Kuih Nekbat adalah salah satu dari kuih tradisional orang Pantai Timur yang sangat popular bila tibanya bulan Ramadan. Bentuk dan rupanya seakan bahulu namun rasanya tawar dan teksturnya lebih keras. Untuk menikmatinya, ia perlu dimasak terlebih dahulu bersama air gula. Sangat sedap malah lebih enak jika dinikmati sejuk. Nak cuba? Saudari Suraya Rahman ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK: 1. Sangai tepung terlebih dahulu kemudian sejukkan. 2. Pukul telur menggunakan mesin pengadun hingga kembang dan gebu. 3. Kemudian masukkan sedikit pewarna kuning telur. Matikan pengadun. 4. Masuk tepung beras sedikit demi sedikit sambil kaup balik adunan hingga sebati. 5. Panaskan acuan kuih cara di dalam ketuhar. Kemudian keluarkan dan oles sedikit minyak. 6. Sudukan adunan ke dalam acuan kuih cara dan bakar pada suhu 150C menggunakan api atas bawah.
7. Bila Nekbat sudah kekuningan, ia menandakan kuih ini telah masak.
8. Keluarkan dan ulang langkah hingga adunan habis.
Untuk menikmatinya, ia perlu disira terlebih dahulu. Begini cara-caranya.
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan-bahan air gula dan masak hingga sedikit pekat. 2. Kemudian masukkan nekbat. Biar nekbat menyerap air gula. 3. Angkat nekbat tadi dan masak lebihan air gula dalam periuk hingga pekat. 4. Setelah pekat, siram air gula ke atas nekbat.
5. Sejukkan dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum dinikmati. 6. Nekbat enak dimakan ketika dingin.
Buat mereka yang kurang gemar makan daging, resipi Ayam Bakar Sos Meraung ini sangat sesuai untuk anda. Sedap makan dengan nasi putih, nak ratah pun boleh. Sos Meraung ini pula selain enak dimakan dengan ayam, sesuai juga dimakan bersama daging bakar dan juga makanan laut. Jom kita cuba masak Ayam Bakar Sos Meraung berpandukan resipi yang dikongsikan Kuali Kak Has
RESEPI AYAM BAKAR SOS MERAUNG
BAHAN-BAHAN UNTUK AYAM BAKAR:
Ayam potong sederhana 1 sudu besar lada hitam kisar kasar – beli online 2 sudu besar sos cili – beli online 2 sudu besar sos tiram – beli online 2 sudu besar kicap manis/pekat – beli online 1 sudu besar madu – beli online 3 ulas bawang putih (cincang) Garam secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Gaul sebati semua bahan dengan ayam.
2. Kemudian bakar di atas non stick pan atau oven dengan suhu 180°C selama 30 minit atau hingga ayam masak. Boleh juga dibakar menggunakan air fryer.
BAHAN-BAHAN UNTUK SOS MERAUNG:
2 sudu besar sos ikan – beli online 1 sudu besar cili flake Air asam jawa 1 sudu besar beras goreng tumbuk kasar 1 sm gula nisan 1-2 biji limau nipis (ambil jusnya) – beli online 1 biji bawang merah (cincang halus) Akar dan daun ketumbar (cincang halus) 4 biji cili padi/api (cincang halus – beli online
CARA MEMBUAT:
1. Gaul sebati semua bahan. Perasakan dengan seeloknya dan siap untuk dihidang dengan ayam bakar. Selamat mencuba!
Melalui paparan gambar dan video masaknya dan mempunyai ramai pengikutnya di Instagram, mengerakkan hati penulis untuk lebih dekat dengan pemilik akaunnya iaitu Datin Isma Rohaiza. Ternyata beliau seorang yang suka memasak dan memasak adalah sebahagian dari rutin hariannya. Itulah yang dikhabarkan sebaik berkesempatan menghubungi beliau melalui telefon.
Datin Isma bukan sahaja pandai memasak, tetapi cantik dan ramah orangnya.
Bila hajat awal untuk menyunting Datin Isma bagi mengisi slot Air Tangan VIP dipenuhi namun beliau meminta shooting dan interview hanya boleh dibuat pada hujung minggu kerana hari-hari biasa beliau agak sibuk dengan urusan menghantar, mengambil anaknya yang bersekolah.
