir
1 bungkus muripan
4 biji kuning telur
50gm susu tepung
170ml air sejuk
1/2 sudu teh garam
80gm mentega
BAHAN COKLAT GANACHE:
300gm Whipping Cream
30gm sirap glukos
500gm coklat gelap | cincang halus
20gm mentega
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan kecuali mentega, gaul rata hingga menjadi doh lembut.
Kemudian tambah ke dalamnya mentega, uli lagi hingga sebati.
Wrap mangkuk adunan dengan plastik wrap, biarkan mengembang selama 40 minit.
Padatkan semula adunan , kemudian timbang doh anggaran 50gm, bulat-bulatkan.
Rehatkan selama 20 minit.
Kemudian panaskan minyak dalam kuali dengan api kecil.
Ambil doh bulat tadi, buatkan lubang di tengah dan gorengkannya.
Sete;ah kuning keperangan, terbalikkan dan warna perang sekata pada keseluruhan donat.
Angkat dan toskan.
Untuk menyediakan salutan coklat, campurkn shipping cream bersama sirup glukos dan panaskan hingga mendidih menggunakan api kecil.
Kemudian tuangkan ke dalam bekas berisi coklat gelap bersama mentega, kacau hingga camuran menjadi licin berkilat.
Celupkan donat dalam cairan coklat satu permukaan sahaja, kemudian taburkan cokat urai di atasnya.
Setelah sejuk bolehlah dihidangkan.
PISANG CREPE BERCOKLAT BAHAN-BAHAN:
BAHAN CREPE
1 kg tepung gandum
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
75gm gula halus
50gm mentega | cairkan
100 gm serbuk coklat
Pes coklat gelap
750ml air
BAHAN INTI:
15 biji pisang Abu| rebus dan buang kulit
Pes coklat gelap
BAHAN TOPPING:
25gm butter cream
Chocolate rice
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan crepe atau dadar, kemudian kisar hingga halus.
Kemudian panaskan kuali non stick dan oleh dengan sedikit mentega.
Dadar adunan crepe
Kemudian sapukan pes coklat gelap atas lapisan crepe, kemudian letakkan pisang.
Lipat kulit crepe ke dalam di bahagian kanan dan kiri, kemudian gulung. Lakukan hingga habis.
Akhir sekali oleh permukaan atas dadar dengan butter cream dan taburkan chocolate rice.
Kuih muihMelayu memang enak dimakan bila-bila masa. Sebagai pencuci mulut, kudapan petang mahu pun sarapan pagi memang terbaiklah.
Ni min kongsikan resipi kuih bingka ubi kelapa ceri, kuih bakar kacang hijau, apom betawi dan tiga lagi sajian kuih istimewa dengan sedikit olahan baru. Lapang-lapang nanti bolehlah buat.
1. BINGKA UBI KELAPA CERI
BAHAN-BAHAN:
4 cawan ubi kayu | parut
2 cawan santan
1 cawan gula
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan kelapa parut | yang putih saja
1/2 cawan buah ceri
Sedikit mentega
CARA MEMASAK: 1. Campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga gula larut dan sebati. Bakar dalam loyang 8 inci x 8 inci empat segi yang telah dioles dgn sedikit mentega 2. Bakar pada suhu 200C selama 1 – 1 jam 30 minit atau sehingga garing permukaan atas. 3. Biar betul-betul sejuk baru dipotong.
