RASA kini tampil dengan rancangan terbaru, Rasa Anak Emak Anak Bapak. Episod pertama yang bersiaran hari ini menampilkan selebriti cantik manis; Ozlynn dan bapanya Encik Ismail sebagai tetamu jemputan. Ozlynn sememangnya antara selebriti tanah air yang pandai memasak. Tengok sahaja laman ig beliau. Ada pelbagai masakan lauk pauk yang sedap-sedap yang dimasak setiap hari.
Dalam episod pertama Rasa Anak Emak Anak Bapak, Ozlynn telah menyediakan makanan kegemaran bapanya iaitu Kari Kepala Ikan. Istimewanya hidangan ini, ia menggunakan kepala Ikan Biji Nangka. Bukan mudah nak dapat tau. Dari Pasar Chow Kit sampailah ke Kuala Selangor untuk cari bekalan ikan. Bila memasak pula, memang kecoh dengan gelak ketawa sambil ditambah dengan penampilan istimewa Johan.
Nak cuba masak menu ni untuk ibu bapa dan keluarg tersayang? Jom lihat resipi di bawah.
RESIPI KARI KEPALA IKAN BIJI NANGKA
Ads
BAHAN-BAHAN:
1-2 keping kepala Ikan Biji Nangka – ikut saiz
2 paket kecil serbuk kari ikan
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada putih
1 cawan santan pekat
1/2 sudu makan pes asam jawa – bancuh dengan 2 mangkuk air
1 biji bawang merah besar – hiris
2 ulas bawang merah kecil – hiris
4 ulas bawang putih – hiris
2cm halia – mayang halus
6 biji bendi
1 biji terung – potong kecil
2 biji cili hijau – belah dua
2 biji tomato – belah empat
1 batang serai – titik
1 sudu teh halba campur
2 tangkai daun kari
1 helai daun pandan – simpul
2 pokok daun ketumbar – hiris halus
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
Sedikit air jika perlu
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak yang banyak, tumis bawang merah kecil, bawang putih, halia, daun kari dan halba campur hingga wangi.
2. Kemudian masukkan serbuk kari ikan, serbuk cili, serbuk ketumbat, serbuk kunyit dan serbuk lada putih. Kacau rata dan tuang sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan serai, daun pandan dan bawang merah besar. Tumis lagi hingga wangi dan mendidih.
4. Seterusnya masukkan santan, air asam jawa, bendi dan terung. Masak lagi hingga mendidih dan sayur separuh lembut. Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
5. Masukkan ikan, tomato dan juga cili hijau. Kacau sekali sekala dan biar ikan masak sekata.
6. Rasa kuah dan pastikan rasa masam dan masin cukup. Setelah ikan masak, tabur daun ketumbar dan padamkan api.
Ads
7. Sedia untuk dinikmati.
DI SEBALIK TABIR PENGAMBARAN:
Ads
INFO:IKAN BIJI NANGKA
Ikan Biji Nangka adalah merupakan ikan laut yang bersisik dan berisi putih. Ia merupakan sejenis ikan dalam keluarga Mullidae dan genus Upeneus. Ia memiliki ekor berbentuk bercabang dan merupakan ikan yang penting secara komersial dan dijual di pasar-pasar sebagai makanan.Ikan ini juga dikenali dengan nama tempatan seperti Badang Janggut, Butir Nangka dan Lebai.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Masakan bergoreng kalau dipadankan dengan sambal pedas giler ni memang menambah nasi. Sambalnya lebih kurang seperti sambal penyet cuma tidak ada tomato sebaliknya menggunakan air perahan lemon. Sangat power untuk kamu yang sukakan pedas!
RESIPI SAMBAL PEDAS GILER
BAHAN-BAHAN:
2 biji sederhana bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cawan cili padi (ikut kepedasan masing2 ye)
1 cawan cili besar
Segenggam ikan bilis
2 inci belacan
Perahan lemon @limau agak2 secukup rase (optional if asam jawa dah masam no need)
Saya letak asam jawa sikit kurang masam asam jawanya. Gantikan lemon sikit secukup rasa.
Garam dan Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Potong bawang besar dan bawang putih dan cili
Tumiskan semua bahan diatas sehingga naik bau dan layu. Kecuali garam, gula dan Asam jawa dn perahan lemon.