Tiba hari dijanjikan, Datin Isma menyambut kami dengan ramah, biarpun baru pertama kali bertemu. Keramahan itu menjadikan kami tidak kekok untuk berbual mesra dan berpeluang mengikutinya ke ruang dapur untuk menyiapkan hidangan.
“Sorrylah dapur saya agak bersepah sikit, inilah rupanya bila saya masuk dapur. Tapi di sinilah saya berkarya dalam masakan. Untuk hari ni, kat dapur santan untuk kuah Sagu Gula Melaka sudah siap. Ayam percik pun dah siap bakar tinggal celup dengan kuah perciknya lagi,”
ujar Datin Isma sambil tangannya terus tangkas mengemas dapurnya untuk member ruang kepada juru gambar menghalakan lensa kameranya.
Lebih kurang 15 minit, beliau yang dibantu oleh puterinya, Nik Amelia berserta adik beliau Isma Syarani telah siap menyusun atur meja hidangan. Penuh meja dengan menu utamanya set Nasi Kerabu yang lengkap dengan segala ulam-ulaman, Sambal Tumis, Serunding Kelapa, Ayam Percik, Telur Asin, Sambal Cili dan budu. Tak cukup dengan itu, beliau sempat juga menyediakan roti jala dengan Kuzi Kambing, Pulut Kuning dipadankan dengan Rendang Daging serta Sagu Gula Melaka.
Tak Sangka Kini Ramai Followers
Sesuatu yang menarik tentang Datin Isma, beliau seorang pengasas produk kecantikan, namun beliau lebih dikenali dalam bidang masakan di kalanngan followers di Instagram. Kata beliau semuanya berlaku secara tidak sengaja dan kebetulan.
“Sebenarnya saya ni seorang suri rumah dan ibu kepada dua orang anak. Pengasas produk itu, hanya atas kertas kerana yang mengendalikan bisnes adalah suami, Datuk Nik Azman. Saya lebih tumpukan kepada urusan rumah tangga dan anak-anak. Sebab itulah bila duduk di rumah saya suka ke dapur masak sendiri untuk suami dan anak-anak.
“Tentang followers di instagram, semuanya berlaku secara tidak sengaja. Ketika itu saya mengikut suami ke London selama sebulan, memang tak laratlah makan western hari-hari. Lagipun bahan mentah ada jadi saya masak sendiri hari-hari kemudian pose gambar kat instagram. Tak sangka ramai yang mengikutinya dan bertanyakan resipi baru. Paling terharu apabila ada seorang ibu tunggal yang berjaya berniaga Nasi Goreng Ayam Berempah dengan menggunakan resipi yang saya kongskan dalam instagram”
Walaupun ramai yang sarankan beliau buka restoran, tetapi beliau tidak mahu ada komitmen dengan restoran bimbang tidak memang tangan. Penyelesaiannya, beliau sarankan adik dan anaknya buka satu lagi akaun instagram dengan nama Masak with Passion khas untuk segala pose resipi, gambar dan video masakan. Masa yang sama mereka buka oder untuk followers,” Datin Isma mengakhiri perbualan.
Kuzi Kambing
RESIPI KUZI
BAHAN-BAHAN:
500gm daging batang pinang | dihiris nipis
1/2 tin susu cair
120ml sos tomato | anggaran ½ cawan
250ml air
100gm kismis
8 biji badam
4 sudu makan minyak sapi | dicampur sedikit minyak masak
1 biji limau nipis | diambil jusnya
5 biji cili hijau | dibelah dua
2 biji tomato | dibelah empat
Daun ketumbar dan kacang gajus secukupnya | dibuat hiasan
Garam dan gula Melaka secukup rasa
BAHAN PERAPAN:
1 sudu teh safron
1 kelopak bunga pala
2 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
BAHAN REMPAH (GORENG DAN KISAR):
1 sudu teh biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
80gm buah prun
1 biji cili padi
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
1 hiris buah pala
1cm halia
2 tangkai cili kering
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5cm halia
60gm bawang goreng
5 biji cili merah
CARA MEMASAK:
1. Perap daging yang telah dihiris bersama bahan perapan selama 15-20 minit. Ketepikan.
2. Panaskan minyak sapi dan sedikit minyak minyak masak. Goreng bahan yang dikisar, kacang badam dan kismis sehingga kekuningan. Kemudian masukkan bahan rempah.