Info chef: Buah ceri boleh dibeli di kedai bakeri dan bukan yang segar. Saiz hidangan : 6-8 orang Waktu memasak: 2 jam 30 minit Jenis hidangan : Kuih muih Keistimewaan : Rasa lemak santan dan ubi yang sedap Cara memasak : Bakar
2. KUIH BAKAR KACANG HIJAU
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
2 cawan kacang hijau yg telah direbus | simpan sedikit untuk hiasan
1 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 sudu makan minyak sapi
3 biji telur
Secubit garam
Beberapa titik pewarna hijau
CARA MEMASAK: 1. Satukan kesemua bahan bersama satu cawan kacang hijau dan kisar sampai sebati. Minyak sapi gunakan satu sudu sahaja. 2. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga sedikit pekat dan sentiasalah kacau guna ‘whisk’. Guna api sederhana. 3. Masukkan satu cawan kacang hijau yang tidak dikisar tadi dan gaul rata. 4. Masukkan satu sudu makan minyak ke dalam loyang dan oleskan rata. 5. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi. 6. Taburkan sedikit kacang hijau yg telah direbus tadi dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam atau sehingga garing. Guna api atas dan bawah.
Info chef: Boleh gunakan santan kotak.
Saiz hidangan : 6-8 orang Waktu memasak: 1 jam 30 minit Jenis hidangan : Kuih muih Keistimewaan : Rasa kacang hijau yang sedap Cara memasak : Bakar
3. APOM BETAWI
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur
1 ¼ cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh ovalette
Sedikit esen vanila
Pewarna kuning dan pink secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Pukul telur bersama gula, esen vanila dan ovelatte sehingga kembang 2. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau rata. 3. Bahagikan kepada tiga bahagian. Satu bahagian dengan warna pink, satu bahagian warna kuning dan satu bahagian tidak diwarnakan. 4. Oles loyang dengan minyak dan masukkan adunan secara berselang seli hingga selesai. Kukus selama 45 minit hingga 1 jam.
Info chef: Gunakan loyang bersaiz 7 x 7 inci. Saiz hidangan : 6-8 orang Waktu memasak: 2 jam 30 minit Jenis hidangan : Manisan tradisional Keistimewaan : Rasa lemak santan, manis dan gebu Cara memasak : Kukus
4. LEMPENG PISANG JEM STRAWBERI & PISANG
BAHAN-BAHAN:
3 biji pisang masak ranum
Tepung gandum secukupnya
Gula secukup rasa
Secubit garam
Jem strawberi secukupnya
Hirisan pisang secukupnya
Sedikit minyak sayur
CARA MEMASAK: 1. Dalam mangkuk, lenyekkan pisang, masukkkan gula dan garam, sebatikan. Masukkan tepung gandum, jangan banyak sangat kerana nanti keras. Biar lembik sedikit bancuhannya. 2. Panaskan kuali ‘non stick’, sapukan sedikit minyak sayur dan sendukkan adunan ke dalam kuali kemudian leperkan biar jadi bulat nipis. Sendukkan sesudu jem strawberi dan susun hirisan pisang di atasnya. 3. Masak selama 3-4 minit dengan api perlahan sehingga perang. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai. 4. Sedia dinikmati.
Info chef: Gunakan kuali ‘non stick’ bersaiz kecil untuk lebih memudahkan.
Saiz hidangan : 3-4 orang Waktu memasak: 35 minit Jenis hidangan : Lauk pauk Keistimewaan : Rasa lemak santan dan agak pedas Cara memasak : Tumis dan reneh
5. PUTERI AYU BANDUNG KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
250gm tepung gandum
300gm gula
2 sudu teh ovallate
1 sudu teh baking powder
250ml santan
Pewarna pink secukupnya
2 sudu teh kordial air sirap
Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)
Kacang merah secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan kukusan. 2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu. 3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, Kordial air sirap, kacang merah dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati. 4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan. 5. Masukkan adunan yang telah dimasak tadi dan kukus selama lebih kurang 5 minit. 6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan. Sedia dinikmati.
Info chef: Letakkan sedikit kelapa dan kacang merah untuk lebih menarik. Saiz hidangan : 3-4 orang Waktu memasak: 35 minit Jenis hidangan : Lauk pauk Keistimewaan : Rasa lemak santan dan agak pedas Cara memasak : Tumis dan reneh
INGIN MENCARI PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA ANDA, JOM SEMAK DI SINI.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...