Kisar semua bahan (jangan sampai hancur, nak tumbuk pun boleh) saya buat banyak jadi kisar jer.
Tumiskan bahan kisar bersama minyak sekali lagi,
Masukkan asam jawa, biarkan sebentar bila dah naik minyak masukkan garam dan gula secukup rasa perah sedikit lemon, biarkan sebentar.
Gulai Ikan Masin Tumis Darat, menu tradisi mudah yang jadi kegemaran ramai. Lauk ini sangat enak dimasak menggunakan Ikan Talang. Terasa nikmat dalam setiap suapan. Bagi anda yang suka, pasti tahu beratap nikmatnya. Makin diperangat, makin enak kuahnya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Mariana Zainalni. Sesuai dijadikan menu makan tengahari.
CARA MASAK GULAI IKAN MASIN TUMIS DARAT
BAHAN-BAHAN: 2-3 ekor ikan duri masin @ikan talang masin lagi sedap – potong ikut suka – beli online disini 4 sudu makan rempah kari ikan cap ‘O’ (jenama lain pun boleh) – beli online disini 1/2 sudu besar serbuk cili – beli online disini 3 1/2 cawan santan daripada sebiji kelapa (jika guna santan kotak, guna 1 kotak kecil dan masukan air 3 cawan) – beli online disini 2 cubit gula Sedikit bahan perasa jika suka 1 sudu teh garam 1 1/2 keping asam gelugur (boleh gantikan 1/2 cawan air asam jawa sederhana cair) – beli online disini Terung bulat – potong 4 (boleh juga guna terung panjang) Kacang panjang secukupnya
BAHAN TUMIS DARAT: 1 biji bawang besar @ bawang ros – hiris nipis 3 ulas bawang putih – hiris 3 tangkai daun kari – beli online disini 1 sudu teh halba campur – beli online disini 5 tangkai cili kering – potong serong – beli online disini 2 senduk minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1.Rendam potongan ikan masin dalam air panas untuk kurangkan rasa masin. Kemudian basuh dan toskan. 2. Satukan bahan kisar, air asam jawa, rempah kari, gula dan sedikit perasa dalam periuk atau kuali. Masak selama 5 minit untuk bagi rempah masak elok. 3. Kemudian masukkan santan. Apabila santan mula mendidih, masukkan terung bulat. 4. Bila terung bulat sudah mula lembut, masukkan ikan masin. Masak guna api sederhana dan kena kacau selalu untuk elakkan santan pecah minyak. 5. Apabila kuah gulai mula mendidih ganas, masukkan kacang panjang. Tunggu sayur lembut. 6. Sesuaikan rasa mengikut selera masing-masing. Tambah garam jika perlu tapi harus rasa terlebih dahulu. Tutup api. Ketepikan. 7. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan tumis darat hingga agak garing.
8. Kemudian tuang bahan tumis darat dalam kuah gulai tadi sekali dengan minyaknya sekali. 9. Gulai Ikan Tumis Darat siap untuk dinikmati.
NOTA: Gulai ini sedap jika diletak nanas. Tetapi jika tambah nanas, jangan letak air asam hawa atau asam keping.
Hari ni teringin menu bakar pula. Menu bakar bila dicicah dengan sambal menambah selera. Kali ini kita buat Pais Terengganu menggunakan ikan Selayang. Bila cukup bahan ramuan barulah enak pais ikan ini. Tak usah lauk lain pun tak mengapa bila dapat nikmati pais seenak ini.
Pais Terengganu Bahan-bahan: Ikan selayang Kelapa- sangai @ goreng dulu biar kering , kemudian blend hingga lumat 2 sudu besar rempah gulai Terenganu cap bunga Air asam jawa- ikutlah nak masam banyak mana 2 sudu besar cili boh 1 sudu besar Nyor gula 1 sudu kecil rempah masak 1/2 belah @ 3 sudu besar gula Nisang 1 ulas* bawang putih 3 ulas* bawang merah 2 hiris*halia
Cara membuat: 1.Bahan yang bertanda * blend @ tumbuk lumat .
2.Kemudian gaulkan sekali bahan-bahan tadi, sesuaikan ikut cita rasa masing-masing.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.