3. Apabila kesemua bahan kelihatan agak sebati, masukkan daging, susu cair, sos tomato, air, garam dan gula Melaka secukup rasa. Masukkan juga jus limau nipis. Biarkan sehingga daging empuk.
4. Apabila kuah kuzi kelihatan pekat dan pecah minyak, masukkan cili hijau, tomato. Gaul rata dan biarkan seketika.
5. Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar
INFO CHEF: Jika suka boleh masukkan biji gajus yang telah digoreng tanpa minyak
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu Memasak: 45 minit
Cara Memasak: Goreng dan tumis
Jenis Masakan: Lauk pauk
Keistimewaan: Enak dan sedikit rasa manis
Anggaran kos: RM35
Ayam Percik Putih
AYAM PERCIK KUAH PUTIH:
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong potong 12
1/2 keping asam keping
Garam
Gula
1 batang serai | ketuk
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2cm halia
1 cawan santan pekat
BAHAN PERAP:
Bawang merah
Halia
Garam
CARA MEMASAK:
Kisar beberapa biji bawang merah dan beberapa hiris halia dan lumur pada ayam bersama sedikit garam. Biarkan seketika.
. Susun ayam dalam pemanggang dan bakar atas dapur arang.
Kisar pula bahan kisar iaitu bawang merah dan halia bersama santan.
Tuang bahan kisar ke dalam kuali dan masak dengan api perlahan bersama serai yang diketuk sehingga pekat..
Masukkan garam, gula dan asam keping. Sesuaikan rasa.
Kuah percik dilumur rata rata pada ayam yang sedang dibakar.
Terbalikkan ayam dan bakar lagi dan lumur lagi berulang ulang sehingga kuah percik melekat di ayam.
INFO CHEF: Ada juga orang yang meletakkan sedikit tepung gandum untuk memekatkan kuah.
Kuih tepung bunga ini merupakan kuih tradisi negeri Pantai Timur dan selalu didapati di negeri Terengganu.
Menggunakan hanya tiga bahan kuih, cara membuat juga sangat mudah. Tapi jangan pandang sebelah mata, rasa kuih ini cukup enak walau hanya dibuat dengan bahan yang sangat ringkas.
Rasa tepung pulut yang kenyal bersalut dengan telur, manis-manis di hujungnya memang boleh buat kita teringat-ingat. Ringkas yang sedap.
Agar kuih tradisi ini tidak lenyap ditelan zaman, RASA kongsi resipinya mengikut panduan dari Afy Al Habibi.
Cara Buat Kuih Tepung Bunga
Bahan-bahan
145g tepung pulut
110ml air kosong
2 cubit garam
Cara Penyediaan
1. Satukan bahan-bahan, letak air sedikit demi sedikit. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
2. Sapukan pinggan atau dulang dengan sedikit tepung gandum atau tepung pulut. Bentuk doh jadi bulat sebesar syiling 20 sen.
3. Pecahkan sebiji telur dan kacau. Ketepikan. Kemudian panaskan minyak dalam kuali untuk menggoreng.
4. Taburkan sedikit tepung gandum atas tapak tangan untuk elak doh melekat.
5. Ambil satu doh kecil tadi, kemudian picit dengan ibu jari di bahagian tengahnya untuk bentuk yang sedikit meleper. Kemudian rendam dalam mangkuk telur.
6. Goreng satu demi satu doh tadi guna sudu. Goreng sekejap saja dalam 2-3 minit hingga tepung bertukar kekuningan, balikkan. Angkat dan tos minyak.
7. Susun tepung bunga dalam pinggan, setiap satu lapisan taburkan sedikit gula di atasnya.
8. Sedia untuk dimakan.
INFO: Boleh juga jika mahu campurkan santan dan masukkan kelapa muda parut. Tapi resipi tiga bahan saja pun dah sedap.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.